fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Seminar Kenali Potensi Diri - Rahsia Tarikh Lahir  

Monday, February 1, 2010

Salam...

Lama rasanya dah x menulis disini.. Bukanlah kerana aku terlalu sibuk cuma xda idea untuk menulis jer..

...Pada 30 Januari 2010 (sabtu) aku telah mengikuti 1 program Seminar Kenali Potensi Diri (SKPD 2010) Bersama Dr. Azizan Osman di Dewan Raja Musa Kompleks Belia & Sukan Seksyen 7 Shah alam.. Seawal Jam 7.15 pagi aku tiba di perkarangan dewan. Seawal jam 7 pagi kaunter pendaftaran dibuka.. Masa 2 ramai gak yang dah tiba yang dah beratur di pintu utama dewan.. Sedangkan dewan utama akan dibuka jam 8.30 pagi.. Seramai 9 orang sepupu2 termasuk aku n adik aku mengikuti program ini.. Memang berebut2 orang beratur n nak pastikan berada di tempat hadapan sekali termasuk juga aku. Mujur pada sebelah pagi tu sepupu aku dah beratur awal2 n dptlah berbaris dalam kategori depan ar gak.. Pintu utama dibuka jer aku dah berlari nak dapatkan tempat hadapan sekali tapi malangnya aku dapat tempat baris ketiga.. Kira ok ar tu sebab peserta pada haritu pun memang ramai sebanyak 3000 peserta.. Jadi masing2 memang berebut nak masuk. Ada gak aku dengar peserta lain yang cakap macam nak g tengok perlawanan bola sepak plak sebab pintu akan dibuka pada jam yg ditetapkan sahaja.. So memang barisan panjang ar nak menunggu pintu dibuka..

...Seminar ni betul2 best n menyeronokkan.. Bukan sahaja aku belaja nak mengira tarikh lahir malah pelbagai ilmu yang aku dapat dalam seminar ini.. Dari tarikh lahir inilah kita akan kenali potensi diri kita sendiri atau seseorang.. Dan dengan ini kita dapat mengubah apa yang buruk n kita akan tau potensi kita dalam bisnes.. Semuanya begitu berkesan kalau kita terus bertindak serta merta.. Ia juga memberi semangat yang luar biasa yang sukar kita perolehi.. Memang berbaloi g seminar ni dengan bayaran hanya RM5o..



7 prinsip kekayaan & kejayaan yang nak aku kongsikan bersama :-
1) 100% komitmen
T + F + A = R
T= thinking, F = feeling, A = action, R = result
2) Bagaimana anda melakukan sesuati perkara adalah sebagaimana anda melakukan semua perkara
3) Tindakan / Action (the power of action)
FAst Action akan dapat Fast Result
4) It's now or never
5) 3 patah perkataan yang perlu dielakkan iaitu "Aku dah Tau dah"
6) Kalau nak tahap kewangan meningkat anda perlu meningkatkan ilmu dan kuasa bertindak juga perlu ditingkatkan
7) Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan seseorang itu mengubah nasibnya sendiri..
...Banyak lagi ilmu yang aku dapat disini tapi ini je yang dapat aku kongsikan buat masa ni.. Kalau ada peluang lagi aku nak lagi mengikuti program yang dianjurkan oleh Dr. Azizan Osman.. Terima kasih Dr. banyak yang aku dapat dalam seminar Dr.
honey:-) "Orang yang gagal adalah orang yang gagal bertindak"

AddThis Social Bookmark Button


2 comments: to “ Seminar Kenali Potensi Diri - Rahsia Tarikh Lahir

Design by Amanda @ Blogger Buster