Keseronokan Bekerja
Tuesday, November 10, 2009
Bekerja mencari rezeki merupakan tuntutan dalam Islam.Sebagai ketua keluarga, seorang lelaki mesti bekerja untuk memenuhi keperluan nafkah keluarganya.Bagi orang perempuan pula, bekerja kadang-kadang menjadi suatu keperluan bagi menampung pendapatan para suami.
Namun,bekerja sering kali membuatkan sesorang itu tertekan dan stress. Kebiasaannya, stress disebabkan oleh tiadanya perasaan seronok untuk menjalankan sesuatu pekerjaan itu atau dengan kata lain, merasa terpaksa untuk melakukan sesuatu pekerjaan.Bagi yang menyukai sesuatu pekerjaan yang dilakukan, sudah tentu sesorang itu tidak stress atau tekanan malah dia akan gembira melakukakannya.
Persoalannya ialah adakah keseronokan bekerja boleh diperolehi?Jika boleh, bagaimana ianya dapat diperolehi?
Beberapa tips ini diharap dapat memberikan keseronokan sewaktu bekerja:
1.Sentiasa berdoa agar diberikan keseronokan untuk bekerja.
2.Memulakan keseronokan dalam diri.Jangan mengharapkan keseronokan dimulai oleh orang lain.Tangkis segala perasaan iri hati,cemburu, sakit hati dan sebagainya.Cuba ceriakan orang di sekitar kita.
3.Sentiasa memaafkan semua orang sebelum tidur.(Stress di tempat kerja kadang2 timbul disebabkan oleh perasaan tidak puas hati dengan rakan sekerja,bos atau sesiapa sahaja di tempat kerja)
4.Ubah rutin harian.Cuba ubah rutin harian anda menjadi lebih menarik.
Inilah tajuk pengucapan awam aku masa Kursus Induksi yang lepas.. Kini, situasi inilah yang terjadi pada aku n aku sedang cuba mencari keseronokan di tempat kerja aku..
honey:-) Bekerja memang benar2 menyeronokan jika kita tahu menilai n menghargainya..
0 comments: to “ Keseronokan Bekerja ”
Post a Comment