fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Pengalaman & Pengajaran Ke?  

Monday, October 19, 2009

Alhamdulillah tamat sudah kursus induksi selama 1 minggu di Kem Bina At-Taqwa di Bukit Changgang, Banting. Xda yang menarik nak aku kongsikan tentang kursus induksi ni. Bagi aku ianya biasa2 jer cuma adalah berlaku sikit kekecohan n salah faham antara kami semua.. Tapi tu semua hanya perkara kecil n x terfikir pun akan membawa cerita2 tersebut keluar sehingga tamatnya kursus. Bagi aku semua tu x perlu dikecohkan n x perlu diberitahu kepada semua orang.. Biarlah ianya berakhir di kem sahaja.. Tapi disebabkan mulut sesetengah orang yang suka sangat bercakap n terlebih sangat bercakap tu yang sampai menyampai hingga memburukkan orang lain.. Dari hal yang kecik dah kecoh menjadi besar sehingga semua orang memandang serong ke atas kami group zon 1.. Hanya kerana "KERUSI".. huhuhu..


...Jumaat lepas semua kakitangan yang terlibat dengan kursus induksi dipanggil mengadap untuk menyelesaikan masalah ini.. Walaupun telah mengadakan perjumpaan n meeting untuk semua tapi aku rasa kami masih lagi disalahkan dan dianggap membuat kecoh.. Yang teruk sekali aku ni dianggap mengetuai semua ni provok macam bebudak.. Aku? Aku dan seorang lagi zon 1.. semua orang yang 1 bilik dengan aku terkejut bila aku dikaitkan dalam hal ni.. Tambah2 lagi bila dikatakan 'ketua'. AKu kat sana punya ar khusyuk study maut sebab nak exam boleh plak tiba2 naik nama... Pelik bin ajaib betul dunia ni... Jangan sampai aku kena g kursus induksi lagi dah ar.. Aku dah x sanggup nak g sampai seminggu kalau setakat amik exam jer xpa ar.. Aku dengar ada yg nak kurangkan markah induksi disebabkan hal2 remeh ni.. Kalut betul...

...Dari peristiwa ini banyak yang aku dapat sebagai pengajaran.. Bila berkawan tu orang yang diam x semestinya adalah orang yang baik hatinya.. Diam2 dia adalah musuh kepada kita.. Orang seperti inilah yang akan menghancurkan diri kita dalam diam tanpa kita sangka n x pernah terfikir pun.. Jadi berhati2lah bila memilih kawan..

honey:-) "Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster