fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Workshop Anjakan Minda Jutawan (WAMJ)  

Monday, March 22, 2010

Pada 20/03/2010 (sabtu), aku mengikuti satu kursus iaitu Workshop Anjakan Minda Jutawan di Hotel Plaza Kl jam 9 pagi.. Pendaftaran seawal jam 8.30 pagi.. Aku n adik aku join kursus ni bersama dengan sepupu aku along n maktam..

...Workshop yang dibentangkan oleh CM Noor Azahar Bin Mokhtar begitu berkesan n merupakan 1 motivasi yang begitu menusuk dalam hati.. 1 hari yang penuh dengan air mata.. Pelbagai yang aku pelajari dalam workshop ni.. Bermula dengan Muzik Alpha Wave. Teknik pernafasan 2 4 8 yang betul akan memberi impak yang berkesan sekiranya kita buat dengan betul.. Dengan Alpha Wave ni juga kita boleh memohon or meminta apa yg kita hajati.. Insyaallah ianya akan berkesan sekiranya kita buat dgn teknik yang betul.. Kemudian perbezaan MINDA dan AKAL..

Apa yang menguasai anda hari ini?

MINDA ATAU AKAL????

Jangan biarkan AKAL menguasai MINDA kita.. MINDA adalah elemen ptg untuk bantu kita berjaya! MINDA adalah sesuatu yg positif.. Sekiranya kita fikirkan yang positif maka positif ar yang akan berlaku. Tapi sekiranya kita fikirkan negatif, negatif ar yang akan berlaku.. Itu adalah AKAL.. Sebab tu jangan biarkan AKAL mengusai MINDA.. Bila AKAL masih menguasai MINDA "anda masih tidak pasti matlamat anda". Kemudian bermulanya AKUJANJI pada diri sendiri..

AKUJANJI

Saya sangan HEBAT!
Ibubapa saya pasti BANGGA dengan saya!
Saya adalah anak yang SANGAT HEBAT!
Tiada sesiapa berhak GAGALKAN IMPIAN KELUARGA saya!
Saya tidak akan BERUNDUR @ PUTUS ASA!
Saya MESTI BERJAYA!
Saya sayang ibubapa saya...
Saya sayang adik beradik saya...
Saya sayang KELUARGA saya!
(Tatap gambar orang tersayang dan luahkan janji anda)
..Disinilah bermulanya tangisan dari semua peserta.. CM kata kalau kita main2 ianya akan jd main2 jugak.. Jadi kita perlu serius untuk dapatkan impak yang berkesan.. Memang sesuatu yang lain dari yang lain.. Ia memberi impak yang luar biasa sekiranya kita FOKUS!
...Pada sebelah petang pulak mulalah aktiviti ke 2 iaitu PENGHARGAAN "APPRECIATION". Ianya merupakan sesi kita menulis sesuatu / luahkan perasaan yang terpendam selama ini yang kita x pernah luahkan / ucapkan kepada ibubapa dan adik beradik kita.. Sesi belah petang ni lagi teruk.. Kami semua kena amik ruang atau sudut masing2 utk menulis sesuatu kepada ibubapa kita.. Anggap harini merupakan hari terakhir n kata2 terakhir buat mereka.. Lagi menyedihkan bila lagu Ku Pohon Restu Ayahbonada n lagu menyedihkan yg lain2.. Aku x ingat sebenarnya lagu apa.. Tapi lagu tu memang menyentapkan jiwa semua orang.. Apa2pun workshop ini banyak memberi ilmu n sangat berkesan pada minda aku.. Sekarang aku dah bersedia untuk berMINDAKAN JUTAWAN..
..Terima kasih CM Azahar yang banyak berkongsi ilmu dengan kami semua.. AKu xkan lupa apa yang aku pelajari dalam workshop ni.. SAYA PASTI BERJAYA, KAMU ADALAH ADIK BERADIK SAYA!
honey:-) "Jangan fokus pada kelemahan orang sekeliling kita..hingga kita lupa pada kehebatan yang ada pada kita"

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster