fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Gembiraku disini!  

Thursday, May 21, 2009

Aku teima khabar berita yang mengembirakan pagi ini dari seorang teman di Dataran Sabak.. Keputusan peperiksaaAn JPA telah keluar.. jeng jeng... Takut beb nak semak keputusan... Terima Kasih buat kak Rehan kerna memberitahu tentang perkara ini.. Tahniah buat akak juga..


.. Dan keputusan nya aku LULUS untuk kedua2 paper yang aku amik.. Alhamdulillah.. Inilah berita yang mengembirakan aku.. Tak sia2 usaha aku selama berbulan2 study buku yang tebal giler.. Inilah hasilnya.. Terima Kasih Ya Allah...

...Tapi malangnya keputusan peperiksaan ini tidak diterima kerana ini bukan paper yang sepatutnya aku amik.. Paper yang patut aku amik lain dari yang ini.. Tapi aku tetap gembira walau aku terpaksa mengambil sekali lagi.. Ini hanyalah untuk suka2 jer semak n berasa gembira.. huhuhu... Moga aku berjaya untuk kedua kalinya.. Insyaallah...

...Tiada siapa yang boleh aku kongsikan kegembiraan ini.. Hanya disini menjadi tempat untuk aku kongsikan segala2nya..

honey:-) "Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat"

AddThis Social Bookmark Button


1 comments: to “ Gembiraku disini!

Design by Amanda @ Blogger Buster