fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Hospital Selayang  

Thursday, October 14, 2010

10/10/2010 - Abang aku dimasukkan ke Hospital Selayang kerana disyaki Apendiks pada jam 10 malam setelah mendapatkan surat dari Klinik Swasta. Aku, ayah n adik menghantar abang aku ke hospital pada malam tu.. Mak x dapat ikut sebab mak sendiri pun x berapa nak sihat. Agak ramai jugak pesakit yang menunggu giliran untuk pendaftaran n pemeriksaan pada malam tu. Aku bukan ar orang yang kuat apabila melihat orang2 yang sakit terutama apabila keadaan mereka yang penuh darah yang x bermaya untuk bergerak. Bermacam2 perasaan ketika itu apabila melihat mereka semua dalam keadaan x sihat. Dalam hatiku berdoa agar semua mereka yang sakit harini akan kembali sihat seperti sediakala hendaknya walau apapun keadaan mereka. Malam tu jugak badan aku mula rasa tidak sihat. Tak tahu ar kenapa mungkin sebab g hospital.. huhuhu..


...Keesokan harinya abang aku akan menjalani satu pembedahan. Aku, ayah n mak g melawat abang pada jam 12.30 hari. Abang kata dia kena bedah pada waktu malam. Setibanya kami di hospital abang dh bersiap sedia untuk dibedah pada jam 1 tengahari plak. Melangkah je kakiku ke wad 4B badan aku mula lemah. Rasa nk muntah je dgn bau2 ubat kat dalam wad tu. Tambah2 lagi bila melihat semua pesakit yang terlantar di katil mereka.. Kesiannya mereka x sanggup nak tengok keadaan mereka yang berselirat dengan wayar2. Masa aku sampai tu ramai kawan2 abang yang datang melawat. Kalau aku yang terlantar kat katil ni, adakah orang yang akan datang melawat aku? Berdepan dengan katil abang tu plak ada ar pesakit yang meraung2 kesakitan.. X sanggup telinga ni nak dengar jeritan dia.. Rasa macam sedihnya keadaan dia masa tu.. Isteri dia kata dia accident otaknya x dapat berfungsi dengan baik. Patut ar dia meraung kesakitan yang teramat sangat. Aku yang dengar rengekannya pun ngeri sangat rasanya. Abang dimasukkan ke bilik pembedahan jam 1 tengahari dan keluar jam 5.30 petang. Masa abang kuar tu seksa sangat tengok keadaan dia. Dia kena bergerak sendiri alih ke katil dia di wad tanpa dibantu oleh sesiapa pun.. Doc kata dorang xleh tolong angkat sebab nanti lagi sakit tempat yang dibedah tu. Abang kena bergerak perlahan2 alihkan badan ke katil dia. Masa tu tuhan je tahu betapa sakitnya ketika itu. Apatah lagi aku yang tengok ni memang x sangup nk tengok. Smpai pening kepala aku nk termuntah tengok keadaan itu. jadi bermulalah aku tidak sihat sehingga mendapat MC 2 hari akibat demam n perut yang meragam masuk angin. Kalau ikutkan aku, aku malas nk g klinik tapi mak beriya2 nak aku g check takut aku jugak apendiks sbb selalu sangat mengalami sakit perut seperti abang. Tapi alhamdulillah mujur aku x mengalami sakit apa2 cuma gastrik perut masuk angin jer sebab makan yang x menentu. Doc kata buat masa ni aku xleh nk makan pedas2 makan makanan yang berangin. Cuma makan sup2 je n bubur. Jadi balik je umah mak buatkan bubur nasi n sup ayam untuk aku. Esoknya plak sup telur lak.. huhuhu.. Aku rasa macam sakit yang megalahkan abang aku yang kat hospital lak. Tapi itulah mak aku.. Baik sangat! Jadi makan minum sepanjang aku sakit ni semua dijaga oleh mak.. Seronok rasanya hati ini cuma xleh nk mengelak untuk makan ubat jer.. huhuhu.. Erm... nanti dah balik kuala xda sapa nak jaga aku lg :-(

...Semalam masa aku nk balik kuala setelah 5 hari berada bersama keluarga, mak ada belikan milo 3 in 1 n 2 jenis biskut untuk aku bawa pulang terutama ke pejabat. Mak risau aku x makan kat pejabat. Sebab tu mak belikan. Mak tau aku xkan beli sendiri.. Terharunya dalam keadaan aku x sihat ni hati aku mudah sangat tersentuh. Dalam keadaan emosi yang terganggu memang kerap sangat aku menitiskan airmata. Mak, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih yang x dapat aku ungkapkan di hadapan mak.

honey :-) Semoga semua pesakit yang berada di hospital akan segera sembuh n kembali sihat seperti sediakala. Amin

AddThis Social Bookmark Button


1 comments: to “ Hospital Selayang

  • Islamic_Muslimah
    October 20, 2010 at 6:24 PM  

    Entry yg amat menyentuh kalbu ku sebagai adik, chewah!
    adoi, x bgtaw pon iwan msuk hosptl!! mcm nie la, abaikn aku yg jauh nie, itulah nasib si perantau.. huhuhu, aku taw iwan masuk hosptal pon after aku call mak, tue pon lpas iwan kuar dr hosptal da, hihi.. alhamdulillah, semuanya berjalan dgn baik..

    ha, ko pon kena jaga kesihatna tue..
    jgn asyik x makan n jimat jew.. diri sndiri tue penting, if sndiri sakit, sape nak jaga our parents nnt? aku dah la jauh, balik pon jarang2, so, i depend on u my sis..

    mkn ikot time na, jgn kedekot duit nak beli mknan taw!! hihi.. ok, have a great day ya.. take care urself, then take care our family :)

Design by Amanda @ Blogger Buster