fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

SPASM Ke 19 - Johor  

Thursday, May 27, 2010

Salam...

Malam semalam aku menerima surat dari Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan (KESUKA) yang dikirimkan oleh staff dari RATU semasa perlawanan persahabatan dengan pasukan MAS.. Aku terpilih sebagai Atlet PPAS ke Pesta Sukan Perpustakaan Awam SeMalaysia (SPASM) ke-19 di Johor Bahru pada 4 jun hingga 7 Jun 2010 bagi kategori Futsal.

...Tak tau ar apa perasaan aku sekarang ni? Rasa macam xda mood je nk g.. Tak seronoknya!!!! Mana perginya org2 dari daerah2 lain? Mana kwn2 aku yg dulu join futsal? Napa aku sendirian meneruskannya.. 2 hari setiap minggu iaitu hari selasa n jumaat aku akan turun Shah Alam untuk mengikuti training fitness dari kul 5.30 ptg hingga 7.00 petang. Hari rabu n ahad lak ada perlawanan persahabatan pada sebelah malam di Shah Alam gak.. Ntah apa yg aku buat aku sendiri pun xtau ler..

arrrggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh rasa macam nak tarik diri jer..

honey:-) Alpha Waive yang x pernah menjadi2..

AddThis Social Bookmark Button


Happy Birthday Tasha!  

Wednesday, May 19, 2010

19/05/2010 - Happy Birthday to My Lovely Friend Natasha Salmi Bt Jamaluddin yg ke 25.. Moga tarikh ini akan memberi sejuta makna dalam hidupmu.. Moga akan sentiasa diberkati dengan kebahgiaan bersama suami tercinta & sentiasa dimurahkan rezeki.. Dah 25 tahun rupanyer awk yerk.. Rasa sekejap je masa berlalu.. Rindunya zaman2 kat kolej dulu.. Banyak kenangan suka & duka kita lalui bersama.. I really miss u.. Sy Saja jer wish lambat2 nak bg peluang pada yang lain2 wish dulu.. hehehe..(jangan marah yerk)..


...Saya x pandai bermadah jd saya tujukan lirik lagu jer yerk.. hehehe..


SELAMAT HARI LAHIR - Saujana




Awan Berarak Ceria


Tiada Titisan Hujan


Pohon Melambai


Tanda Sokongan




Kususuri Perjalanan


Bertemankan Senyuman


Di Hari Lahirmu


Sahabatku




Dedaun Berguguran


Membuktikan Kedewasaan


Walau Tanpa Madah Dan Hadiah


Namun Cukup Bagiku


Sekadar Ucapan




Selamat Hari Lahir


Iringi Doa Kuhulur


Bersyukur KepadaNya


Atas Nikmat Usia




Sahabatku


Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini


Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni


Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti


Selamat Hari Lahir




Usiamu Ibarat Mutiara


Tiada Berganti Lagi


Hiaskan Iman Bersulam Taqwa


Agar Sempat Mengucup


Haruman Syurgawi
honey :-) Congratulations! bakal ada orang baru dalam hidup kamu.. I will love n miss u my lovely friend..

AddThis Social Bookmark Button


Bulan Mei  

Monday, May 17, 2010

Salam...

Bulan 5 adalah bulan yang penuh dengan kesibukan aktiviti n program2 sehinggakan bulan ni aku langsung xda masa nak masuk keje sebagai sukarelawan polis.. Bulan ni juga dah mula training futsal kat shah alam setiap hari selasa n jumaat jam 5.30 ptg untuk mewakili games futsal sempena Pesta Sukan Perpustakaan Awam Semalaysia di Johor tahun ni. Johor merupakan tuan rumah bagi Pesta Sukan ini mulai 4 Jun - 8 Jun 2010.. So tinggal lebih kurang 2 minggu lagi untuk training abis2san.. Bulan ni juga memang xda masa nak buat apa2 aktiviti untuk pengguna Perpustakaan.. Dah 2 bulan xda sebarang aktiviti yang dijalankan.. Setiap kali rancang aktiviti pasti ada je yg myebabkan aktiviti tu ditangguhkan sehingga ar harini masih x dapat dijalankan.. Bulan 6 cuti sekolah nanti kena ar cover 2 bulan yang lepas.. Banyak kena fikir untuk cuti sekolah ni.. huhuhu..

honey:-) Kejayaan hanya dapat dicapai apabila ada rintangan, kegagalan hanya dapat terjadi jika kita berhenti berusaha dan berputus asa. Tidak ada putus asa dalam Islam.

AddThis Social Bookmark Button


Mata yang Berkedip Tanpa henti  

Thursday, May 13, 2010


Apasal mata aku ni dh 2 hari berkedip2 tanpa henti? X pernah2 pun aku rasa mata berkedip punya lama mcm ni.. Mcm2 jawapan aku dapat dr kawan2 aku ni.. Ada yg kata tanda2 nak menangis, ada berita baik ar macam2 lg ler.. Jangan ar ada apa2 yg berlaku.. Rimas betul ar dgn mata yg mcm ni.. Cepat2 ar berakhir semuanya..

AddThis Social Bookmark Button


Kes Penipuan Melaui Email  

Monday, May 3, 2010

Duit aku dalam akaun Maybank telah dicuri oleh orang yang x bertanggungjawab pagi tadi hanya dengan sekali klik melalui email.. Geram betul rasa hati ini.. Nasib baik duit dalam akaun tu x banyak hanya RM23.95 jer.. Dapat ar dia kebas RM20.. Kalau x naya jer aku punya duit kena kebas begitu saja.. Walaupun hanya RM20 ianya tetap duit disaat2 aku ngah kering ni.. Semuanya bermula apabila aku menerima email kononnya dari Maybank2u untuk update profile.. Sekali aku klik jer kat link yang dia bagi tu terus masuk pada web yang benar2 serupa dengan Maybank2u.com.my.. So aku masukkan ar username n password update ar data seperti email n no tel.. Siap je semua tu aku check statement akaun aku tinggal RM3.95 jer.. Pelik bin ajaib sebab aku memang xda kuarkan duit langsung sepanjang minggu ni.. Pastu apa lagi aku punya korek punya korek ar laman Maybank2u tu nk tengok statement aku apa yang menyebabkan RM20 aku tu hilang rupanya telah ditransfer kepada orang lain.. Disebabkan aku tidak berpuashati, aku mengambil keputusan untuk menghubungi sendiri hotline Maybank dan bertanyakan hal yang sebenar.. Jadi disitulah aku tau yang Maybank tidak pernah menghantar apa2 melalui email kerana Maybank hanya berurusan melalui surat sahaja.. Itu semua adalah kes penipuan.. X selamat ar orang2 yang buat kerja2 sebegini.. Jadi terpaksa ar aku tukar kad bank aku.. Dah bertambah 1 kerja untuk aku.. Geram betul pada manusia2 yang x bertanggungjawab seperti ini..

honey:-) Kes penipuan yang semakin menjadi2 melalui internet.. Jadi Berhati2lah wahai semua..

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster