fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Interview  

Friday, July 31, 2009

Salam....


Dah agak lama rasanya x menulis disini... Kesibukkan yang melanda menyebabkan aku tiada kesempatan untuk mencoretkan apa2... Semalam aku ada interview di Putrajaya di Jabatan Perkhidmatan Awam.. Aku ditemani oleh sahabat aku tasha. Seawal jam 6.40 pagi kami keluar dari rumah dan tiba di Putrajaya jam 7.30 pagi.. Tak ramai yang datang lagi masa tu.. Kaunter pendaftran pun belum dibuka.. Aku dapat no ke 2 untuk bilik P.. Seperti biasa setiap kali g interview pasti rasa cemas gemuruh n sebagainya.. Untuk interview kali ini aku betul2 tidak bersedia seperti selalunya.. Macam2 perkara yang aku tak sediakan seperti salinan sijil aku yang tak disahkan.. Itu yang membuatkan aku takut sangat kalau2 aku x diberi masuk untuk interview.. Syukur alhamdulillah semuanya selamat.. Mujur itu bukan syarat utama yang dikenakan.. Kalau x aku pulang dengan sia2 jer bila x dpt masuk untuk interview.. huhuhuhu..Sepanjang pejalan ptrajaya, aku pratis bercakap dalam bahasa inggeris tentang 'Introduce Yourself" dengan tunjuk ajar tasha.. Dia yang mengingatkan aku pasti ada soalan yang kena jawab dalam bahasa inggeris..

...Terima Kasih n sorry sangat2 aku ucapkan kepada kak mis yang membalas mesej aku pagi2 buta bertanyakan misi n visi PPAS.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar semasa dalam bilik temuduga.. Soalan yang ditanya dalam bahasa inggeris 'introduce Yourself in engliah'.. hahahaha.. Gembira giler bila dengar soalan.. Itulah yang dok aku hafal dengan tasaha.. Terima kasih buat sahabatku tasha kerana banyak membantu aku dalam penggusaan bahasa inggeris... huhuhu... Tak banyak soalan sangat yang dia tanya.. Kebanyakannya dia lebih suka tanya mengenai library.. Selain itu gak ada gak soalan mengenai SPA n JPA.. Aku rasa interview aku x begitu lama seperti orang yang pertama kena interview di bilik yang sama dengan aku.. huhuhu... Apa2 pun semuanya berjalan dengan lancar.. Syukur

honey:-) Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahwa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia

AddThis Social Bookmark Button


Kisah Mak III  

Wednesday, July 22, 2009

Salam...


Cuaca semalam hujan sepanjang hari.. Sepanjang perjalanan pergi n balik dr kuala selangor ke kl hujan.. Semalam aku n nurul amik mak kat umah untuk dibawa ke kuala selangor.. Kali ni nak cuba lak berubat kat sini.. Berubat dengan Ustaz Asyraf kawan acik.. Sebelum mak datang sini, ustaz tu dah tengok2 kan keadaan mak dari jauh.. Ustaz tu yg syorkan agar mak dibawa kesini dengan segera. Katanya keadaan semakin teruk.. Sakitnya agak kuat jugak katanya.. Petang semalam selepas asar, ustaz datang ke rumah untuk mengubat mak.. Katanya mak terpijak/tersepak sesuatu.. Semalam ustaz hanya buat air n limau untuk disapu di kaki mak yang sakit.. Akan datang ustaz akan tarik benda tu kuar tp xtau bila ustaz x ckp plak.. Harap2nye cepat ar ustaz tu akan buat sebab aku sendiri x sanggup nak tengok keadaan mak yag semakin uzur n x berdaya.. Kini mak dah x boleh nak berjalan.. mak hanya terbaring jer.. Semalam mak makan ubat tahan sakit sebelum gi kuala selangor.. Klu mak x makan ubat tahan sakit tu belum tentu mak larat untuk sampai ke kuala selangor.. Tu pun dalam kete mak hanya terbaring jer.. Beberapa minggu yang lalu mak masih boleh berjalan tapi kini mak dah x blh berjalan lagi.. Mak nak solat pun baring jer skrg ni.. Yang paling aku x sanggup tengok bila mak nak turun dari katil.. Begitu payah mak nak turun.. Susah aku nak gambarkan keadaan mak sekarang ni.. Kini aku hanya dengar tangisan mak saja setiap kali mak solat n mengaji.. Begitu besar ujian Allah pada mak kini... Entah sampai bila mak akan berkeadaan begitu..

...Esok aku amik cuti untuk antar mak g hospital Kuala Lumpur untuk buat rawatan fisioterapi.. Aku x pasti samada esok mak masih lagi larat atau x untuk g terapi tersebut.. Sekarang mak dah x mampu nak wat apa2 lg.. Dah lama mak x g keje.. Sekarang ayah aku yang menjaga mak di rumah.. Ayah yg memasak, ayah yg membasuh baju n ayah juga yg menyidai baju.. Sekarang ni ayah ngah cuti boleh ar dia tengok2 kan mak tp mcm mana keadaan mak bila ayah dah mula bekerja semula? Sapa yg akan masak untuk mak? Sapa yg akan tengok2 kan mak kat umah? Mak nak bangun berdiri pun mak x mampu.. Mcm mana bila mak perlukan apa2? Sapa yg akan bantu mak masa tu?

...Walaupun aku ni bukan anak yg rapat dengan mak, bukan anak yang leh diharapkan n bukan anak yang menunjukkan kasih sayang tapi aku x sanggup nak tengok keadaan mak yang begitu.. Aku tetap mengambil berat n kisah tentang keadaan mak cuma aku x pandai nak tunjukkan keperihatinan n kasih sayang aku kepadanya.. Aku tetap mengalirkan airmata setiap kali mendengar tangisan mak dalam doanya.. Kini aku hanya mampu berharap agar mak segera sembuh n kembali seperti dulu..

honey:-) Hidup kita mengalami pasang surut, terkadang senang terkadang susah, terkadang beruntung di kali yang lain merugi, terkadang sehat di kali yang lain menderita sakit.

AddThis Social Bookmark Button


I'm bad!  

Wednesday, July 15, 2009

Hari ini aku bosan sangat... Banyak keje sebenarnya...Tapi mood xda nak buat semua tu... Ntah apa yg merasuk diri aku pn xtau... x dpt aku nak fkir apa2 skrg ni.. nampaknya hidup makin tertekan... aarghhhhhhhhhhh benci bila ada perasaan mcm ni.. Agaknya dah tiba masa aku untuk mengundurkan diri dalam segala hal termasuk dalam hal keje.. Aku x leh fkir tentang diri aku je aku kena gak fkirkan pasal mak aku yang x brapa nak sihat sekarang ni.. Mungkin dah tiba masanya untuk aku pergi.. Pergi jauh dari kedukaan hidup dari ketidakgembiraan aku disini... Masa telah berubah, aku juga perlu berubah mengikut peredaran masa ini..


honey:-( when i'm good i'm really good, when i'm bad i'm ..........

AddThis Social Bookmark Button


Kisah Mak II  

Monday, July 6, 2009

Bermula dari hari ini yang tinggal di rumah hanya ayah, mak n abg.. Adik2 aku yang lain semua dh balik Ü masing2.. Sorang kat UUM Kedah dan sorang lagi kat UITM Shah alam.. So sekarang dah xda adk2 aku lagi yang boleh tengok2 kan mak kat umah.. Dah xda adik2 yang boleh tolong mak masak lagi.. Aku pun x pasti mcm mana keadaan mak selepas ini.. Keadaan mak selepas smua anak2 dia tiada di rumah.. Cuma yang ada abang aku aje tapi apalah yang boleh dilakukan oleh seorang lelaki.. Mujur juga abang aku dapat keje dekat2 dengan rumah.. So adalah gak orang yang boleh tengok2 kan mak kat umah.. Kalau x tinggallah mak bdua dengan ayah jer.. Semua yang berlaku ni tentu ada hikmahnya.. Dengan keadaan mak yang begitu n abang pulak dapat keje kat serendah..

...Kesihatan mak masih mcm tu gak.. Xda yang berubah pun.. Sekarang mak berubat dengan ustaz pulak setelah semua kaedah perubatan mak cuba... Tapi mak masih lagi wat terapi kat hospital GH.. Ustaz kata mak terkena buatan orang.. Ada orang tabur benda kat depan umah n mak terpijak.. Tu sebab kaki mak sakit n ayah pulak mukanya berkudis.. Kata orang kayap tapi ustaz kata ayah pun sama terkena jugak tapi ayah xlah seteruk mak... Masa g berubat kat umah ustaz tu, ustaz suruh minum air yang telah ustaz bacakan ayat2 suci al-quran n taburkan garam di dalam bilik air n di luar pagar umah.. Masa pulang dari umah ustaz kaki mak sakit sangat mungkin benda tu melawan kot.. Kesian tengok mak.. Ikutkan mak xlarat nak berjalan atau wat apa2pun.. Tapi maketap kuat untuk lawan semua tu.. Mak tetap g keje walaupun setiap pagi mak bertarung dengan kesakitan yang mak alami.. Waktu maghrib jer kesakitan itu menyerang.. Tapi mak tetap kuat n tabah.. Setiap kali selesai solat mak pasti terbaring.. X mampu nak baca doa dalam keadaan biasa.. Mak bdoa dalam keadaan itu.. Sungguh menyedihkan bila tengok keadaan mak begitu.. Tapi apalah yang mampu aku lakukan? Mak kata mak akan sakit setiap kali nak duduk.. Mak x leh nak duduk lama2.. Kalau mak dah baring tu bila mak nak bangun tu sakit sangat.. X sanggup lagi aku nak tengok keadaan mak berterusan begitu..

Siapalah yang sanggup melakukan perkara sekeji itu? Apalah yang di dengkikan sangat dengan keluarga aku?

honey:-) Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon padamu kembalikan kesembuhan & kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapaku.

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster