fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Training Kat Centre  

Thursday, April 22, 2010

Malam ni ada training kat Centre Office KL jam 8.30 malam disampaikan oleh CM yang hebat iaitu CM Shidi..Petang ni aku mintak excuse balik awl sikit takut jem plak petang2 ni orang balik keje.. Nasib baik ada driver yang nk teman aku.. So xda ar aku risau sangat nak memandu malam2 ni nk pulang ke Kuala Selangor balik.. Esok keje lak tu.. huhuhu... Walau apapun untuk berjaya kita xleh berkira.. So doakan perjalanan pergi + pulangku tengah2 malam nnt selamat.. Maklum ar perjalanan agak jauh,malam pulak tu mata x brapa nak nmpak ar katakan.. hehehe..

honey:-) Kejayaan ada di hujung jari anda. Anda yang menentukan segalanya..

AddThis Social Bookmark Button


Permulaan Yang Baru...  

Wednesday, April 21, 2010

20/4/2010 merupakan hari keramat dan yang paling penting dalam hidupku.. Ini bukan hari yg seperti orang2 lain buat yerk.. Inilah hari permulaan untuk kehidupan , matlamat n halatuju yang baru.. Inilah tarikh aku memulakan bisnes yang julung kali dan ianya x pernah terfikir dek akalku ini.. Terima kasih pada semua yang wish n sentiasa memberi sokongan, dorongan n semangat yang x putus2 untuk aku dalam menjalankan bisnes yang sungguh hebat ini.. Terima Kasih Kepada along (sepupu) aku yang selalu mengajak n membawa aku n memperkenalkan bisnes yang sungguh hebat dan lain drp yang lain.. Aku akan jadikan bisnes ini 1 flatform untuk aku terus berjaya dalam mencapai semua impian n cita-citaku.. Kepada semua adik beradikku di ............(nama company) terima kasih atas kiriman SMS semalam. Banyak kata2 semangat yang kamu semua berikan sehingga aku merasakan 1 perasaan yang tidak dapat aku gambarkan.. Kini aku sebahagian dari kalian semua.. Kita 1 keluarga.. AKu punya ramai adik beradik yang akan sentiasa menyokong, membantu n mendoakan yang terbaik buat aku..


...Dan hari ini khabarnyer kawan 1 kolej aku yang sama2 1 kelas rupanya dh 2 tahun join bisnes ni.. Beberapa bulan yang lalu dia juga ada mempelawa aku untuk berjumpa dan masa tu terlalu banyak alasan yang aku berikan kepadanya.. X sangka plak rupa2nya ianya adalah bisnes yang sama yang aku join sekarang ni.. Dunia ni memang kecil sangat.. Akhirnya kami di bawah 1 bumbung. yang sama.. Cuma bezanya dia telah pun berjaya tapi aku masih baru bermula.. Aku tetap aku berusaha untuk berjaya sepertinya.. Aku PASTI BERJAYA!


SAYA SEORANG YANG HEBAT!

IBUBAPA SAYA PASTI BANGGA DENGAN SAYA!

SAYA SEORANG ANAK YANG SANGAT HEBAT!

TIADA SIAPA BOLEH MUSNAHKAN / HANCURKAN IMPIAN KELUARGA SAYA!

SAYA TAKKAN BERUNDUR / BERPUTUS ASA!

SAYA PASTI BERJAYA!

SEBAB

SAYA SAYANG IBUBAPA SAYA

SAYA SAYANG ADIK BERADIK SAYA

SAYA SAYANG KELUARGA SAYA!
honey:-) Success is a journey.. not to a destination!

AddThis Social Bookmark Button


Hari Pertama - Meronda  

Tuesday, April 13, 2010

Bermulanya kisah ku sebagai Sukarelawan Polis pada 12/4/2010 (ahad) di IPD kuala Selangor. Ini merupakan hari pertama aku menjalankan tugas aku sebagai Sukarelawan dari jam 9 pagi hingga 3 petang. Pada hari ahad begini x ramai yang bekerja.. Jadi aku adalah orang yang terawal sampai ketika itu.. Seawal jam 8.45 pagi.. (atas nasihat en.idris kena berada di balai 15 min awal). Aku masuk jer pintu bahagian pertanyaan terdapat 2 orang anggota polis regular yang memang seawal pagi telah ada untuk menjalankan tugas2 mereka.. Aku masih x nmpk lg kelibat sekarelawan yang lain.. Adakah aku yg terlalu awal atau mereka yang terbiasa datang lewat begitu? Mungkin sebab mereka dah biasa sebab mereka full time sukarelawan jadi mereka tau selok belok di balai ni.. Aku pula baru hari pertama jadi banyak perkara aku tidak tahu..

...Pada hari ahad begini kerja aku hanya meronda bersama anggota polis regular.. Terdapat 3 orang sukarelawan yang bekerja pada pagi ni iaitu Nurul Ain n Kua (cina) termasuk ar aku.. Jadi kami g meronda menaiki kereta kancil. Salah seorang dari batch aku yang lama iaitu Nurul Ain.. Nurul Ain yang dh banyak berubah setelah menjadi full time sukarelawan polis.. huhuhu.. Dan yang paling malangnya Polis regular tu adalah pakwe dia... Mungkin sebab tu dia berlagak sikit dengan aku.. Nak jawab soalan aku pun susah.. Xpa aku x heran pun.. Macam2 hal bila dh couple ni bekerja bersama.. Memang x profesional langsung! Tapi aku buat bodoh jela.. Malas aku nak layan mereka ni.. Kalau boleh aku nak elakkan meronda bersama mereka pasni.. Hari pertama lagi aku dah rasa x seronok nk bekerja.. Banyak perkara yang aku xtau jika nak dibandingkan dengan mereka yang lain.. Jadi aku amik sikap ingin tahu sesuatu perkara yang mereka buat.. Aku rasa nk tggu hingga jam 3 petang cukup lama..

...Kemudian Snap check dilakukan di jalan berhadapan dengan Tunas Harapan Kuala Selangor.. Tugasnya untuk mendapatkan sekurang2nya 1 saman. Jadi kenalah tahan orang yang menaiki motor untuk melihat ic, lesen n road tax mereka.. Pastu ada gak yang menahan perjalan kaki. Pada mulanya aku pun hairan apa motif n tujuan untuk menahan mereka yang berjalan kaki.. Kena check ic dia pastu rekodkan dalam 1 borang.. Itulah bukti kita buat keje pada hari ini.. Banyak perkara aku kena pelajari lagi..

...Kalau nk cter memang banyak yang aku nak tulis tapi aku rasa cukup ar setakat ini je.. Nanti aku sambung untuk cter jaga bit plak yerk.. huhuhuhu..

honey:-) Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

AddThis Social Bookmark Button


Akan Bermula...  

Saturday, April 10, 2010

Esok bermulalah kerja buat kali pertama sebagai sukarelawan polis.. Dah terlalu lama aku tangguhkan untuk memulakan perkhidmatan sebagai sukarelawan disebabkan perkara2 yang x dapat dielakkan.. Aku kena utamakan kerja hakiki aku dahulu sebelum melakukan kerja sukarelawan ini.. Akhirnya aku dapat juga cari masa n peluang untuk mempelajari selok belok tugas sebagai seorang anggota polis.. Walau banyak perkara terpaksa aku tangguhkan termasuklah masa untuk bersama keluarga.. Dah hampir 3 minggu aku x pulang ke rumah mak dan dah 2 minggu berturut2 mak call bertanyakan samada aku balik ke rumah atau x minggu ni.. Aku terlalu terikat dengan masa sampai masa untuk bersama keluarga pun aku tidak ada apatah lagi masa untuk memulakan langkah ke arah bisnes yang baru nk bertapak.. Aku hanya harapkan adik aku jer untuk memulakan bisnes tu buat sementara aku menyelesaikan masalah masa ini.. Aku harap aku akan ketemu juga jalan penyelesaian bagi masalah aku yg 1 ini agar aku dapat buat semua perkara dalam 1 masa.. Insyaallah

honey:-) Regrets over yesterday and the fear of tomorrow are twin thieves that rob us of the moment.

AddThis Social Bookmark Button


Sekali Lagi Gigi!  

Friday, April 9, 2010

Gigi oh Gigi... Sekali lagi gigi aku kena cabut semalam petang.. Disebabkan kesakitan yang teramat sangat yang x mampu aku tahan lagi dengan langkah yang lemah aku g jugak ke klinik gigi walaupun semalam bukan ar hari untuk rawatan pesakit luar. Rawatan untuk pesakit luar pada hari rabu sahaja.. Semalam adalah untuk temujanji sahaja tapi disebabkan kesakitan yang x dapat ditahan aku g jugak.. Ni dah masuk 4 batang gigi kena cabut.. Setiap 6 bulan ke atas mula ar gigi2 aku ni buat hal.. Agaknyer x sempat nk tua semua gigi dah abis agaknyer.. ishk3x...

honey:-) Gigi sihat senyuman menawan

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster