fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Doa Cinta  

Monday, March 31, 2008

Aku menyintaimu, aku menyayangimu... seikhlasnya. Cinta kasih sayangku untukmu memang tak dapat kunafikan, dan sesungguhnya tak mampu kutolak ke tepi. Lalu, kita harungi lautan cinta ini, kita bermain dengan ombak-ombak yang mengalun mesra, membuai kita dan menghanyutkan kita ke lautan terindah yang tak pernah kita jejaki sebelum ini.

Indah, memang sesungguhnya terlalu indah dalam setiap detik dan ketika. Aku sediakan ruang rindu untukmu. Aku hamparkan permaidani kasih untuk kau rebahkan tubuh lelah setelah sekian lama mencari cinta. Aku berikan segalanya dengan apa adanya untukmu. Kenangan terindah milik kita.

Suatu malam, kutatap bulan nan suram. Tiba-tiba aku rasakan suasana semakin kelam dan awan hitam menyelimuti bulan. Titis-tisis hujan menjamah dingin. Aku terpana seketika dan gumpalan-gumpalan dosa cinta bergentayangan! Ketika aku menyimpulkan bahawa cinta ini mungkin tak kesampaian - bergema sebait ungkapan menerjah seluruh sanubari...

Tolong sampaikan pada si dia
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta-Nya
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurga-Nya
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa


Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia


Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa


Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana


Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya


Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia


Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga


Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Doa Cinta

Design by Amanda @ Blogger Buster