Salam 1 Malaysia...
Kejohanan Petanque (Double) Piala MDKS 2010 telah pun berakhir jam 1 petang td.. Perlawanan selama 2 hari iaitu pd 10 & 11 Julai 2010 di Arena Petanque MDKS di Stadium Kuala Selangor yang menyaksikan 23 pasukan wanita & 42 pasukan lelaki dari pelbagai jabatan, taman penduduk, sekolah, agensi swasta dan sebagainya yang menetap di Kuala Selangor.. Kami Perpustakaan hanya menghantar 2 pasukan sahaja yang terdiri dr kategori wanita iaitu aku (k.sel), kak sal(k.sel), Kak Suhaila (tg karang) & Salizah (sekinchan). Pada mulanya ini adalah permainan yang hanya suka2 je pd kami yang sememangnya x pernah mengenali permainan ini.. Jadi setiap petang seminggu yang lalu kami akan turun ke Stadium bagi membuat latihan dan belajar selok belok permainan ini dari Pakar2 Petanque MDKS.. Aku tak pernah membayangkan untuk bermain sehingga ke peringkat akhir.. Rasa mcm bermimpi pun ada.. Kami hanya 4 orang sahaja.. Jadi kamilah yang myokong ant. 1 sama lain.. Bila group A(aku & k.sal) main, Group B(k.su & salizah) akan menjadi pyokong kami. Begiu jugak sebaliknya.. Sekiranya kami sama2 tengah main tiada sapalah yang myokong kami. Tapi mujur ada team lain yg sudi memberi sokongan yang x thingga pada kami.. Terima kasih pd semua yang support team kami.. huhuhu..
...Alhamdulillah team A(aku & k.sal) berjaya sehingga ke peringkat akhir dan akhirnya kami dapat naib johan dalam kejohanan ini.. Kami kalah dengan SMK Seri Tanjung.. Perkara yang tak pernah kami fikir blh smpai ke peringkat ini.. Ini benar2 mgejutkan aku.. Sebab kami main bila disuruh main x pernah bertanya ini dh peringkat mana.. Jadi kami main dengan hati yang gembira walaupun kdg2 stress dengan pihak lwn.. Tapi kami maintain xda prasaan nk mrh dengan team kami sdiri walau ada yg slh.. Kami tetap sepakat n happy selalu.. Alih2 pagi td bila kami lawan dengan team dr MDKS A, kami menang tiba2 mereka kata pasni nak menentukan untuk johan & naib johan.. Apalagi terkejut ar.. Xtau plak kami blh smpai ke peringkat terakhir ni.. Igtkan banyak lg kami kena lwn.. Memang benar2 mengemparkan.. Ada gak dengar suara dr Cikgu(pgasas yg mpekenalkan Petanque di Kuala Selangor) yg x sangka Kami(Perpustakaan) blh smpai ke peringkat ini.. Apa2pun team Cikgu(SMK Seri Tanjung) menang sebagai JUARA..
...Aku ingin ucapkan terima kasih pada Salizah yang terus memberi sokongan tanpa henti dengan kehadirannya pagi tadi walaupun team B telah terkeluar pada malam semalam.. Walaupun hanya 1 org pyokong kami tetap terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan kami.. Tidak lupa juga ribuan terima kasih khasnya smua krew2 MDKS yang banyak memberi tunjuk ajar & membimbing kami dalam permainan ini (Abg Rosmadi, Bob, Pakcik abah kpd bob, Syam, Cikgu Sri Tanjung dan semua bhgn teknikal yang terlibat semasa kejohanan berlangsung) dan yang paling penting adalah kepada group aku sendiri iaitu KAK SAL.. Terima kasih sesangat kerana sudi join dan jd partner aku.. Terima Kasih Terima Kasih Terima KAsih kerana kita telah berjaya melakukan yang TERBAIK dan mengharumkan nama PEPUSTAKAAN.. Terima Kasih untuk segalanya.. I love u so much.. muah3x.. huhuhu :-)
honey:-) Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.