fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Adakah Semuanya Cinta?  

Thursday, August 20, 2009

Cinta, Cinta, Cinta.
Apa ada dengan cinta?
Tahukah kita apa itu cinta?

Bahagiakah kita walau pun bercinta?
Atau menderitakah kita sekiranya tiada cinta?

Kenapa kita perlu dicinta?
Mengapa kita perlu menyinta?

Bersediakah kita untuk bercinta?
Atau kita hanya ingin bercinta?

Siapakah yang seharusnya kita cinta?
Dan siapakah yang harus menyintai kita?

Bilakah kita harus bercinta?
Atau pun kita sentiasa mencari cinta?

Matikah kita tanpa cinta?
Atau cinta mematikan kita?

Tahukah kamu cinta itu boleh membunuh?
Atau terbunuh kah kita sekiranya tidak bercinta?

Cinta dan menyintai satu rialiti,
Datang dan pergi bukan misteri,
Kadang kekal terkadang fantasi,
Menghitung hari menyisa diri.

Dalam cinta ada bahagia,
Bukan terpinggir tiada cinta,
Mencari cinta bukan dipaksa,
Hanya kita dapat rasanya.

Mencari cinta kekal abadi,
Cinta agung cinta hakiki,
Cinta kekal sampai ke mati,
Miski hidup yatim sendiri.

Jangan jadi hamba cinta,
Kelak merana tanpa nyawa,
Hidup ini penuh berharga,
Sekali saja tiada dua.

Usah digadai perasaan suci,
Nanti hilang maruah diri,
Tersalah cinta membawa ngeri,
Tertolak cinta rugi sendiri.

Jangan takut tiada cinta,
Bukan ada hukuman tidak bercinta,
Cinta manusia mungkin bahagia,
Cinta yang esa mulus dan setia.

Jangan berani bermain api,
Terbakar cinta tiada bomba,
Hangus terbakar penuh tragidi,
Hidup musnah jiwa hampa.

Dengar semua kalian yang ada,
Cintalah insan sesama kita,
Hidup seperti satu keluarga,
Rugi tiada untung kiranya.

Cinta yang esa penuh berkat,
Tersalah cinta hidup melarat,
Dikhianati cinta jadi merempat,
Berjalan menggagau merata tempat.

Usah direnung pada cinta,
Pasti tiba bila masanya,
Usah diragui tiada bercinta,
Akhirnya nanti bertemu jua.

honey:-) Email yang aku terima dari seorang sahabat, Syam.. Thanks a lot!

AddThis Social Bookmark Button


Persoalan Yang Terjawab  

Tuesday, August 18, 2009

Aku dah cukup puas hati n berasa lega bila dah luahkan segala2nya.. Hampir 1 minggu aku simpan semuanyer dalam hati.. Disebabkan mahu kumpul semua bukti2 sebelum aku serang bom atom terpaksa ar aku telan semunya.. hahaha.. Tapi malam semalam aku betul2 dah x tahan nak simpan semuanya jadi semalam jugak aku telah melepaskan segala2nya yang ketidakpuasan hatiku selama 1 minggu ni.. Aku inginkan kejujuran n kepastian sahaja.. Setelah aku luahkan aku berasa sangat lega. X rasa sakit mcm seminggu yang lepas.. Aku dah cukup tertekan minggu lepas kini aku x mahu lagi berasa begitu untuk selamanyer... Jadi aku kira tindakan aku semalam adalah tindakan yang paling tepat.. Aku x kisah apa kesan yang akan berlaku selepas ni yang penting aku puas hati n gembira sekarang ni... Aku bukan jenis yang suka simpan lama2 bila aku x puas hati.. Aku suka berterus terang..


...Segala2nya dah terbongkar semalam tapi aku x kisah sedikit pun.. Aku cuma mahu kan kejujuran jer.. Aku xnk tahu dari orang lain.. Yang pasti sekarang smua persoalan telah terjawab. Tu cukup untuk aku.. Mulai dari hari ini, segala2nya akan berubah.. Tidak sama seperti dulu n xkan kembali seperti dulu lagi.. Ini lebih baik buat aku..

honey:-) Lebih menyakitkan kalau perkara tu kita tahu kemudian atau dari org lain. Kadang-kadang Lebih baik jika kita tidak tahu daripada kita tahu dan akhirnya ia akan menyakitkan hati.

AddThis Social Bookmark Button


Hati Ini  

Saturday, August 15, 2009

Kajang, 8.55 p.m

Masa aku ngah update blog ni, aku berada di umah sedara aku (mak tam) di kajang. Pagi td 5 keluarga adik beradik mak aku g kubur arwah atuk n nenek di bangi n hulu langat.. Aku salah seorang yg x g kubur harini ini kerana keuzuran hati aku pagi tadi x berapa nak baik.. hahaha.. Aku keuzuran yg lain dr yg lain.. Hari ini betul2 merupakan hari yang x mengembirakan aku.. Pagi2 lagi ada aje yang menyinggung perasaan aku.. Mungkin aku yang terlalu sensitif atau sememangnya aku yang bersalah.. Semakin hari aku rasakan hidup x pernah rasa gembira.. Aku terlalu jauh berubah.. Aku nak kembali hidup ceria seperti waktu zaman sekolah aku. Tapi sekarang ni aku rasa seolah2 aku orang lain.. Aku dh x seceria, seramah,semesra dulu dengan saudara mara n sepupu2 aku.. Aku dah terlalu jauh dengan mereka semua.. Aku dah x serapat dulu dengan mereka semua.. Aku kini seolah2 keseorangan.. Bila aku bersama mereka semua aku rasakan seperti jiwa n perasaan aku tiada disitu.. Adakah aku yang melarikan diri dari mereka? Harini aku x bercakap dengan makcik aku.. Ntah apa puncanya pun aku xtau smpai dia xnk bercakap dengan aku.. Aku dah cukup tertekan dah duduk kat sini.. Kalau boleh aku nak kuar dr sini.. Aku dh x sanggup dh nak melukai n dilukai.. Biar aku jauh dari mereka semua agar aku tidak lagi menyakiti hati mereka... Aku juga seorang yang punyai hati n perasaan.. Kadang2 perasaan aku juga terguris.. Kini aku betul2 tertekan..

...Minggu ni merupakan minggu tekanan buat aku.. Minggu yang pernuh dengan ujian n dugaan.. Mujur ada seorang sahabat yang sentiasa memberi sokongan n pandangan.. Biarlah aku siasat dulu kes ni sebelum aku melepaskan bom.. hahaha.. Hanya menunggu masa je skrg ni.. Tahap kesabaran aku pun ada hadnyer jugak..

...Harini aku x berapa nak sihat.. Sakit kepala n badan aku panas gak tapi x sapa yang peduli dengan aku.. Xda sapa yang amik berat pun tentang aku.. Kini aku kena pandai2 ar jaga diri sendiri x perlu lagi nak mengharapkan orang lain.. Aku dah semakin dewasa dah sepatutnya menjaga diri sendiri.. Apa2pun yang berlaku aku kena teruskan hidup aku ni.. Jangan sesekali mengalah!!

honey:-) MASA LALU adalah SEJARAH,MASA DEPAN merupakan Misteri dan SAAT INI adalah KARUNIA.

AddThis Social Bookmark Button


Tag  

Friday, August 14, 2009


Ini pun tag dari Kak Annessa..
Sorry lambat amik tag ni kat umah akak..

5 Fakta Tentang Pemberi Award

(ni semua aku copy paste je dr blog akak yerk.. Maklum ar kita knal di alam maya..

1. Suka layan drama² Korea, Jepun, Kantonis. Hindustan pun aku layan
2.Suka makan coklat dan aiskrim vanilla

3.Anak ke-2 dalam keluarga

4.Tak suka bercakap bila dalam kereta

5. Yang pasti seorang yang sangat baik (yg ni aku pasti) huhuhu..


10 Fakta Tentang Diri Sendiri

1. Seorang yang berterus terang.. kira laser gak ar mulut ni bila bercakap

2. Suka mengkritik

3. Benci orang yang suka berpura2/ bermuka2

4. Seorang pendengar yang setia

5. X suka makan ikan n sayur.. Ayam favourite..
Sebab tu aku gemuk.. huhuhu..

6. Suka drive kete laju2. Best gler!

7. Suka subjek matematik n berkaitan dengan nombor
8. Aku x pandai naik moto, xda lesen moto pn n x suka naik moto pun
9. Aku pakai cermin mata (orang slalu ckp aku mcm org tua klu pakai cermin mata) huhuhu..
10. Suka tengok tv n dengar radio


honey:-) sorry yerk kak Anessa amik tag lambat sangat.. Jangan marah

AddThis Social Bookmark Button


Selesai Sudah...  

Wednesday, August 12, 2009

Alhamdulillah selesai sudah exam JPA aku kat Dewan KL Metropolitan Uni. College kat setapak seawal jam 10.30 pagi.. Jawapan pada soalan agak mengelirukan dan aku kira soalan kali ini agak susah nak dibadingkan dengan sesi yang pertama dulu pada bulan 4 yang lepas.. Aku betul2 takut kalau2 x lulus... Aku dah malas dah nk mengadap buku yang sama jer.. X larat siot.. Tapi kali ni aku betul2 x yakin.. Aku x tau napa... Harap2 semuanya berjalan dengan lancar... Amin... Semoga berjaya kepada semua kawan2 yang menghadapi exam hari ini walau dimana pun tempat exam anda...

honey:-) "Mustahil anda boleh menukar hidup anda sekarang, jika anda terus bertindak dengan cara yang sama"

AddThis Social Bookmark Button


Setiap Kekurangan Ada Kelebihannya  

Friday, August 7, 2009

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari.Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.""Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?""Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kitaberjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang"

Moral: Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita.

honey:-) Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.

AddThis Social Bookmark Button


Peperiksaan JPA  

12 Ogos 2009 (Rabu), sekali lagi aku akan menduduki Peperiksaan Jabatan Perkhidmatan Awam di Setapak.. Kali ini perkhidmatan pengangkutan tidak disediakan oleh jabatan aku. Semua calon di jabatan aku kena g sendiri. Semua dapat tempat yang berbeza2 jadi terpaksalah g sendirian berhad n berasingan.. huhuhu... Aku masih lagi x tau kat mana tempat peperiksaan aku tu. Esok balik umah mak nak g survey tempat tu dulu kalau x survey haru jadinya nanti...

...Kepada semua kawan2 yang akan menduduki Peperiksaan ini pada 12 Ogos ini, aku ucapkan semoga kalian berjaya dalam perjuangan ini...

honey:-) "Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik"

AddThis Social Bookmark Button


Tag Lagi  

Tuesday, August 4, 2009

Ini tag dari kak ANNESSA..

1. Nama timangan anda?
- kat mana2 orang panggil tetap honey
- bestfriend jer pernah panggil honey bunny

2. Anda seorang yang?
- Pendiam
- Memendam Perasaan

3. Insan teristimewa?
- Sesiapa saja yang menyayangi aku mereka adalah insan yang teristimewa

4. Lagu kesukaan?
- Buat masa ni lagu Bencinta - Faizal Tahir

5. Makanan kegemaran?
- Semua yang berkaitan dengan ayam aku suka

6. Yang membuatkan aku stress?
- Sekarang ni aku ngah stress sbb 12 hb ni aku nk g exam.. Memang stress giler ni.. huhuhu

7. Warna kegemaran?
- Biru n purple

8. Benda yang mesti ada dalam beg?
- Wallet n handphone..

9. Kali terakhir anda menangis?
- 29 julai 2009 sehari sebelum g interview.. Nangis sbb tiada persiapan.. huhuhuhu..
terukkan?

10. Tag untuk 6 rakan anda.
- Semua kengkawan yang sudi buat yerk.. Tima Kacih

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster