fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Kisah Mak III  

Wednesday, July 22, 2009

Salam...


Cuaca semalam hujan sepanjang hari.. Sepanjang perjalanan pergi n balik dr kuala selangor ke kl hujan.. Semalam aku n nurul amik mak kat umah untuk dibawa ke kuala selangor.. Kali ni nak cuba lak berubat kat sini.. Berubat dengan Ustaz Asyraf kawan acik.. Sebelum mak datang sini, ustaz tu dah tengok2 kan keadaan mak dari jauh.. Ustaz tu yg syorkan agar mak dibawa kesini dengan segera. Katanya keadaan semakin teruk.. Sakitnya agak kuat jugak katanya.. Petang semalam selepas asar, ustaz datang ke rumah untuk mengubat mak.. Katanya mak terpijak/tersepak sesuatu.. Semalam ustaz hanya buat air n limau untuk disapu di kaki mak yang sakit.. Akan datang ustaz akan tarik benda tu kuar tp xtau bila ustaz x ckp plak.. Harap2nye cepat ar ustaz tu akan buat sebab aku sendiri x sanggup nak tengok keadaan mak yag semakin uzur n x berdaya.. Kini mak dah x boleh nak berjalan.. mak hanya terbaring jer.. Semalam mak makan ubat tahan sakit sebelum gi kuala selangor.. Klu mak x makan ubat tahan sakit tu belum tentu mak larat untuk sampai ke kuala selangor.. Tu pun dalam kete mak hanya terbaring jer.. Beberapa minggu yang lalu mak masih boleh berjalan tapi kini mak dah x blh berjalan lagi.. Mak nak solat pun baring jer skrg ni.. Yang paling aku x sanggup tengok bila mak nak turun dari katil.. Begitu payah mak nak turun.. Susah aku nak gambarkan keadaan mak sekarang ni.. Kini aku hanya dengar tangisan mak saja setiap kali mak solat n mengaji.. Begitu besar ujian Allah pada mak kini... Entah sampai bila mak akan berkeadaan begitu..

...Esok aku amik cuti untuk antar mak g hospital Kuala Lumpur untuk buat rawatan fisioterapi.. Aku x pasti samada esok mak masih lagi larat atau x untuk g terapi tersebut.. Sekarang mak dah x mampu nak wat apa2 lg.. Dah lama mak x g keje.. Sekarang ayah aku yang menjaga mak di rumah.. Ayah yg memasak, ayah yg membasuh baju n ayah juga yg menyidai baju.. Sekarang ni ayah ngah cuti boleh ar dia tengok2 kan mak tp mcm mana keadaan mak bila ayah dah mula bekerja semula? Sapa yg akan masak untuk mak? Sapa yg akan tengok2 kan mak kat umah? Mak nak bangun berdiri pun mak x mampu.. Mcm mana bila mak perlukan apa2? Sapa yg akan bantu mak masa tu?

...Walaupun aku ni bukan anak yg rapat dengan mak, bukan anak yang leh diharapkan n bukan anak yang menunjukkan kasih sayang tapi aku x sanggup nak tengok keadaan mak yang begitu.. Aku tetap mengambil berat n kisah tentang keadaan mak cuma aku x pandai nak tunjukkan keperihatinan n kasih sayang aku kepadanya.. Aku tetap mengalirkan airmata setiap kali mendengar tangisan mak dalam doanya.. Kini aku hanya mampu berharap agar mak segera sembuh n kembali seperti dulu..

honey:-) Hidup kita mengalami pasang surut, terkadang senang terkadang susah, terkadang beruntung di kali yang lain merugi, terkadang sehat di kali yang lain menderita sakit.

AddThis Social Bookmark Button


5 comments: to “ Kisah Mak III

Design by Amanda @ Blogger Buster