fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Menawan hati isteri  

Tuesday, June 17, 2008

SEBAGAI lelaki, pernahkah ego anda tercabar? Apatah lagi orang yang mencabar itu adalah insan paling rapat dengan anda iaitu isteri.


Bagi lelaki, adakalanya mereka sukar menelah isi hati wanita yang pernah menjadi kekasihnya dan kini muncul sebagai suri dalam hidup insan bernama suami.


Hakikatnya, mengenali hati wanita bukan payah kalau anda tahu ‘kuncinya’. Bahkan isteri bukan mendambakan yang hebat-hebat atau sesuatu yang bertaraf eksklusif semata-mata.


Cukup sekadar biasa saja, tetapi dilakukan dengan penuh keikhlasan dan rasa kasih yang mendalam oleh suami, pasti hatinya berbunga gembira.


Panduan berikut mungkin mampu menjadi amalan anda untuk isteri tercinta supaya keutuhan cinta terus bertahan lama. Jika anda mampu mendalaminya, pasti anda menjadi lelaki yang paling disanjungi isteri.


1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan ‘I love you’. Gunakan teknologi yang ada kini sepenuhnya. Sering menelefon atau menghantar e-mel untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu.


Bagi wanita, walaupun hanya satu ungkapan atau ayat, ia sangat berharga dan rasa begitu bahagia menerimanya.


2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.


3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.


4. Tolong terbalikkan stoking atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.


5. Apabila keluar daerah, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang anda sudah selamat sampai.


6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumah tangga dan pendidik.


7. Berbincang dari semasa ke semasa, jangan ketepikan pendapat isteri. Berkongsi masalah dengan mereka, sekurang-kurangnya membuatkan mereka rasa penting dalam diri anda.


8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.


9. Sokong pendapat isteri jika dia bertentangan pendapat dengan orang lain, tetapi perlulah secara rasional. Sekiranya pendapat isteri salah, betulkan.


10. Urut isteri dari semasa ke semasa.


11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.


12. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita serta masalah isteri.


13. Pamerkan kasih sayang apabila di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh bila berjalan.


14. Apabila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.


15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.


16. Apabila makan di luar, jangan harapkan isteri saja yang memilih tempat untuk makan.


17. Sabar apabila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.


18. Beri perhatian yang lebih pada isteri daripada orang lain di khalayak ramai.


19. Lebihkan isteri anda daripada anak-anak.


20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi dan jam. Kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.


21. Apabila Aidilfitri tiba, jangan beri duit raya kepada anak-anak saja, tetapi beri juga kepada isteri.


22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutama daripada yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keprihatinan dan kasih sayang yang tidak ternilai kepada mereka.


23. Jangan ambil mudah perkara yang amat penting bagi wanita. Wanita cukup kuat mengingati tarikh penting contohnya hari ulang tahun. Sesekali, buatlah kejutan supaya mereka rasa lebih disayangi


24. Jangan kedekut memberi pujian kerana mereka berhak menerima pujian.


25. Wanita juga ada ego terselit di celah kelembutan mereka. Apabila mereka rasa terancam atau tercabar, lahirlah sifat marah, cemburu dan cepat merajuk.


Masalah timbul bila mereka suka memendam perasaan dan ‘meletup’ suatu hari. Tetapi sebagai lelaki, usah sama-sama meletup. Cuba selesaikan masalah dalam keadaan terkawal dan fikir secara positif misalnya, mencari punca wanita cemburu atau marah.

AddThis Social Bookmark Button


Friday, June 13, 2008

dah lama rasanya x menulis di blog..byk yg blaku sepanjang mggu ni cuma aku malas je nk menulis.. isnin yang lepas aku g interview di shah alam untuk jawatan tetap.. tak tahu ar sama ada aku dpt atau tak.. aku bserah je pd yg esa.. aku dh cuba buat yang tbaik.. klu ada rezeki insyaallah ada.. huhuhu...

oh ya, aku terpilih untuk futsal kat tganu.. aku tak budget n rancang pn smpai nk g sana. aku cuma nak main suka2 jer.. aku msh lum sedia nk join org2 shah alam lg.. maklum ar tak biasa lg..
huhuhu.. apa2 pun aku akan buat yang tbaik dlm ssuatu perkara..

sepanjang mggu ni bermacam2 yang blaku.. ada yg baik dan ada gak yg tak baiknyer.. biasa ar dalam kehidupan.. mana ada yg baik jer.. sekali sekala pasti diuji jugak... huhuhu...

apa2pun aku amat menghargai pada sesiapa2 yg berada disekelilingku pada masa ini..terima kasih kerana masih bersama aku tidak kira dalam keadaan apapn... terima kasih kerana masih setia disisiku..

honey:-) ngantuknya hari ni...

AddThis Social Bookmark Button


erm  

Friday, June 6, 2008

pagi tadi aku g umah kak ct bsama kak jijah n kak sal sbb ada kenduri adik ipar kak ct nikah harini.. ikutkan hati aku ni malas benar rasanya nk ke sana.. tapi aku tetap juga melangkah kakiku utk terus kesana.. maklum la aku ni kan drive dorang... huhuhu..

...sampai je kat sana aku nampak nazri... aku buat bodo jer tanpa pandang dia tanpa sepatah kata n tanpa senyum... aku pn tak tahu kenapa aku tak pandang dia.. nk dikatakan sombong gak ar.. huhuhu...

...masuk je dalam umah kak ct dh cuit2 aku.. nk kenalkan dgn mak n ayah mentua dia kat aku.. punya segannyer aku.. napa ar dia nk knalkan aku dgn mereka? sedangkan aku takde minat pn nk mgenalinya... hahaha... tapi aku layan kan jer.. huhuhu.. pura2 ar skit.. takkan nak tunjukan rasa tak suka kot.... nazri plak msk masa tu, tu pn kak ct cuit2 dia entah kata apa... aku mcm biasa buat bodo jela.. malas aku nak layan..

...sebelum nk balik tu kak ct pggl aku utk knalkan dgn nenek yg dh berusia 100 thn... nenek dia ar... moga nenek tu pjg umur hendaknye n sihat slalu..huhuhu... pastu aku cepat2 salam dorang smua termasuk ar mak mentua kak ct.. huhuhu... malas nk berlama2 disitu...

honey:-) mengenali sebuah keluarga....

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster