fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

SyuKur!  

Tuesday, August 12, 2008

salam semua!

alhamdulillah bersyukur aku ke hadrat illahi atas nikmat kurnia yang diberikan padaku... aku teramat bersyukur kerana kini aku telah berjaya menjadi salah seorang penjawat awam yang tetap... aku berjaya mendapat jawatan tetap bg jawatan yang aku sandang selama 1 tahun 9 bulan sebagai sambilan...

...aku menerima jawapan yang aku nanti2kan sekian kalinyer dengan perasaan yang bercampur baur.. ada perasaan bdebar2 dan gembira silih berganti.. aku memulakan kerja baru pada 1/8/2008.. dan aku dikehendaki melaporkan diri pada 4/8/2008 di shah alam serta mengikuti kursus induksi khusus selama 1 mggu di shah alam...

...terlalu banyak ilmu yang aku dapat selama aku berada disana.. aku tidak mempersiakan peluang yang diberikan begitu sahaja.. walau banyak keje yang akan aku hadapi selepas ini aku redha kerna ini adalah salah 1 tanggungjawab aku sebagai seorang penjawat awam... banyak yang harus aku lakukan perubahan di library aku selepas ini.. walau apapn aku tidak akan sekali kali berputus asa..

...selain dari mengikuti kursus aku juga sempat mengenali semua kakitangan PPAS di semua library.. walau tidak semua yang aku kenali sekurang2nya aku kenal juga pada kakitangan yang sebumbung denganku.. inilah masa kami dapat berkumpul dan mengenali antara 1 sama lain.. ntah bila kita akan bertemu lagi..

honey:-) tahniah kepada semua kawan2 yang berjaya! semoga kita akan bekerja dengan lebih bersungguh2...

AddThis Social Bookmark Button


2 comments: to “ SyuKur!

Design by Amanda @ Blogger Buster