fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Sukarelawan Simpanan Polis  

Monday, February 8, 2010


Pada 5hb Februari 2010 (jumaat), aku telah menghadiri 1 sesi temuduga untuk Sukarelawan Simpanan Polis under RELA di Bangi.. Dalam kekeliruan samada ingin menghadiri ataupun tidak temuduga ini aku beranikan diri juga untuk mengikutinya kerana atas dasar minat yang terlalu mendalam dalam bidang kepolisan ini. Aku memang orang yang susah nk buat keputusan bila aku diberi peluang untuk memilih.. Atas sokongan kawan2ku aku g juga walaupun aku dikira lewat membuat keputusan.. Kul 3 petang dikehendaki berkumpul di Kompleks PKNS tapi pada masa tu aku masih lagi berada di library.. Memang masa tu aku dh buat keputusan untuk tidak menghadirinya.. Walaupun aku rasa terkilan juga bila tengok ramai orang2 lain yang dh berkumpul di bawah.. Rasa rugi sangat klu x join. Dan akhirnya sokongan yang diberikan oleh Kak Sal, aku balik juga masa tu untuk tukar baju n bawak beg pakaian untuk 2 hari sekiranya terpilih.. Mujur aku sempat melaporkan kehadiran.. Ramai yang menghadiri temuduga ini semuanya adalah ahli baru dalam RELA. Perempuan seramai 10 orang termasuk aku.. Semuanya muda2 berlaka.. Paling tua pn 26 tahun.. Walaupun perkara utama aku xnk g adalah disebabkan aku xda kawan akhirnya aku g juga tanpa memikirkan aku keseorangan..

...Kami bertolak jam 5 petang dari Kuala Selangor.. 1 bas n 1 van. Kami yg perempuan semuanya naik van Bas memang penuh dengan lelaki.. Lelaki lagi ramai ar.. TIbanya di bangi lebih kurang jam 6.45 ptg..Singgah dulu minum sebab terlalu awal lagi.. Temuduga akan bermula jam 8 malam.. Jam 7.30 kami gerak ke Institut Latihan Pertahanan Awam..Memang ramai yang dah sampai dari daerah yang lain seluruh selangor.. Pemilihan akan bermula jam 8 malam.. Dewan mula penuh jam itu.. Kalini kebanyakan adalah dari golongan india..

...Tengok je polis2 pompuan tu semua gerun maklum ar dorang ni kan garang tegas. Jadi masing2 kecut perut.. Memang dorang straight giler.. Pemilihan ini berdasarkan ketinggian, berat, cara jalan, kawad, tangan bengkok ke idak.. Kira semuanya mereka tengok.. Time aku untuk ukur ketinggian tu memang cuak maklum ar takut x cukup inci dan sememangnya aku memang rasa x cukup inci pn.. Alhamdulillah aku berjaya tapisan pertama dengan ketinggian 152 n berat 59.. Dah semakin gemuk.. huhuhu.. Selamat!!! Ketinggian maksimum ialah 152.. Yang kurang tu memang dah terus fail dh.. Boleh terus balik..hahaha.. Kemudian tggu giliran untuk kawad, luruskan tangan n segalanya yang fizikal.. Alhamdulillah semua tu aku LULUS.. Dah lulus tapisan pertama kena plak Urine test tapisan yang kedua.. Alhamdulillah tapisan yang kedua pn aku LULUS.. Jadi maknanya aku LULUS semua tapisan temuduga ini.. Aku bersyukur sangat n aku betul2 x sangka yang aku berjaya juga untuk menjadi Sukarelawan Simpanan Polis walau hanya sukarelawan je bukanlah polis sebenar... hahaha.. Seramai 4 orang pompuan drp 10 orang yang datang bersama2 aku yang berjaya dalam temuduga ini.. Pemilihan ini tamat jam 1.30 pagi.. Aku tiba di Kompleks PKNS kuala selangor jam 3 pagi.. Memang malam yang meletihkan tapi ia cukup bermakna dalam hidup aku.. Terima kasih buat Idris yang banyak merekomenkan aku pada Jabatan RELA.. hahaha.. Thank u so much sebab kepercayaan idris pd aku.. Huhuhu..
honey:-) RELA berkhidmat untuk Negara

AddThis Social Bookmark Button


4 comments: to “ Sukarelawan Simpanan Polis

Design by Amanda @ Blogger Buster