fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Yang terlewat...  

Wednesday, April 29, 2009

Salam...


2 hari yang lepas aku telah menduduki peperiksaan (subjek jabatan) bagi pembantu perpustakaan di Cheras.. Alhamdulillah kini aku boleh bernafas sikit setelah peperiksaan selesai.. Terasa lapang sikit kepala otak ni bila tidak terlalu tertekan dengan study.. Samada aku lulus ataupun tidak, aku hanya berserah kepada Allah s.w.t setelah aku berusaha.. Kalau aku tak lulus kali ini tahun depan aku akan berjumpa lagi di dewan yang sama.. huhuhu.. Tapi harap2nya lulus ar hendaknya.. amin..


...Hari pertama peperiksaan, aku telah terlewat bangun jam 6 pagi.. Masa tu memang aku kelam kabut giler.. Aku set jam 4.45 pagi tapi jam aku langsung tak berbunyi.. Sakitnya hati aku pagi tu.. Bangun jer aku dah gelabah.. Dah ar kawan aku dah tunggu kat stesen bas.. Aku pun cepat2 gi mandi.. Inilah kali pertama aku mandi sekejap jer.. Selama ni klu aku mandi mesti sampai setengah jam... Mujur makcik aku kejutkan aku kalau tidak agaknya aku terlepas peperiksaan untuk kali ni.. Kami berjanji nak bertolak jam 6 pagi dari kuala sel tapi malangnya aku pula yang terlewat. Rasa bersalah jugak aku pada temanku yang sorang tu.. Masa tu dalam fikiran aku hanya hendak sampai ke shah alam sebelum jam 7.30 pagi. Kalau kami lambat abis kena tinggal ar dengan bas.. Mujur aku ada no tel kak yanty(staff shah alam). So aku call ar kak yanty untuk mintak tunggu kami beberapa minit.. Alhamdulillah mereka boleh tunggu.. So aku sampai 10 minit lewat dari yang dijanjikan... Kami ar orang terakhir yang sampai.. Risau gak kalau kawan2 yang lain marah sebab kelewatan kami.. Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun aku terlewat pada pagi tu... Sepanjang hidup aku belum pernah aku mengalami pengalaman seperti ini semasa ingin mengambil peperiksaan.. Inilah dugaan semasa hari peperiksaan..


...Disebabkan aku serik dan takut untuk terlewat lagi bagi peperiksaan keesokan harinya, aku n kawan(dayah) aku tidak balik ke rumah.. Kami menumpang di rumah makcik dayah di taman sentosa, klang. Mujur ada tempat nak menumpang.. Kalau tak terpaksa berulang lagi jadi kami buat keputusan untuk tinggal di kawasan yang berdekatan.. Terima kasih buat ucu dayah kerana memberi kami tinggal di rumahnya.. Dan terima kasih yang tak terhingga buat ucu kerana malam tu tunjuk jalan nak ke shah alam... huhuhu... Dia terlalu baik buat aku... Ada masa nanti kita jumpa lagi yerk.. hehehe..

...Alhamdulillah keesokan harinya aku tidak terlewat lagi.. Seawal jam 6.30 pagi aku kuar dari umah.. Tiada kesesakan jalan raya dan semuanya berjalan dengan lancar...

honey:-) moga semua yang terlibat di dalam peperiksaan akan berjaya hendaknya!

AddThis Social Bookmark Button


HARI BUKU KANAK-KANAK ANTARABANGSA 2009  

Wednesday, April 15, 2009

PERSEMBAHAN PUPPET SHOW - TOM TOM CAK!

Si Arnab n Si Harimau
Di Belakang Tabir
Si Arnab, katak, buaya, harimau, badak n Kak YongSi Arnab, Si Harimau n Si BadaK
Si Belang


PERTANDINGAN MEWARNA


























Ini antara gambar2 yang aku amik masa program Hari Buku Kanak2 Antarabangsa 2009.. Sebenarnya banyak lagi gambar2 yang aku ambil. Cuma Ini sebahagian darinya. Kalau boleh semua gambar aku nak masukkan dalam blog ni tapi apakan daya hanya ini yang termampu aku upload..
Tahniah buat kumpulan Tom Tom Cak! kerana berjaya dalam menjayakan puppet show.. Selain dari persembahan puppet show ada juga selingan menyanyi bersama kanak2.. Ada 4 buah lagu yang kami nyanyikan bersama2.. Termasuklah chicken dance.. huhuhu...
...Jumpa lagi Tom Tom Cak! 24hb ni...
honey:-) Seronok bila tengok kanak2 gembira..

AddThis Social Bookmark Button


Exam LaGi!!!!!!  


salam...
Tengahari semalam aku terima surat dari HQ.. Slip peperiksaan subjek jabatan pembantu perpustakaan PNM pada 27 n 28hb April ni di Cheras.. Ni yang membuatkan hati n fikiran aku kusut ni.. Perut dah kecut dah ni.. Aku langsung tak bersedia untuk menghadapi peperiksaan ni.. Aku langsung tak mencari bahan untuk peperiksaan ini apatah lagi untuk study.. Sekarang kepala otak aku betul2 dah jem ni.. Tak tahu nak baca apa, nak watpe n tak tahu bahan apa yang perlu aku rujuk.. Tinggal 1 minggu je lagi nak exam.. Aku betul2 takut tak sempat nak khatamkan apa2 buku yang patut dikhatamkan... Sekarang ni fikiran aku betul2 ngah kusut ni... Bantu ar aku??????? Stressnya...
...Tima kasih buat seseorang teman yang rapat kerana beri bahan rujukan pada aku mggu lalu.. Aku akan memanfaatkan bahan yang diberikan untuk rujukan..

honey:-) Work Hard !! Study Hard!! Learn Hard!! But Smart!! Success isn't easy. Success comes with hard work. ... Work Hard !! Study Hard!! Learn Hard!! BUT, SMART!

AddThis Social Bookmark Button


Cerita yang Lalu  

Tuesday, April 14, 2009

Alhamdulillah berakhir sudah sambutan hari buku kanak2 antarabangsa 2009 peringkat daerah kuala selangor.. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun tetamu yang hadir lebih dari yang kami semua jangkakan. Bila tetamu lebih ramai dari jangkaan maka berlakulah sedikit kekurangan di luar jangkaan.. huhuhuhu...

Ini cerita seminggu yang lalu...

...Kumpulan Tom Tom Cak iaitu kumpulan puppet show daerah kuala selangor yang terdiri dari 5 orang kakitangan perpustakaan dari daerah kuala selangor telah mengadakan latihan selama 4 hari berturut2 bagi menjayakan puppet show sempena hari buku kanak2 antarabangsa ini.

...Dalam minggu persiapan yang lepas, pelbagai perkara yang berlaku.. Ada suka n duka dalam menjayakan program ini. Lebih kepada dukalah.. huhuhu... Walaupun aku dah biasa menghadapi perkara2 begini tapi kali ini lebih teruk n dahsyat sekali.. Tak sangka perkara semakin rumit... Setiap kali ada program pasti ada saja yang perkara yang kurang menyenangkan berlaku... Ada saja yang tak kena.. Sepatutnya semakin usia berumur semakin berakal tapi ini pula sebaliknya... Kena redha jela bila ada orang yang seperti ini.. Apapun tanggapan orang pada aku, aku tak pernah kisah.. Mereka ada hak untuk membuat tanggapan mereka. Sesiapa yang mengenali aku akan tahu segala2nya.. Tak kenal maka tak cinta kan? huhuhuhu... Selalunya orang memang suka mencari silap orang lain padahal terang2 kesilapan sendiri tak nak akui.. Inilah ragam manusia.. Semakin ramai kenalan kita semakin banyak kita boleh tengok ragam orang.. Itu yang aku belajar seminggu yang lepas..

...Akhirnya semua persiapan untuk majlis sambutan hari buku kanak2 antarabangsa 2009 berjaya disiapkan..

honey:-) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain"

AddThis Social Bookmark Button


Terima Award!!!!  

Monday, April 6, 2009








Aku terima award ini dari seorang teman blog aku iaitu cahayaQaseh.. Aku terima pd hari jumaat yg lepas cuma tak berkesempatan untuk mengambil award ini tp aku dh tgk award ini.. huhuhu... Terima kasih atas award yang akak berikan kepada honey.. Honey amat menghargainyer.. Sayang akak!!!
honey:-) Senyum sokmo to all my frenz..

AddThis Social Bookmark Button


Sambutan Maulidur Rasul 1430H/2009M  

Thursday, April 2, 2009

Sekitar Majlis Ceramah Maulidur Rasul 1430H/2009


Khusyuk mendengar Ceramah








Kak Sal n Honey!




Tahniah buat Linda kerana menjadi MC n menjalankan tugas dengan baik...




honey, Kak Sal, Linda n Kak Mila




Sesi Soal Jawab



Alhamdulillah semua program berjaya dijalankan dengan jaya.. Program ceramah sempena sambutan Maulidur rasul 1430H pada 27hb March 2009 ( Jumaat ) jam 9.30 pagi - 11 pagi di Perpustakaan Daerah Kuala Selangor. Semua kakitangan dari zon 1b daerah kuala selangor dan sabak bernam turut serta dan terlibat dalam program ini. Walau bukan semua kakitangan dari daerah sabak bernam yang terlibat kerana perpustakaan tidak boleh ditutup.. Sekali lagi dapat kita berkumpul beramai2..
...Pelbagai lagi program akan diadakan di Perpustakaan Daerah Kuala Selangor selepas ini.. Awal tahun ini merupakan paling banyak program yang diadakan disini.. Dari bulan 1 hingga kini penuh dengan program n aktiviti yang x henti2.. Bulan April jer ada 2 aktiviti yang sedang menunggu... Harap semuanyer berjalan dengan baik...

honey:-) Salam Maulidur Rasul 1430H/2009M.. 'Wahdah Pemangkin Khairu Ummah"

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster