fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Sekali lagi  

Thursday, November 19, 2009

Aku x tau nak berkongsi cerita dengan sapa.. Ikutkan hati aku ni aku rasa sangat marah n sakit hati.. Xtau pada sapa aku ingin luahkan.. Aku bukan orang yang boleh simpan semua perasaan sakit hati n marah lama2.. Aku perlu luahkannya.. Tapi kawan aku kata aku kena sabar je n tengokkan jer.. Tapi sampai bila aku mampu bersabar? Sampai bila aku mampu bertahan? Aku ingatkan apa yg berlaku dulu memberi pengajaran tapi malangnya ianya tak bererti langsung.. Napa ada orang2 yang seperti ini? X mengambil pengalaman dulu sebagai pengajaran mereka? Napa mereka masih ingin mengulangi perkara yg sama? Aku benar2 buntu.. Aku x mampu bertahan lama dengan perasaan ini.. Kalau aku boleh luahkan sekarang pasti sekarang jugak aku lakukan agar hati aku kembali tenang n tidak tertanya2 lagi.. Bagaimana aku nak lalui semua ini sekali lagi?


honey:-) Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan, derita di perasaan....

AddThis Social Bookmark Button


LULUS  

Semua orang dah dapat result kursus induksi cuma aku jer masih lum terima surat n sijilnya lagi.. Aduhssss takutnya.. Semua kawan2 yang lain semua dah tau keputusan mereka.. Aku masih berdebar2 menantikannya.. Harap keputusan x mengecewakan.. Kepada semua kawan2 aku yang LULUS tahniah aku ucapkan.. Keputusan JPA pun dah kuar. Alhamdulillah aku juga LULUS.. Kira semuanya aku dah LULUS cuma tunggu keputusan Induksi je lagi. Tu yang takut sangat tu..

honey:-) Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

AddThis Social Bookmark Button


Ceritera Rindu  

Tuesday, November 10, 2009


Rindu


Kata orang, rindu itu tanda ingatan kepada


seseorang yang tiada di depan mata.




Kata kamus, rindu itu keinginan yang kuat


mahu bertemu seseorang.




Kata pujangga, rindu hadir selepas suka dan cinta.


Kita tidak akan suka tanpa bersua muka, tidak cinta


tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.




Kata aku?


Aku tidak minta rindu itu hadir kerana dalam hati


tiada rasa suka kepadanya. Tiada cinta untuknya.


Dalam hatiku, hanya ada dendam yang membara.




Tetapi entah dimana silapnya, hati ini jatuh rindu kepadanya


di celah-celah kebencian yang aku pupuk.




Puas aku menafikan, cuba mengusir pergi rasa yang


satu ini. Tetapi rasa ini terus menghantuiku. Berperang


dengan perasaan sendiri, aku kelelahan.




Ceritera rindu ini, di manakah noktahnya?


honey :-) Memang best sangat novel ni.. Jalan cerita pun lain dari yang lain.

AddThis Social Bookmark Button


Keseronokan Bekerja  

Salam,

Bekerja mencari rezeki merupakan tuntutan dalam Islam.Sebagai ketua keluarga, seorang lelaki mesti bekerja untuk memenuhi keperluan nafkah keluarganya.Bagi orang perempuan pula, bekerja kadang-kadang menjadi suatu keperluan bagi menampung pendapatan para suami.

Namun,bekerja sering kali membuatkan sesorang itu tertekan dan stress. Kebiasaannya, stress disebabkan oleh tiadanya perasaan seronok untuk menjalankan sesuatu pekerjaan itu atau dengan kata lain, merasa terpaksa untuk melakukan sesuatu pekerjaan.Bagi yang menyukai sesuatu pekerjaan yang dilakukan, sudah tentu sesorang itu tidak stress atau tekanan malah dia akan gembira melakukakannya.

Persoalannya ialah adakah keseronokan bekerja boleh diperolehi?Jika boleh, bagaimana ianya dapat diperolehi?

Beberapa tips ini diharap dapat memberikan keseronokan sewaktu bekerja:

1.Sentiasa berdoa agar diberikan keseronokan untuk bekerja.
2.Memulakan keseronokan dalam diri.Jangan mengharapkan keseronokan dimulai oleh orang lain.Tangkis segala perasaan iri hati,cemburu, sakit hati dan sebagainya.Cuba ceriakan orang di sekitar kita.

3.Sentiasa memaafkan semua orang sebelum tidur.(Stress di tempat kerja kadang2 timbul disebabkan oleh perasaan tidak puas hati dengan rakan sekerja,bos atau sesiapa sahaja di tempat kerja)

4.Ubah rutin harian.Cuba ubah rutin harian anda menjadi lebih menarik.


Inilah tajuk pengucapan awam aku masa Kursus Induksi yang lepas.. Kini, situasi inilah yang terjadi pada aku n aku sedang cuba mencari keseronokan di tempat kerja aku..

honey:-) Bekerja memang benar2 menyeronokan jika kita tahu menilai n menghargainya..

AddThis Social Bookmark Button


Kisahku  

Tuesday, November 3, 2009

Esok aku akan bercuti tapi cuti untuk menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan interview aku pada hari khamis ni.. Aku nak g HQ.. So 2 hari berturut2 aku cuti.. Aku sebenarnya jarang sekali amik cuti kalau xda sebab yang penting mungkin sebab aku sayang sangat kat cuti aku malah sayang nak tinggalkan opis lama2 takut nanti banyak keje plak walaupun sebenarnya xda keje pun kat sini.. huhuhu.. Kalau boleh aku nak simpan cuti untuk masuk GCR.. Tapi kalini aku rasa semua tu dah x penting lagi.. Mungkin aku rasa sekarang cuti adalah jalan terbaik buat aku.. Xnk ar cter pasal ni.. X best.. hehehe..

...13 Nov 2009 genaplah 3 tahun aku berkhidmat dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.. Dalam sekelip mata je aku dah 3 tahun bekeje rupanya.. Terasa masih dalam alam remaja lagi.. X sangka dalam usia 21 tahun aku telah bekerja.. Actually aku sendiri x terniat pun nak keje dalam usia yang muda ni.. Aku ingat dulu memang nak sambung study lagi amik degree tapi disebabkan dulu aku pernah berkata2 dengan sahabat aku bahawa aku nk berehat dari study dalam tempoh 3 tahun.. Tak sangka apa yang aku cakap betul2 berlaku.. Dalam masa aku bekerja pun aku ada gak apply untuk buat PLK tapi nampaknyer hingga sekarang aku masih belum berjaya lagi nak melanjutkan pelajaran aku.. Aku harap setelah 3 tahun ni berakhir aku dapat sambung blaja semula... Walaupun aku rasa otak aku ni dah beku nk balaja tapi aku akan usaha juga mendaki ke puncak yang tertinggi.. Itulah harapan aku.. Berjaya dalam kerjaya!
honey:-) Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster