Indahnya Kemaafan
Tuesday, August 24, 2010
Pertama sekali ku panjatkan syukur ke hadrat illahi kerana aku masih berpeluang meneruskan kehidupanku di muka bumi ini. terima kasih Ya Allah kerana aku masih boleh melihat mendengar bersuara berjalan dan sebagainya atas kehendakMu.. Alhamdulillah dan Terima kasih kerana aku masih punyai hati. Hati yang mungkin selama ni beku, keras dan penuh kebencian.. Kini tiada lagi perasaan benci atau apa2 perasaan yang tidak baik dalam hati ini.. Kini terasa bahagia dan berharap akan terus berkekalan hendaknya.. Aku antara insan yang terpilih mengikuti seminar ESQ selama 3 hari..
...Betapa bahagia dan rasa lega setelah memohon maaf dan memaafkan.. Lapang dada ni x dapat aku gambarkan.. Seolah2 ia kembali seperti dulu kala. Saat inilah yang aku rindukan.. Kini aku masih dapat nikmatinya dengan rasa yang cukup indah.. Terima kasih kerana masih sudi memaafkan diri ini setelah terlalu banyak perkara yang berlaku di antara kita.. Aku akui selama ni hati aku beku dan aku x pernah fikirkan perasaan orang lain.. Yang aku tau hanya kepuasan hati aku. Tapi percayalah aku x pernah berniat untuk melakukannya.. Itu hanyalah kerana perasaan amarah yang ada dalam diri ini.. Maafkan aku sekali lagi.. Aku nak kita kembali seperti dulu.. Aku sangat rindukan suasana yang mengembirakan kita 1 masa dahulu..
...Terima kasih pada semua yang selalu mendoakan agar hati aku terbuka dan berlembut hati. Yang selalu cuba menyatukan dan membaikkan hubungan ini.. Kalian semua sudah cuba yang terbaik. Tak sangka ramai yang masih menyayangi diri ini yang hina.. Terima kasih pada kamu, kamu, kamu dan kamu semua.. Tanpa kalian mungkin aku keseorangan..
honey :-) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain"
September 8, 2010 at 8:23 PM
waduh, waduh..
inilah dia kuasa kemaafan ^_^
syukron Ya Allah..