fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Cerita Semalam  

Wednesday, September 9, 2009

Salam...


Lama rasanya x menulis sesuatu di sini.. Walau terlalu banyak cerita tapi aku tidak mempunyai kesempatan untuk menulis.. Bermula dari cuti sekolah beberapa minggu yang lalu membuatkan aku terlalu busy dengan pengunjung yang ramai semasa cuti sekolah, merencana aktiviti untuk cuti sekolah, menghias/mencantikkan toilet di pejabat n kejadian yang terakhir sekali berlaku minggu lepas server down akibat hujan yang lebat n bangunan yang bocor dan dimasuki air..


...Sekarang ni aku x tau nak cter cerita yang mana.. Rasa macam dah xda apa2 yang nk diceritakan.. huhuhuhu... Semalam aku terima panggilan dari seorang teman yang mengatakan bahawa result PNM dah kuar... Dia kata kalau nak tau result kena call sendiri PNM. Disebabkan semalam aku cuti jadi aku x berhajat plak nak menghubungi PNM.. Jadi sahabat aku ni pun hubungi ar PNM untuk bertanyakan result aku n dia.. Alhamdulillah result yang aku terima tidak mengewakan aku.. Kami sama2 lulus ketiga2 paper tu.. Bersyukur sangat2 kerana usaha yang selama ini membuahkan hasil Walaupun terdapat dugaan pada hari pertama semasa menghadiri exam.. Terima kasih kepada dayah kerana memaklumkan berita ini..


...Semalam aku bercuti kerana menemani DIA temuduga di Risda kat Jalan Ampang.. Seawal jam 6.30 pagi aku kuar umah.. Mujur juga x sesat.. Maklum ar sebelum ni x g survey pun tempat ni.. Mungkin sebab aku sendiri tau ampang tu kat mana ianya x menjadi masalah untuk aku mencari.. Alhamdulillah kami tiba di Risda jam 9 .30 pagi terus naik ke tingkat 1 tempat temuduga.. Tapi malangnya semua yang ada kat situ semua perempuan.. Agak terkejut gak sebab xda seorang pun lelaki.. Pastu aku g tanya staff kat situ katanya pagi temuduga untuk perempuan sahaja.. Lelaki pada sebeah petang jam 2 petang.. Aduhsss... Seawal pagi begini nak kemana plak sementara nak tunggu kul 2... Punya ar lama nak tunggu kul 2.. Sementara menunggu kul 2 tu kami pun jalan2 jela kat area Wangsa Maju.. Mujur gak aku tau area2 sini sebab selalu bawak mak g area2 sini.. Jam 1 aku dh tunggu dah kat Risda balik.. Ramai jugak yang dah menanti di luar pintu Risda.. Punya ar lama temuduganya.. Dari kul 2 sampai kul 5 aku tunggu.. Gler ar.. Berpeluh2 aku tunggu dalam kete malas plak nak naik.. Katanya seramai 25 orang yang hadiri temuduga.. Semuanya pakai 'orang dalam'. Kalau ada rezeki adalah kalau xda redha jela.. Aku pun xda ar berharap sangat.. Mujur ar semalam jalan x jem masa nak balik.. Aku tiba di rumah jam 7 petang.. Nasib baik sempat berbuka kat umah kalau x haru gak nak berbuka dalam kereta walaupun dah siap beli air n roti.. huhuhuhu...

honey:-) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukankebahagiaan.

AddThis Social Bookmark Button


2 comments: to “ Cerita Semalam

Design by Amanda @ Blogger Buster