fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Yang terlewat...  

Wednesday, April 29, 2009

Salam...


2 hari yang lepas aku telah menduduki peperiksaan (subjek jabatan) bagi pembantu perpustakaan di Cheras.. Alhamdulillah kini aku boleh bernafas sikit setelah peperiksaan selesai.. Terasa lapang sikit kepala otak ni bila tidak terlalu tertekan dengan study.. Samada aku lulus ataupun tidak, aku hanya berserah kepada Allah s.w.t setelah aku berusaha.. Kalau aku tak lulus kali ini tahun depan aku akan berjumpa lagi di dewan yang sama.. huhuhu.. Tapi harap2nya lulus ar hendaknya.. amin..


...Hari pertama peperiksaan, aku telah terlewat bangun jam 6 pagi.. Masa tu memang aku kelam kabut giler.. Aku set jam 4.45 pagi tapi jam aku langsung tak berbunyi.. Sakitnya hati aku pagi tu.. Bangun jer aku dah gelabah.. Dah ar kawan aku dah tunggu kat stesen bas.. Aku pun cepat2 gi mandi.. Inilah kali pertama aku mandi sekejap jer.. Selama ni klu aku mandi mesti sampai setengah jam... Mujur makcik aku kejutkan aku kalau tidak agaknya aku terlepas peperiksaan untuk kali ni.. Kami berjanji nak bertolak jam 6 pagi dari kuala sel tapi malangnya aku pula yang terlewat. Rasa bersalah jugak aku pada temanku yang sorang tu.. Masa tu dalam fikiran aku hanya hendak sampai ke shah alam sebelum jam 7.30 pagi. Kalau kami lambat abis kena tinggal ar dengan bas.. Mujur aku ada no tel kak yanty(staff shah alam). So aku call ar kak yanty untuk mintak tunggu kami beberapa minit.. Alhamdulillah mereka boleh tunggu.. So aku sampai 10 minit lewat dari yang dijanjikan... Kami ar orang terakhir yang sampai.. Risau gak kalau kawan2 yang lain marah sebab kelewatan kami.. Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun aku terlewat pada pagi tu... Sepanjang hidup aku belum pernah aku mengalami pengalaman seperti ini semasa ingin mengambil peperiksaan.. Inilah dugaan semasa hari peperiksaan..


...Disebabkan aku serik dan takut untuk terlewat lagi bagi peperiksaan keesokan harinya, aku n kawan(dayah) aku tidak balik ke rumah.. Kami menumpang di rumah makcik dayah di taman sentosa, klang. Mujur ada tempat nak menumpang.. Kalau tak terpaksa berulang lagi jadi kami buat keputusan untuk tinggal di kawasan yang berdekatan.. Terima kasih buat ucu dayah kerana memberi kami tinggal di rumahnya.. Dan terima kasih yang tak terhingga buat ucu kerana malam tu tunjuk jalan nak ke shah alam... huhuhu... Dia terlalu baik buat aku... Ada masa nanti kita jumpa lagi yerk.. hehehe..

...Alhamdulillah keesokan harinya aku tidak terlewat lagi.. Seawal jam 6.30 pagi aku kuar dari umah.. Tiada kesesakan jalan raya dan semuanya berjalan dengan lancar...

honey:-) moga semua yang terlibat di dalam peperiksaan akan berjaya hendaknya!

AddThis Social Bookmark Button


4 comments: to “ Yang terlewat...

Design by Amanda @ Blogger Buster