fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Hari Pertama - Meronda  

Tuesday, April 13, 2010

Bermulanya kisah ku sebagai Sukarelawan Polis pada 12/4/2010 (ahad) di IPD kuala Selangor. Ini merupakan hari pertama aku menjalankan tugas aku sebagai Sukarelawan dari jam 9 pagi hingga 3 petang. Pada hari ahad begini x ramai yang bekerja.. Jadi aku adalah orang yang terawal sampai ketika itu.. Seawal jam 8.45 pagi.. (atas nasihat en.idris kena berada di balai 15 min awal). Aku masuk jer pintu bahagian pertanyaan terdapat 2 orang anggota polis regular yang memang seawal pagi telah ada untuk menjalankan tugas2 mereka.. Aku masih x nmpk lg kelibat sekarelawan yang lain.. Adakah aku yg terlalu awal atau mereka yang terbiasa datang lewat begitu? Mungkin sebab mereka dah biasa sebab mereka full time sukarelawan jadi mereka tau selok belok di balai ni.. Aku pula baru hari pertama jadi banyak perkara aku tidak tahu..

...Pada hari ahad begini kerja aku hanya meronda bersama anggota polis regular.. Terdapat 3 orang sukarelawan yang bekerja pada pagi ni iaitu Nurul Ain n Kua (cina) termasuk ar aku.. Jadi kami g meronda menaiki kereta kancil. Salah seorang dari batch aku yang lama iaitu Nurul Ain.. Nurul Ain yang dh banyak berubah setelah menjadi full time sukarelawan polis.. huhuhu.. Dan yang paling malangnya Polis regular tu adalah pakwe dia... Mungkin sebab tu dia berlagak sikit dengan aku.. Nak jawab soalan aku pun susah.. Xpa aku x heran pun.. Macam2 hal bila dh couple ni bekerja bersama.. Memang x profesional langsung! Tapi aku buat bodoh jela.. Malas aku nak layan mereka ni.. Kalau boleh aku nak elakkan meronda bersama mereka pasni.. Hari pertama lagi aku dah rasa x seronok nk bekerja.. Banyak perkara yang aku xtau jika nak dibandingkan dengan mereka yang lain.. Jadi aku amik sikap ingin tahu sesuatu perkara yang mereka buat.. Aku rasa nk tggu hingga jam 3 petang cukup lama..

...Kemudian Snap check dilakukan di jalan berhadapan dengan Tunas Harapan Kuala Selangor.. Tugasnya untuk mendapatkan sekurang2nya 1 saman. Jadi kenalah tahan orang yang menaiki motor untuk melihat ic, lesen n road tax mereka.. Pastu ada gak yang menahan perjalan kaki. Pada mulanya aku pun hairan apa motif n tujuan untuk menahan mereka yang berjalan kaki.. Kena check ic dia pastu rekodkan dalam 1 borang.. Itulah bukti kita buat keje pada hari ini.. Banyak perkara aku kena pelajari lagi..

...Kalau nk cter memang banyak yang aku nak tulis tapi aku rasa cukup ar setakat ini je.. Nanti aku sambung untuk cter jaga bit plak yerk.. huhuhuhu..

honey:-) Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

AddThis Social Bookmark Button


1 comments: to “ Hari Pertama - Meronda

Design by Amanda @ Blogger Buster