fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

HanYut  

Thursday, October 21, 2010

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku
Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua
Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku
Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu
Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka
Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

AddThis Social Bookmark Button


DiSakiti Dan Menyakiti  

Sunday, October 17, 2010

Ya Allah, apalah yang aku buat ni? Asyik menyakiti n disakiti sahaja. Ya Allah, kenapalah hati ini begitu mengikutkan perasaan tanpa berfikir dengan waras? Napa aku x boleh nak kawal perasaan aku? Aku tak buat semua tu. Itu hanyalah rekaan semata2 untuk menyakiti hatinya.. Sungguh aku x lakukannya tapi hanya sekadar untuk rasa puas bila aku pernah disakiti.. Janganlah kau balas perbuatanku ini kerana aku x pernah melakukannya.. Aku hanya katakan sahaja tapi aku x buat semua tu.. Maafkan aku! Aku x mampu nk berterus terang padamu perkara yg sebenar. Aku cuma mahu balas apa yang kamu buat padaku. Terukkah aku??? Janganlah kau katakan yang aku ajar kau buat begini. Janganlah kau terus menyakiti hati ini yang x pernah sekalipun menyakiti hatimu dengan melakukan perkara yang selalu aku katakan.. Aku x buat semua itu. Kalaulah kau tau perkara yang sebenar adakah kau akan menyesal sekiranya kau sakiti hatiku selama ini? Memang banyak bezanya bila aku ingin menyakiti n membalas dendam pada kau. Aku akan gunakan "lelaki" untuk sakitkan hati kau. Tapi mereka2 tu x pernah sekalipun wujud n muncul dalam idupku. Kalau adapun cuma sorang dua jer.. Tapi kau xtau perkara sebenar. Malah aku juga yang akan disakiti semula. Mengapa aku lagi??? Janganlah kau belajar dari aku kerana aku x lakukan semua tu.. Adakah Dendam ini membawa padah kepada diriku sendiri? Ya Allah, bantulah aku untuk perbetulkan niat hatiku ini. Buangkanlah perasaan dendam yang bersarang dlm hatiku ini.. Berikanlah hati yang baru kepadaku sekiranya hatiku kini telah mati n hitam. Bantulah aku Ya Allah. Sesungguhnya aku x mampu nak ada perasaan seperti ini setiap hari. Sesungguhnya aku x mampu nak hadapinya lagi setiap hari.. Sampai bila semua ini iaitu perasaan disakiti n menyakiti akan berakhir? X layak ke aku untuk merasa bahagia walau untuk sementara waktu?


Andai kau tahu perkara sebenarnya...

honey:-( "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan" "Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah."

AddThis Social Bookmark Button


Hospital Selayang  

Thursday, October 14, 2010

10/10/2010 - Abang aku dimasukkan ke Hospital Selayang kerana disyaki Apendiks pada jam 10 malam setelah mendapatkan surat dari Klinik Swasta. Aku, ayah n adik menghantar abang aku ke hospital pada malam tu.. Mak x dapat ikut sebab mak sendiri pun x berapa nak sihat. Agak ramai jugak pesakit yang menunggu giliran untuk pendaftaran n pemeriksaan pada malam tu. Aku bukan ar orang yang kuat apabila melihat orang2 yang sakit terutama apabila keadaan mereka yang penuh darah yang x bermaya untuk bergerak. Bermacam2 perasaan ketika itu apabila melihat mereka semua dalam keadaan x sihat. Dalam hatiku berdoa agar semua mereka yang sakit harini akan kembali sihat seperti sediakala hendaknya walau apapun keadaan mereka. Malam tu jugak badan aku mula rasa tidak sihat. Tak tahu ar kenapa mungkin sebab g hospital.. huhuhu..


...Keesokan harinya abang aku akan menjalani satu pembedahan. Aku, ayah n mak g melawat abang pada jam 12.30 hari. Abang kata dia kena bedah pada waktu malam. Setibanya kami di hospital abang dh bersiap sedia untuk dibedah pada jam 1 tengahari plak. Melangkah je kakiku ke wad 4B badan aku mula lemah. Rasa nk muntah je dgn bau2 ubat kat dalam wad tu. Tambah2 lagi bila melihat semua pesakit yang terlantar di katil mereka.. Kesiannya mereka x sanggup nak tengok keadaan mereka yang berselirat dengan wayar2. Masa aku sampai tu ramai kawan2 abang yang datang melawat. Kalau aku yang terlantar kat katil ni, adakah orang yang akan datang melawat aku? Berdepan dengan katil abang tu plak ada ar pesakit yang meraung2 kesakitan.. X sanggup telinga ni nak dengar jeritan dia.. Rasa macam sedihnya keadaan dia masa tu.. Isteri dia kata dia accident otaknya x dapat berfungsi dengan baik. Patut ar dia meraung kesakitan yang teramat sangat. Aku yang dengar rengekannya pun ngeri sangat rasanya. Abang dimasukkan ke bilik pembedahan jam 1 tengahari dan keluar jam 5.30 petang. Masa abang kuar tu seksa sangat tengok keadaan dia. Dia kena bergerak sendiri alih ke katil dia di wad tanpa dibantu oleh sesiapa pun.. Doc kata dorang xleh tolong angkat sebab nanti lagi sakit tempat yang dibedah tu. Abang kena bergerak perlahan2 alihkan badan ke katil dia. Masa tu tuhan je tahu betapa sakitnya ketika itu. Apatah lagi aku yang tengok ni memang x sangup nk tengok. Smpai pening kepala aku nk termuntah tengok keadaan itu. jadi bermulalah aku tidak sihat sehingga mendapat MC 2 hari akibat demam n perut yang meragam masuk angin. Kalau ikutkan aku, aku malas nk g klinik tapi mak beriya2 nak aku g check takut aku jugak apendiks sbb selalu sangat mengalami sakit perut seperti abang. Tapi alhamdulillah mujur aku x mengalami sakit apa2 cuma gastrik perut masuk angin jer sebab makan yang x menentu. Doc kata buat masa ni aku xleh nk makan pedas2 makan makanan yang berangin. Cuma makan sup2 je n bubur. Jadi balik je umah mak buatkan bubur nasi n sup ayam untuk aku. Esoknya plak sup telur lak.. huhuhu.. Aku rasa macam sakit yang megalahkan abang aku yang kat hospital lak. Tapi itulah mak aku.. Baik sangat! Jadi makan minum sepanjang aku sakit ni semua dijaga oleh mak.. Seronok rasanya hati ini cuma xleh nk mengelak untuk makan ubat jer.. huhuhu.. Erm... nanti dah balik kuala xda sapa nak jaga aku lg :-(

...Semalam masa aku nk balik kuala setelah 5 hari berada bersama keluarga, mak ada belikan milo 3 in 1 n 2 jenis biskut untuk aku bawa pulang terutama ke pejabat. Mak risau aku x makan kat pejabat. Sebab tu mak belikan. Mak tau aku xkan beli sendiri.. Terharunya dalam keadaan aku x sihat ni hati aku mudah sangat tersentuh. Dalam keadaan emosi yang terganggu memang kerap sangat aku menitiskan airmata. Mak, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih yang x dapat aku ungkapkan di hadapan mak.

honey :-) Semoga semua pesakit yang berada di hospital akan segera sembuh n kembali sihat seperti sediakala. Amin

AddThis Social Bookmark Button


Berakhir...  

Wednesday, October 13, 2010

Kini semuanya dah berakhir sepi.. Aku perlu kuat untuk melalui dan menerima smua ujian ini. Mungkin ini adalah jalan yang terbaik buat aku. Walaupun ia perit tapi aku perlu hadapinya juga. Sesungguhnya aku tak ingin DIA pergi..Terlalu banyak perkara yang DIA tak tau dan aku masih rahsiakannya tentang apa yang aku lakukan selama ini.. Biarlah ia terus menjadi rahsia hatiku kerna hanya aku jer yang tahu tujuan aku lakukan begitu hanya kerana DIA.. Andai 1 hari nanti DIA tahu kebenarannya aku pasti DIA akan menyesal dengan apa yang DIA buat.. Kini aku terima semuanya dengan hati yang terbuka. Walapun ia mungkin mengambil masa yang lama tp aku akan cuba. Aku tak nak jadi orang yang lemah kerana DIA. Aku nak jadi diri aku yang dulu yang kuat yang jarang menitiskan airmata yang xda perasaan dan yang x peduli akan perasaan orang lain..

honey:-( "I love you, not for what you are, but for what I am when I am with you"

AddThis Social Bookmark Button


Dosa Mengumpat : Muflis Di Akhirat  

Saturday, October 9, 2010


...Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah saw menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda nya bermaksud : "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (HR Muslim). Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau mendengarnya. memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat. Sabda Rasulullah saw bermaksud : "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa dari zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (HR Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).



...Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah saw : "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud). Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah saw bermaksud : " Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi". Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.



Sumber : Buletin al-barokah ~Okt 2010

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster