fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Cerita yang Lalu  

Tuesday, April 14, 2009

Alhamdulillah berakhir sudah sambutan hari buku kanak2 antarabangsa 2009 peringkat daerah kuala selangor.. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun tetamu yang hadir lebih dari yang kami semua jangkakan. Bila tetamu lebih ramai dari jangkaan maka berlakulah sedikit kekurangan di luar jangkaan.. huhuhuhu...

Ini cerita seminggu yang lalu...

...Kumpulan Tom Tom Cak iaitu kumpulan puppet show daerah kuala selangor yang terdiri dari 5 orang kakitangan perpustakaan dari daerah kuala selangor telah mengadakan latihan selama 4 hari berturut2 bagi menjayakan puppet show sempena hari buku kanak2 antarabangsa ini.

...Dalam minggu persiapan yang lepas, pelbagai perkara yang berlaku.. Ada suka n duka dalam menjayakan program ini. Lebih kepada dukalah.. huhuhu... Walaupun aku dah biasa menghadapi perkara2 begini tapi kali ini lebih teruk n dahsyat sekali.. Tak sangka perkara semakin rumit... Setiap kali ada program pasti ada saja yang perkara yang kurang menyenangkan berlaku... Ada saja yang tak kena.. Sepatutnya semakin usia berumur semakin berakal tapi ini pula sebaliknya... Kena redha jela bila ada orang yang seperti ini.. Apapun tanggapan orang pada aku, aku tak pernah kisah.. Mereka ada hak untuk membuat tanggapan mereka. Sesiapa yang mengenali aku akan tahu segala2nya.. Tak kenal maka tak cinta kan? huhuhuhu... Selalunya orang memang suka mencari silap orang lain padahal terang2 kesilapan sendiri tak nak akui.. Inilah ragam manusia.. Semakin ramai kenalan kita semakin banyak kita boleh tengok ragam orang.. Itu yang aku belajar seminggu yang lepas..

...Akhirnya semua persiapan untuk majlis sambutan hari buku kanak2 antarabangsa 2009 berjaya disiapkan..

honey:-) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain"

AddThis Social Bookmark Button


1 comments: to “ Cerita yang Lalu

  • qaseh
    April 16, 2009 at 10:57 AM  

    "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain"

    akak suka dengan penyataan honey yang last ni...

    tak salah berbuat baik untuk kebahagiaan kita dan kebahagiaan orang lain tapi buangkan segala sifat buruk, angkuh dan sifat melaga-lagakan orang.

    tapi dalam dunia hari ni, akak lihat banyak yang suka mencucuk-cucuk dan melaga-lagakan orang. perasaan cemburu dan dengki merajai hati. tak baik macam tu.

Design by Amanda @ Blogger Buster