fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Futsal  

Tuesday, March 2, 2010

Salam..

Pada 28/2/2010 (ahad), aku mengikuti pemilihan futsal di seksyen 15 shah alam untuk Penyertaan Pesta Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia Kali Ke-19 Di Johor pada bulan Jun 2010..X ramai staff perempuan yang join pada haritu mungkin masing2 ada hal yang x dapat dielakkan maklumlah cuti panjang masa tu.. Jadi yang datang hanya 6 orang staff je dan 2 orang dari daerah Kuala Selangor iaitu aku n suriya..So kami semua secara automatik terpilih untuk ke Johor tanpa perlu pemilihan.. huhuhu.. Bagi staff lelaki ramai yang turun.. Semangat macam tu yang kita semua mahu.. Ada komitmen dalam melakukan sesuatu perkara..
... Latihan dimulakan jam 10 pagi yang diketuai oleh En. Rahim untuk meranggangkan otot2.. Seterusnya kami di bagi kepada 2 group untuk melihat skill n keserasian antara 1 sama lain sebagai 1 team.. Memang penat giler berlari mengejar bola.. Stamina aku memang x kuat sebab dah lama aku x bermain futsal.. Last main masa kat terengganu tu jer.. Pastu langsung xda sentuh bola.. Sekali dah main balik semput gak rasanya macam x cukup nafas.. Giler punya penat.. Tapi alhamdulillah semuanya masih leh diatasi dengan adanya latihan yang akan diadakan setiap hari sabtu n ahad..
...Semalam paling teruk aku rasa sakitnya 1 badan.. Terutama sekali bahagian dari pinggang hingga hujung kaki.. Nak jalan pun susah giler.. Dah ar semalam gi kuar jalan2 tengok wayang. Dah aku jalan pun macam robot.. Memang sakit giler sampai kuar air mata gak ar menahan sakitnya.. Tahap kronik ar sakitnya.. Nak angkat kaki pun perlukan sokongan mengalahkan orang yang patah kaki jer.. Mujur harini sakitnya dah kurang.. Kalau x xtau ar macam mana nk g keje nanti.. huhuhu.. Lemah sungguh honey ni!! hehehe.. Manja bila sakit jer.. huhuhu..
...Apa2pun ianya amat menyeronokkan kerna ia adalah minat aku.. Walau macam mana sakit sekalipun kalau dah minat x kira ar apapun yang berlaku.. Aku akan tetap terus bertahan..

honey:-) Komitmen amat penting dalam melakukan sesuatu perkara tanpa ada alasan.

AddThis Social Bookmark Button


1 comments: to “ Futsal

Design by Amanda @ Blogger Buster