fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Dugaan Demi Dugaan  

Monday, December 22, 2008


salam semua....

dah lama rasanyer x menulis disini.. kesibukan yg melanda sejak hujung tahun ni membuatkan aku tiada masa untuk menulis tp mencuri sedikit masa untuk membaca entry kekawan yg lain... huhuhu...

...cuti tahunan aku masih lagi berbaki.. sepatutnya hari ni aku ikut makcik aku g bcuti di lost of world tambun di perak tp malangnyer aku masih lagi bekerje... huhuhu... byk yg berlaku yg myebabkan aku terpaksa membuat pilihan x terus bercuti..

...erm.... sabtu lepas ada majlis sambutan hari jadi di umah makcik aku.. rmai sedara mara aku yg datang.. majlis yg agak meriah cuma aku jer x merasa kemeriahan tersebut.. aku sedar banyak perubahan yg berlaku pada diri aku sejak akhir2 ini.. aku lebih suka menyendiri tika ini.. kurang mesra n bergaul dengan sepupu yang lain.. ntah ar!

...patang semalam, selepas semua sedara mara pulang, dan yg hanya tinggal 2 family lg yg masih belum pulang yang akan megikuti percutian di perak bsama2 dgn family makcik aku.. aku dipanggil oleh makcik aku untuk sesi meluahkan perasaan yg terpendam yg myebabkan prubahan yg berlaku ke atas diri ini.. inilah saat yg aku tidak suka sama sekali iaitu meluahkan perasaan hingga membuatkan hati orang terluka.. aduis.....

...masih perkara yg sama jugak yg kami bincangkan... tetap perkara yg sama ketidakpuasan hatiku ni... bila smua ni akan berakhir aku sendiri tidak pasti.. yang pasti aku sedar aku selalu bercakap tanpa berfikir dulu asalkan hatiku puas.. walaupun aku tak pernah berniat n bermaksud sebegitu rupa... maafkan aku kerna aku tidak seperti dulu lg.. kerna aku berubah sedemikian rupa.. bkn kerna sesiapa2 pn perubahan ini.. jangan salahkan sesiapa dalam hal ini.. hanya aku yg tau apa yg berlaku dalam hidupku ini.. penghabisannya aku puas setelah meluahkan segala2nyer... walaupun ada hati yg terluka.. maafkan aku kiranyer aku terlalu kasar pada sesiapa yg berkenaan...

honey:-) inilah cabaran yg akan aku tempuhi walau byk rintangannyer...




AddThis Social Bookmark Button


Cinta Sejati Langit dan Laut  

Friday, November 14, 2008

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.


Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..


Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.


Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.


Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.


Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.

honey:-) petikan dari tentangcinta.com

AddThis Social Bookmark Button


D’Masiv - Cinta Ini Membunuhku  

Saturday, October 25, 2008

kau membuat ku berantakan
kau membuat ku tak karuan
kau membuat ku tak berdaya
kau menolakku acuhkan diriku

bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan

kau hancurkan aku dengan sikapmu
tak sadarkah kau telah menyakitiku
lelah hati ini meyakinkanmu
cinta ini membunuhku

bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan

honey:-) lagu terkini yg aku suka...

AddThis Social Bookmark Button


No Words!  

Wednesday, October 22, 2008

hari ni rasa mcm xda mood je... xda mood nk buat apapn.. ntah ar.. bosan gler.. cuaca pagi ini sejuk bangat.. x tahan ler plak.. slalunya aku x prnh kenal erti kesejukan... huhuhu... tp hari ni lain plak rasanyer bserta dengan mood yg x brapa baik ni...


...minggu ni agak kesibukan skit dengan keje yg diberikan oleh bos.. semakin dekat hari program semakin banyak keje yang perlu diselesaikan.... semakin banyak tugas yang kena settle seperti tarikh yg ditetapkan... mggu ni gak dapat skit keje dr shah alam... bhubung dengan pertandingan tulisan jawi peringkat negeri sel.. aku diarahkan untuk inform pada sekolah2 yang terlibat.. bkn senang nk call sekolah2 ni nk berurusan dengan guru2 yg terlibat.. mggu ni mmg aku berusaha keras mdapatkan guru2 tersebut tp hingga sekarang masih belum selesai lagi tugas ini.. klu boleh memang nk selesaikan sebelum aku bcuti mggu depan...


...jumaat lepas aku mdapat surat dari SPN(negeri selangor) tawaran jawatan tetap pembantu tadbir. tp penempatan masih belum diketahui lagi.. bak kata makcik aku kiranya aku menolak jawatan tersebut aku telah memberi peluang pada orang lain yang memerlukan.. aku dh pn dpt jawatan tetap skrg ni jadi aku perlu memberi peluang pada orang lain..


honey:-) tiada kata nak diucapkan... hahaha...

AddThis Social Bookmark Button


Buat Peragai :-(  

Saturday, October 11, 2008

Lama rasanyer x update blog ni.. sementara mnunggu kwn2 kat opis ni blk dr jamuan raya kat stadium, aku mgambil ksempatan ini utk coretkan sesuatu...


...sejak akhir2 aku mula mbuat pragai..pragai yg aku rasa x baik dan x elok aku lakukan pd sseorg yg dh aku anggap mcm mak aku sendiri.. aku mula myakitkan hatinyer.. mula memberontak dalam diam..aku sedar apa yg aku buat padanya.. aku tau aku salah tp aku x leh lawan prasaan itu.. aku semakin jahat rasanya...

...smlm ptg kami smua g mkn kat jeram. pkcik nk bbuka puasa disana. maka aku, nurul n mamat g kemudian.. pkcik n mkcik dh g dulu dr kami. so aku bwk kete aku sdiri.. skali lg aku buat pragai kat sana.. aku x bckp dgn mkcik ku.. malah mmandang mukanya pn aku x nk.. bila dia bckp dgn aku pn aku leh buat x tau jer.. aku sedar apa yg aku buat.. aku tau dia terluka.. tp aku xleh kawal pragai aku tu.. skrg ni aku mmg x leh dgr suara mkcik aku. klu aku dgr rasa mcm sakit hati jer... teruk kan?

...dalam perjalanan blk, aku mula btanya pada nurul.. aku katakan aku dh mula buat peragai.

aku : adakah kau perasan?

nurul : dia perasan smua tu.. mak terasa smpai mak menangis..

aku dgn riak yg tkejut bila mdgrnya...

aku :napa plak mak ko nk nangis?

nurul : mak terasa sbb ko masam muka je dgn mak.. ckp dgn mak pn dh xnk..

(masa ni pn nurul nangis gak)

dia pn sensitif gak.. dlm kete kami sama2 nangis.. mluahkan apa yag aku rasa mluahkan apa yg aku x puas hati.. tanpa ksudahan aku tetap begini.. masih x brubah.. masih mgikut prasaan.. aku mula memberontak dalam diam..

...tlalu banyak yang blaku sejak akhir2 ini sehinggan aku sdiri x pernah fkirkan.. aku hanya mengikut perasaanku saja tanpa memikirkan perasaan org lain.. ssh bila kita kena jaga perasaan kedua2 belah pihak.. kedua2nya aku sayang tp aku hanya perlu membuat 1 pilihan saja..

honey:-( maafkan aku.. tiada niat myakitkan hati

AddThis Social Bookmark Button


SeLaMat HaRi RaYa AiDiLFitRi  

Tuesday, September 30, 2008




salam....

sebulan sudah kita berpuasa kini tiba masa untuk meraikan hari raya aidilfitri... Petang ni aku akan pulang ke kl untuk meraikan raya yang mulia ini bersama keluarga ( org sibuk blk kg aku pula blk ke bandar).. huhuhu..

hari ini aku masih bekerja tp half day jela.. nasib baik half day sempat gak blk ptg ni... aku cuti smpai hari ahad.. isnin aku dh mula bekerja.. raya tahun ni aku x blk kg kat kedah... smua cuti x lama sgt.. so beraya kat kl jela..

sempena bulan yg baik ni aku nk menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada smua yang mengenali diri aku andai ada salah n silap sepanjang perkenalan kita selama ini di atas segala keterlanjuran kata & tingkah laku selama berkawan..

honey:-) SeLaMat HaRi RaYa AiDiLFitRi MaaF ZaHiR BaTin


AddThis Social Bookmark Button


puasa n raya  

Thursday, September 18, 2008

salam...

...hari ni genap 18 hari kita berpuasa.. alhamdulillah buat masa ni lum ada lg yg tggl.. huhuhu... harap2 dpt bertahan hingga ke akhir berpuasa.. kat opis aku ni puasa hari kedua dh start bukak lagu raya.. excited btl dorang ni.. skrg ni kerap lagu2 raya bkumandang kat dalam opis aku ni.. semakin meriah rasanya.. hiasan utk hari raya pn dh mula diserikan dalam opis ni.. tp bukan aku ar yang myerikan sbb aku ni tak kretif... huhuhu...

honey:-) raya yang akan tiba...

AddThis Social Bookmark Button


Tanpa - 6ixth Sense  

Friday, August 22, 2008

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi
Tanpa..Cintamu aku resah
Tanpa..Kasihmu aku hampa
Tanpa..Dirimu aku mati
hohoo…
Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
hohoo…
Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

AddThis Social Bookmark Button


Selamat Hari Merdeka Ke 51  

Wednesday, August 20, 2008

salam....

seperti yang dirancangkan hari ini, aktiviti pengguna perpustakaan sempena bulan kemerdekaan dijalankan 20/08/2008 jam 2.30 petang di perpustakaan daerah kuala selangor.. walaupun aktiviti ini berjalan dengan agak kelam kabut sikit namun ia tetap berjaya diselesaikan..
...inilah kali pertama aku mengendalikan aktiviti ini tanpa sebarang jemputan dari kakitangan library lain.. aku sedaya upaya mengendalikannya dengan baik.. ia memmag agak kelam kabut kerana aku kena handle ketiga3 aktiviti tersebut..
...pada mulanya aku hanya ingin mengadakan aktiviti biasa dan bukan sebuah pertandingan.. tetapi disebabkan oleh peserta dalam deklamasi sajak itu telah berusaha keras dalam menyampaikan persembahan dengan kostum yang lengkap berkaitan dengan kemerdekaan... walaupun ada yang bertanya apakah hadiah itu lumayan? aku hanya memohon maaf kerana hadiah hanya sekadar yang kami mampu sediakan sahaja... walau apapun inilah pengalaman yang amat bermakna buat aku.. sekurang2nya aku tahu mengendalikan sebuah aktiviti walau bilangannya tak sebesar mana..
...aku ucapkan ribuan terima kasih pada kak nani, kak along n kak shima yang membantu aku dalam mengendalikan aktiviti ini.. terutama menjadi juri dalam pertandingan deklamasi sajak dan menjadi penyampai hadiah pada akhir acara...

honey:-) terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini dan ku mohon maaf kalau ada salah + silap sepanjang aku mengendalikan acara ini... pengalaman yang takkan aku lupakan....

AddThis Social Bookmark Button


SyuKur!  

Tuesday, August 12, 2008

salam semua!

alhamdulillah bersyukur aku ke hadrat illahi atas nikmat kurnia yang diberikan padaku... aku teramat bersyukur kerana kini aku telah berjaya menjadi salah seorang penjawat awam yang tetap... aku berjaya mendapat jawatan tetap bg jawatan yang aku sandang selama 1 tahun 9 bulan sebagai sambilan...

...aku menerima jawapan yang aku nanti2kan sekian kalinyer dengan perasaan yang bercampur baur.. ada perasaan bdebar2 dan gembira silih berganti.. aku memulakan kerja baru pada 1/8/2008.. dan aku dikehendaki melaporkan diri pada 4/8/2008 di shah alam serta mengikuti kursus induksi khusus selama 1 mggu di shah alam...

...terlalu banyak ilmu yang aku dapat selama aku berada disana.. aku tidak mempersiakan peluang yang diberikan begitu sahaja.. walau banyak keje yang akan aku hadapi selepas ini aku redha kerna ini adalah salah 1 tanggungjawab aku sebagai seorang penjawat awam... banyak yang harus aku lakukan perubahan di library aku selepas ini.. walau apapn aku tidak akan sekali kali berputus asa..

...selain dari mengikuti kursus aku juga sempat mengenali semua kakitangan PPAS di semua library.. walau tidak semua yang aku kenali sekurang2nya aku kenal juga pada kakitangan yang sebumbung denganku.. inilah masa kami dapat berkumpul dan mengenali antara 1 sama lain.. ntah bila kita akan bertemu lagi..

honey:-) tahniah kepada semua kawan2 yang berjaya! semoga kita akan bekerja dengan lebih bersungguh2...

AddThis Social Bookmark Button


LOVE MESSAGES  

Thursday, July 31, 2008

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall.

Lucky is the man who is the first love of a woman, but luckier is the woman who is the last love of a man.

It takes a minute to have a crush on someone, an hour to like someone, and an day to love someone… but it takes a lifetime to forget someone.

It breaks your heart to see the one you love is happy with someone else, but it’s more painful to know that the one you love is unhappy with you.

If love is the answer , can you please repeat the question?

Faith makes all things possible. Love makes them easy. I believe that to truly Love, is the ultimate __expression of the will to live. A heart that truly loves is forever young.

Love makes life so confusing, but without love would you really want to live?

Do you love me because I am beautiful or am I beautiful because I am loved?

Love me now, love me never, but if you love me, love me forever.

Three things of life that are most valuable - Love, self-confidence & friends.

To the world you may be just one person, but to one person you may be the world.

Love is like heaven, but it can hurt like hell.

Who do you turn to when the only person in the world that can stop you from crying, is exactly the one making you cry?

He taught me how to love, but not how to stop.

Of all forms of caution, caution in love is the most fatal.

We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.

Many a young lady does not realize just how strong her love for a young man is until he fails to pass the approval test with her parents.

Is it better for a woman to marry a man who loves her than a man she loves.

Give her two red roses, each with a note. The first note says ‘For the woman I love’ and the second, ‘For my best friend.’

A good marriage is like a casserole, only those responsible for it really know what goes in it.

No one is perfect until you fall in love with them.

Love, true love, is that which can give the most without asking or demanding anything in return.

Where there is love, there is God also. ~ Leo Tolstoy ~

All, everything that I understand, I understand only because I love. ~ Leo Tolstoy ~

Love cures people — both the ones who give it and the ones who receive it. ~ Dr. Karl Milnage ~

One word frees us of all the weight and pain of life: That word is love. ~ Sophocles ~

It is wrong to think that love comes from long companionship and persevering courtship. Love is the offspring of spiritual affinity and unless that affinity is created in a moment, it will not be created for years or even generations. ~ Khalil Gibran ~

When they asked me what I loved most about life, I smiled and said you. ~ Tina ~

Just because you know someone doesn’t mean you love them, and just because you don’t know people doesn’t mean you can’t love them. You can fall in love with a complete stranger in a heartbeat, if God planned that route for you. So open your heart to strangers more often. You never know when God will throw that pass at you. ~ Heather Grove ~

Love… What is love? Love is to love someone for who they are, who they were, and who they will be. ~ Chris Moore ~

Why do you say you love me, if you are only going to leave me? ~ Julia ~

;Love is like a river, always changing, but always finding you again somewhere down the road. ~ Kelly Elaine ~

Love is a language spoken by everyone , but understood only by a heart. ~ Shirley Rindani ~

People need love even when they don’t deserve it. ~ Nikki Ledbetter ~

For every word you say, another piece of my heart you take. ~ Tiara Johnson ~

Maybe God put a few bad people in your life, so when the right one came along you’d be thankful. ~ Andrea Kiefer ~

Love the heart that hurts you, But never hurt the heart that loves you.

Love me for a reason, let the reason be love.

It doesn’t take a reason to love someone, but it does to like someone. You don’t love someone because you want to, you love someone because you are destined too. It’s because you fall in Love with them, that you then try to find a reason, but you always come up with the answer, No reason!

Love is the beginning of all the joy which nature has store for us.

Never say goodbye when you still want to try. Never give up when you still feel you can take it. Never say you don’t love a person when you can’t let go. ~ Dons ~

AddThis Social Bookmark Button


perasaan yang kosong!  

Tuesday, July 29, 2008

28/07/2008 kali ke 3 aku keluar dgn dia. tanpa ada perasaan bdebar2 seperti kali pertama dulu.. kali ni lebih berani dan sedikit kurang yakin kerna wajah ku kembali seperti dulu.. tp aku tetap yakinkan diriku ini.. seperti biasa aku amik dia di rumah.. kali ni lebih bersedia dari sebelumnya.. bersedia tggu di luar rumahnya..

...tiada byk topik yg kami bualkan may b sbb kami dh kekurangan idea.. aku pn tak tahu nk cerita apa.. mula ar aku jd pendiam... huhuhu.. kali ni baru dia rasa yg aku tak seramah yg dia fikirkan..

...ptemuan kali ke 3 membuatkan dia lebih berani. berani dalam segala hal.. cuba meraih tanganku. cuba memaut pingangku..tp aku tetap begini.. tanpa ada perasaan tanpa ada rasa.. malah aku blh berkata x best ar jln pegang2 tangan ni..

erm... sshnya bila hati tidak berkata..bila hati tak punya perasaan..pertemuan kali ini begitu hambar aku rasa.. tidak seperti kali ke 2.. begitu mgembirakan.. ntah mana silapnya..

...bak kata seorg teman yg mjadi penasihat ku pd pg ini.. aku terlalu EGO.. adakah aku terlalu EGO atau memilih? mungkin ya! terlalu sukar untuk aku mempercayai insan yg bnama lelaki.. walaupun ada yg mgatakan tak semua lelaki begitu.. cuba beri peluang dan kpercayaan kepada mereka.. beri peluang pada hati n diri untuk disayangi n dicintai... peluang untuk merasa bahgia seperti orang lain.. tapi aku tetap dengan diriku.. tak mampu untuk berpura2.. tak bersedia untuk memberi hati n kpercayaan kepada mereka.. apakah 1 hari aku akan kehilangan orang yang benar2 myayangi n mcintai diriku hanya kerana EGO aku? apakah langit tidak slalunya cerah? aku naif dalam soal hati...aku hanya manusia biasa yang inginkan cinta suci!


honey:-) Cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta.

AddThis Social Bookmark Button


Penantian 1 Penyeksaan!  

Friday, July 25, 2008

minggu ni minggu yg ditunggu setiap detik saat masa n ketika.. penantian yang amat myeksakan jiwa ragaku..penantian pada 1 jawapan. entah bila akan aku ketahui jawapan itu. tak sanggup lagi rasanya nk terus menanti n mengharap.. takut kecewa akhirnya..namun apa yang pasti aku akan sentiasa berdoa agar aku berjaya dalam penantian yang amat myeksakan ini.. moga penantian ini membawa berita gembira buatku.. sabar ar hati untuk sekian kali... akan aku terus menanti n tetap menanti...


honey:-) kata seorang teman penantian itu bukan 1 pyeksaan tapi lebih kpd mguji kesabaran...

AddThis Social Bookmark Button


Penyesalan Tiada Berguna  

Friday, July 18, 2008


“Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba.Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.”
honey :-) Hidup tanpa penyesalan

AddThis Social Bookmark Button


SPASM 08 Tganu  

Sunday, July 13, 2008

salam..

bertemu kembali.. agak lama aku tinggalkan ruagan ini.. terlalu byk coretan aku ingin tulis tapi aku tak berpeluang..


...pada 5hb-9hb julai baru2 ni aku ke terengganu bagi sukan perpustakaan awam semalaysia.. aku terlibat dalam acara futsal n congkak.. aku bjaya mdpt tmpt ketiga dlm perlawanan futsal.. tp tewas dlm perlawanan congkak... huhuhu.. sekurang2nya aku bjaya juga membawa blk rantai kucing... huhuhu.. kira tak sia2 aku ke sana... 2 hari sukan dijalankan n 2 hari waktu lawatan n shopping.. x byk yg aku shopping pn sekadar beli buah tangan utk kwn2 n family jer...


...nak kata seronok disana pn tak juga.. maklum ar aku baru jer join group ni.. so x biasa lg.. take time utk mesra dengan smua orang.. alhamdulillah smua berjalan dgn lancar n baik skali.. akhirnya aku selamat juga sampai ke tmpt aslku... huhuhu...


...byk gak gmbr kenangan semasa disana... 2 tahun lagi tuan rumah bg SPASM ialah johor.. aku x pasti lagi samada aku akan terus mgikutinya.. insyaallah klu ada rezeki mungkin aku akan join skali lg.. bergantung pd keadaan.. huhuhu...


honey:-) kenangan yang tidak akan dilupakan...

AddThis Social Bookmark Button


Menawan hati isteri  

Tuesday, June 17, 2008

SEBAGAI lelaki, pernahkah ego anda tercabar? Apatah lagi orang yang mencabar itu adalah insan paling rapat dengan anda iaitu isteri.


Bagi lelaki, adakalanya mereka sukar menelah isi hati wanita yang pernah menjadi kekasihnya dan kini muncul sebagai suri dalam hidup insan bernama suami.


Hakikatnya, mengenali hati wanita bukan payah kalau anda tahu ‘kuncinya’. Bahkan isteri bukan mendambakan yang hebat-hebat atau sesuatu yang bertaraf eksklusif semata-mata.


Cukup sekadar biasa saja, tetapi dilakukan dengan penuh keikhlasan dan rasa kasih yang mendalam oleh suami, pasti hatinya berbunga gembira.


Panduan berikut mungkin mampu menjadi amalan anda untuk isteri tercinta supaya keutuhan cinta terus bertahan lama. Jika anda mampu mendalaminya, pasti anda menjadi lelaki yang paling disanjungi isteri.


1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan ‘I love you’. Gunakan teknologi yang ada kini sepenuhnya. Sering menelefon atau menghantar e-mel untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu.


Bagi wanita, walaupun hanya satu ungkapan atau ayat, ia sangat berharga dan rasa begitu bahagia menerimanya.


2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.


3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.


4. Tolong terbalikkan stoking atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.


5. Apabila keluar daerah, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang anda sudah selamat sampai.


6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumah tangga dan pendidik.


7. Berbincang dari semasa ke semasa, jangan ketepikan pendapat isteri. Berkongsi masalah dengan mereka, sekurang-kurangnya membuatkan mereka rasa penting dalam diri anda.


8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.


9. Sokong pendapat isteri jika dia bertentangan pendapat dengan orang lain, tetapi perlulah secara rasional. Sekiranya pendapat isteri salah, betulkan.


10. Urut isteri dari semasa ke semasa.


11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.


12. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita serta masalah isteri.


13. Pamerkan kasih sayang apabila di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh bila berjalan.


14. Apabila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.


15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.


16. Apabila makan di luar, jangan harapkan isteri saja yang memilih tempat untuk makan.


17. Sabar apabila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.


18. Beri perhatian yang lebih pada isteri daripada orang lain di khalayak ramai.


19. Lebihkan isteri anda daripada anak-anak.


20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi dan jam. Kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.


21. Apabila Aidilfitri tiba, jangan beri duit raya kepada anak-anak saja, tetapi beri juga kepada isteri.


22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutama daripada yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keprihatinan dan kasih sayang yang tidak ternilai kepada mereka.


23. Jangan ambil mudah perkara yang amat penting bagi wanita. Wanita cukup kuat mengingati tarikh penting contohnya hari ulang tahun. Sesekali, buatlah kejutan supaya mereka rasa lebih disayangi


24. Jangan kedekut memberi pujian kerana mereka berhak menerima pujian.


25. Wanita juga ada ego terselit di celah kelembutan mereka. Apabila mereka rasa terancam atau tercabar, lahirlah sifat marah, cemburu dan cepat merajuk.


Masalah timbul bila mereka suka memendam perasaan dan ‘meletup’ suatu hari. Tetapi sebagai lelaki, usah sama-sama meletup. Cuba selesaikan masalah dalam keadaan terkawal dan fikir secara positif misalnya, mencari punca wanita cemburu atau marah.

AddThis Social Bookmark Button


Friday, June 13, 2008

dah lama rasanya x menulis di blog..byk yg blaku sepanjang mggu ni cuma aku malas je nk menulis.. isnin yang lepas aku g interview di shah alam untuk jawatan tetap.. tak tahu ar sama ada aku dpt atau tak.. aku bserah je pd yg esa.. aku dh cuba buat yang tbaik.. klu ada rezeki insyaallah ada.. huhuhu...

oh ya, aku terpilih untuk futsal kat tganu.. aku tak budget n rancang pn smpai nk g sana. aku cuma nak main suka2 jer.. aku msh lum sedia nk join org2 shah alam lg.. maklum ar tak biasa lg..
huhuhu.. apa2 pun aku akan buat yang tbaik dlm ssuatu perkara..

sepanjang mggu ni bermacam2 yang blaku.. ada yg baik dan ada gak yg tak baiknyer.. biasa ar dalam kehidupan.. mana ada yg baik jer.. sekali sekala pasti diuji jugak... huhuhu...

apa2pun aku amat menghargai pada sesiapa2 yg berada disekelilingku pada masa ini..terima kasih kerana masih bersama aku tidak kira dalam keadaan apapn... terima kasih kerana masih setia disisiku..

honey:-) ngantuknya hari ni...

AddThis Social Bookmark Button


erm  

Friday, June 6, 2008

pagi tadi aku g umah kak ct bsama kak jijah n kak sal sbb ada kenduri adik ipar kak ct nikah harini.. ikutkan hati aku ni malas benar rasanya nk ke sana.. tapi aku tetap juga melangkah kakiku utk terus kesana.. maklum la aku ni kan drive dorang... huhuhu..

...sampai je kat sana aku nampak nazri... aku buat bodo jer tanpa pandang dia tanpa sepatah kata n tanpa senyum... aku pn tak tahu kenapa aku tak pandang dia.. nk dikatakan sombong gak ar.. huhuhu...

...masuk je dalam umah kak ct dh cuit2 aku.. nk kenalkan dgn mak n ayah mentua dia kat aku.. punya segannyer aku.. napa ar dia nk knalkan aku dgn mereka? sedangkan aku takde minat pn nk mgenalinya... hahaha... tapi aku layan kan jer.. huhuhu.. pura2 ar skit.. takkan nak tunjukan rasa tak suka kot.... nazri plak msk masa tu, tu pn kak ct cuit2 dia entah kata apa... aku mcm biasa buat bodo jela.. malas aku nak layan..

...sebelum nk balik tu kak ct pggl aku utk knalkan dgn nenek yg dh berusia 100 thn... nenek dia ar... moga nenek tu pjg umur hendaknye n sihat slalu..huhuhu... pastu aku cepat2 salam dorang smua termasuk ar mak mentua kak ct.. huhuhu... malas nk berlama2 disitu...

honey:-) mengenali sebuah keluarga....

AddThis Social Bookmark Button


teman baruku....  

Tuesday, May 13, 2008

semalam aku g shah alam atas urusan yang perlu diuruskan... aku g dengan seorang teman.. teman yg lama ingin bertemu denganku.. teman yang sudah lama aku kenali cuma baru pertama kali keluar bersama.. aku mgajaknyer untuk menemani aku... kira mengambil kesempatan gak ar... huhuhu.. sbb xda orang yang temankan aku....

....pada mulanya aku agak takut gak nk jumpa dengannya... yela, apa taknya aku tak pernah kuar lepak2 dengan dia kat sini tiba2 skali kuar g jauh terus walupun tak ar jauh sangat... huhuhu.. cuak gak aku... tapi aku berani kan diri aku.. tak kira ar apapn akan berlaku selepas itu samada dia masih mahu berkawan dengan aku ataupun tidak.. aku tak kisah yang penting aku dah cuba untuk bertemu dengannya... atas nasihat seorang teman baikku juga....

....tak tahu nak cakap apa pasal dia.. tp semuanyer ok jer.. tak ada yang aku rasakan istimewa... cukup ar setakat menjadi seorang kawan saja... itu pun sudah memadai... huhuhu.. may b aku ni memilih skit.. tp itulah aku...

honey:-) tak kenal maka tak cinta....

AddThis Social Bookmark Button


hari yang memenatkan!!  

Saturday, April 26, 2008

alhamdulillah... syukur smua program hari ni berjalan dengan lancar walaupun kekurangan kakitangan... huhuhu... walaupun sambutan untuk taklimat IKS kurang memuaskan tapi ia berjaya jugak menarik minat beberapa orang pengguna... syukur ar penat lelah aku mencari usahawan2 yg berada di sekitar kuala sel ni berjaya jugak menarik orang walau tak ramai mana pun... at least lepas ni kepala aku tak ada ar pening sangat nak mencari usahawan2 lg... ni ar keje yang paling aku tak suka sekali sebab nak cari orang... nak kena jumpa lak orang2... bukan senang nak cari orang yang berminat yang nak dengar apa yang kita cakap.. tu ar yang paling susah aku rasa... dah banyak kali gak taklimat ni ditangguhkan... alhamdulillah kali ni berjaya gak dijayakan... tak perlulah pening2 kepala lagi... huhuhu....

penat masih terasa selepas abis program.. angkat meja,kerusi dan macam2 lagi ar... bkn dekat2 nak angkat meja 2... lenguh gler tangan2 ni.. klu dapat diurut ni mesti best kan... hehehe...
erm... apa2pun everything berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah... tak ada kelam kabut pun... sekurang2 nya ada gak perkara baru yang aku pelajari hari ini...

honey:-) syukur segala2nya selesai....

AddThis Social Bookmark Button


hoooorey!!!!!!!!!!!!  

Wednesday, April 23, 2008

...aku dah cabut gigi dah.... yahoo!!!! hooorey!!! pasni takkan ada masalah gigi lg... huhuhu....

pagi tadi aku gi klinik gigi... walaupun dah ramai orang tapi aku tetap dapat nombor yang awal sikit.. nasib baik pagi ni ada 2 orang doc.. so takde ar kena tunggu lama sangat..

...doc yang check aku tu memang kelakar.. dari rasa takut n cuak buat aku tak rasa apa2.. doc yang ramah yang sentiasa nak mengenakan aku tu cukup menghiburkan... ada aje yang dia nak buat aku rasa tak terlalu takut... nasib baik ada doc macam ni... huhuhu... ada ke patut doc tu kata maskawin aku akan kurang sebab cabut gigi ni... huhuhu...

...thanks doc sebab cabut gigi aku ni tanpa aku rasa sakit... pasni leh ar selalu g klinik gigi... huhuhu... ni 2nd time aku g klinik seorang diri.. selalunyer mesti ada teman.. dulu aku tak boleh buat sesuatu sorang2... aku bangga gak ar dengan diri aku ni sekarang ni.. kira dah pandai berdikari ar...

...rindu plak kat mak.. sebab dulu masa aku sakit gigi mak yang bawak aku g klinik gigi... segala2nya mak yang uruskan.. mak lebih risaukan aku.. huhuhu... sekarang aku dah boleh berdikari dah.. aku boleh buat sendiri.. lagipun aku kan dah besar.. sampai bila nak harapkan orang jer.... huhuhu....

honey:-) sedikit demi sedikit aku mula berdikari... ni ar alam dewasa yang akan aku tempuh...

AddThis Social Bookmark Button


sakit lagi!!!!  

Tuesday, April 22, 2008

arghhhhhh.... gigi aku sakit lagi... uwauwa.. tensionnyer bila sakit gigi....
gigi aku yang sepatutnyer kena cabut ni dh cabut tp disebabkan doc gigi aku tak call aku tu yg aku bertahan sampai skrg.. bengagng btl aku.. dh lama aku tggu doc call tp sampai hari ni dia tak call2.. aku terpaksa ar call doc tu pagi tadi sebab aku betul2 dah tak leh nak tahan sakit lagi... boleh plak doc tu kata dia tak tahu aku sakit kat mana.. dia tak rekod lak.. dia suruh aku datang check balik esok... ada ke patut? setelah 2 mggu aku menunggu dia suruh datang nk check dan bagi ubat jer... tension betul ar macam ni.... berapa lama lagi ar aku nak kena tanggung sakit gigi ni.... uwauwauwauwa...


honey:-) sakit itu salah satu penghapus dosa2 kecil...

AddThis Social Bookmark Button


Unbreak My Heart  

Saturday, April 19, 2008


Don't leave me in all this pain
Don't leave me out in the rain
Come back and bring back my smile
Come and take these tears away
I need your arms to hold me now
The nights when I held you beside me
Unbreak my heart Say you'll love me again
Undo this hurt you caused
When you walked out of my life
Un-cry these tears
I cried so many nights
Unbreak my heart
My heart
Take back that sad word goodbye
Bring back the joy to my life
Don't leave me here with these tears
Come and kiss that pain away
I can't forget the day you left
Time is so unkind
And life is so cruel without you here beside me
Unbreak my heart
Say you'll love me again
Undo this hurt you caused
When you walked out of my life
Un-cry these tears
I cried so many nights
Unbreak my heart
My heart
Don't leave me in all this pain
Don't leave me out in the rain
Bring back those nights when I held you beside me
Unbreak my heart
Say you'll love me again
Undo this hurt you caused
When you walked out of my life
Un-cry these tears
I cried so many, many nights
Unbreak my
Unbreak my heart
Oh baby
Come back and say you'll love me
Unbreak my heart
Sweet darling
Without I just can't go on
Can't go on...

AddThis Social Bookmark Button


kenapa hati?  


kenapa hati ini mesti berkata2? kenapa hati ini tak setenang dulu? kenapa hati ini perlu merintih kesedihan? kenapaaaaa? aku tak ada jawapan utk itu.. aku tak tahu kenapa dengan hati ini.. kenapa hati ini perlu rasa sebegitu rupa? apa yang hati ini inginkan sebenarnyer? aku tak pasti akan itu....

....hari ini 19/4/2008 pertama kali aku tengok bakal isteri dia... pertama kami bersua n bertentang mata... aku tak tahu apa yang aku rasa kini? gembira, sedih, sakit hati,bengang ataupun cemburu? entah ar.. aku tak faham dengan hati aku ni... apa yang aku inginkan sebenarnyer..

...pagi ni dia minta tolong aku hantarkan dia n bakal isteri dia (tunang) ke stesen bus sbb dia nk g klang beli rantai... disebabkan dia kwn aku shabat baik aku, aku bsedia utk membantu dia walau hati ni belum bersedia untuk bertemu dgn tunangnyer... aku pun g amik dia dulu kat umah kemudian g quarters tunang dia.. aku pun mulakan langkah aku utk bkenalan dgn tunangnyer.. sepanjang dalam perjalanan tu kami membisu seribu bahasa.. cuma dia dan tunang dia jer yang bersembang. tu pun kaku mungkin tak biasa dengan aku.. aku turut merasakan perjalanan ini terlalu jauh pada masa tu.. aku singgah bank jap sbb dia nk kuarkan duit.. smentara mnunggu dia kami bersembang dalam kete.. berbual apa yang patut jer.. tapi dah rasa mesra pulak.. leh bgelak ketawa bersama... mcm2 perasaan ketika itu... dalam hatiku berkata betapa bertuahnya dia(tunang) dapat memiliki 'dia' . malang dia bukan jodoh aku..

...petang ni atau malam bila dia dah balik dari klang, dia nak belanja aku makan kfc... aku tak pasti apakah aku masih mahu bertemu dengan mereka lg? aku tak tahu apakah aku masih blh bramah msra dengan dia? aku takut aku tak mampu buat smua tu....

...hati kuatkan dirimu.. tabahkan jiwamu untuk berhadapan dengan situasi ini... bila dia dah menjadi sahabatmu bererti bakal isteri dia juga sebahagian dari sahabatmu juga... hati percayalah pada dirimu sendiri.. pasti ada hikmah disebalik yang berlaku ini.. cekalkan hatimu.. pasti kau boleh lakukannya hati.. aku tahu hanya kau yang mampu!!!!


honey:-( lagu 'cinta dalam hati' nyanyian ungu khas untuk sahabatku..

AddThis Social Bookmark Button


Moga Kau Mengerti  

Friday, April 18, 2008







Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan de-ngan lelaki itu.
Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.
Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung.
Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancur luluhkan?


....aku baru abis baca novel ni... memang best pun novel ni.. sedih gak ar.. aku pun nangis gak baca novel ni... huhuhuhu.... cinta pertama yang terlalu mendalam pada seorang lelaki. sehinggakan sanggup menerima walau apapun yang dilakukan terhadap dirinya.. sanggup menolak cinta lelaki lain yang benar2 mencintai dirinya.. cinta itu membutakan seseorang...



honey:-) terimalah orang yang mencintai dirimu bukan orang yang kamu cintai.....

AddThis Social Bookmark Button


Mahligai Bernama Cinta  



Padamu kuserahkan
Suatu yg bernama cinta

Kupeluk jasadmu
Dalam bayangan
Biar tak terasa
Namun ku bahagia
Resahku Berlalu
rindu pun bertakhta
Mengharap mimpi
Memutik kenyataan

Tersentuh di jiwa
Terkesan di hati
Kemelut nan melanda
Diminda ku ini
Ingin ku katakan
Tapi tak berani
Bimbang jika kau berubah hati
Menjadi benci

Satukan dua jiwa ini
Di mahligai bernama cinta
Biar harus aku korbankan kaulah segalanya
Kasih dapatkah kau mengerti
Apa yg tersirat di hati
Bkn gurauan satu kebenaran

Nyata impianku bukan khayalan
Kesabaran kini ternyata bererti
Kesetiaanku telah dihargai
Kujanjikan kebahagiaan tuk selamanya

Tabahkanlah hatimu oh kasih
Mengharungi dugaan
Kutetap disisimu oh kasih
Usah kau curiga
Percayalah sayangku

honey:-) lagu ni best sangat...

AddThis Social Bookmark Button


sahabat yang dirindui!  

Wednesday, April 16, 2008

...hari ni bosan sangat rasa tak da mood jer.. tak tau ar napa? aku tak dapat bfikir.. smua keje aku buat dengan rasa lemah..


erm.. teringat lak pada sahabtku natasha... aku call shbt aku yg dah lama aku rindui... dh lama sgt rasanaya tak jumpa dgn sha.. shbt aku yg plg aku rindui dan syg bangat... lama gak ar sembang.. sbb aku mmg jrg sama skali call dia.. msg pn sama... rasa rindu lak kat dia sbb tu aku call.. entah bila kami aku bjumpa stlh sekian lama tak ketemu.. stiap kali plan nk jmpa jer pasti tak jadi.. ada aja halangan yg mhalang kami utk btemu... mungkin ada hikmah disebalik smuanyer.... entah ar... aku sendiri tak pasti... apa yg pasti biar brapa lama skali kami tak btemu dia tetap sahabat aku utk slamanyer... moga kita akan btemu lagi di lain kali... insyaallah..

sorang temanku akan menjalani 1 pembedahan jantung... ia memerlukan kos yg agak tinggi.. aku sbg teman ingin skali membantu.. tapi apa yg aku mampu bantu? dari segi kewangan aku sendiri tak mampu bantu... rasa bersalah pula klu tak membantu... apa yg harus aku lakukan utk membantu temanku itu? aku akan doakan temanku itu selamat dan dpt mharungi ujian allah ini dengan tabah....
honey:-) moga persahabatan kita kekal selamanyer dan buat temanku semoga tabah hadapi dugaan idup ini...

AddThis Social Bookmark Button


"Jodoh"  

Tuesday, April 8, 2008


Renungkanlah sedalam-dalamnya....
Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Iabagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannyajauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untukmembina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right danbiar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannyagelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaaninsan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang."
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
"..Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.....
honey:-) jodoh itu pasti ada cuma kita taidak tahu siapa, bila dan di mana jodoh kita... pasti 1 hari kita akan bertemu dengan jodoh kita... sama2 kita berdoa agar didekatkan dengan jodoh kita.. insyaallah

AddThis Social Bookmark Button


CINTA  


Cinta....
datang kepada orang yang masih mempunyai harapan...
walaupun mereka telah dikecewakan...
kepada mereka yang masih percaya...
walaupun mereka telah dikhianati...
kepada mereka yang masih ingin menyintai....
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya...
dan...
kepada mereka yang mempunyai keberanian
dan keyakinan
untuk membina kembali kepercayaan....
honey:-) teruslah mencari cinta kerana cinta itu indah...

AddThis Social Bookmark Button


Jika Kita Mencintai.....  

Monday, April 7, 2008



Jika kita mencintai seseorang dan cinta itu tidak berbalas, janganlah berasa tersisih, patah hati, apalagi berniat ingin mati! Memang tidak ada salahnya kita mencintai seseorang, kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati siapa pun, namun mungkin cinta kita kepadanya belum dapat diterima di hatinya.Jika kita dicintai oleh seseorang yang tidak kita cintai, anggaplah itu satu penghormatan buat kita. Kembalikan penghormatan itu dengan cara yang paling ikhlas dan jujur. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.Jika kita merasakan cinta dengan seseorang yang begitu mencintai kita, dan tiba-tiba cinta itu memilih untuk pergi, tidak ada yang harus dipersalahkan, kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati siapa jua.Cinta akan selamanya menjadi misteri, datang secara tiba-tiba dan pergi juga tidak pernah meminta izin. Maka, bersyukurlah andai ia pernah singgah di hati kita.



honey:-) cinta tak mengenal siapa.. hargailah siapa yang mencintaimu

AddThis Social Bookmark Button


kekadang...  


"Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari…."

"Kadang-kadang ketika kita menangis tak seorang pun yang menyedari linangan air mata yang mengalir di pipi... Kadang-kadang ketika kita bersedih tak seorang pun yang melihat kepedihan yang menghiris di hati... Kadang-kadang ketika kita berasa bahagia tak seorang pun yang memerhati senyum merekah di bibir... "


honey:-) meskipun tiada sorang pun yang tahu....

AddThis Social Bookmark Button


Buat Kekasih.....  

jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya..Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya Begitu istimewa....Anggaplah ia manusia biasa.Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus Hingga ke akhirnya...Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang membawa kebaikan kepada dirimu.Menyayangimu.dan mengasihimu.Mengapa kamu berlengah,cuba bandingkannya dengan yang lain.Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat...

honey:-) hargailah pasangan anda.. bila ia tiada baru anda rasa kehilangannya..

AddThis Social Bookmark Button


maafkan aku sahabat!  

...pagi ni dia dtg ke library.. sblm dia dtg dia ada call aku utk bgtau yg dia akan dtg.. hatiku bdebar2 mnunggu kehadirannyer.. entah kenapa aku mesti berkeadaan begitu.. aku sendiri tidak pasti.. dia dtg utk mcari buku penilaian tahap kecekapan sbg rujukan untuk dia amik exam tidak lama lg... aku bantu setakat yg aku mampu jer... sampai je dia aku berikan senyuman.. tak nak ar dia rasa aku x leh terima dia lg.. x nk dia rasa aku sombong terhadapnye... aku biarkan dia melayan diri sendiri tanpa aku membantunyer mcari buku.. bukan aku x nk tolong dia.. ikutkan hatiku ini nak saja aku temankan dia cari buku sambil berborak2... tapi kakiku ini berat utk mlangkah mengikuti langkahnyer.. tapi apa kan dayaku, aku tak mampu melakukannye.. aku segan dengan staff kat sini.. takut mereka kata yang bukan2... entah ar.. aku tak tahu nk buat apa skrg ni... samada membiarkan dia sendiri atau pergi padanya dan membantu.... aku hanya jadi pemerhati yg setia di kaunter... memerhati dari jauh!

...setelah dia selesai mencari buku dia kembali ke kaunter.. tiada sorang pn yang layan dia.. kesian aku tengokkan nyer... aku juga x berkata apa2 pada nyer.. hanya pandang dan senyum saja.. kami hanya bermain dengan mata tanpa berkata apa2.. seperti waktu dulu dia suka merenung aku terlalu lama.. hingga aku terpaksa melarikan pandanganku...

... pukul 12.45 acik call suruh amik suhayla dari sekolah.. ikutkan hati aku ni beratnyer hati untuk keluar dan meninggalkan dia sendiri disini tanpa sempat kami bersembang.. aku tiada pilihan.. aku terpaksa amik suhayla dr sekolah.. walaupun hati ini berat nak tinggalkan dia.. aku langkahkan jua untuk pergi tanpa mengucapkan sepatah kata padanya.... aku tak tahu kenapa aku tak bercakap dengan dia.. aku tak tau napa berat mulutku untuk menegurnya.. sedangkan aku rindu untuk berborak2 dengannya...

....erm.... entah apa yang dia fikirkan tentang aku.. tentu dia kecik hati sangat dengan aku hari ni... aku tak layan dia langsung.. smua yang ada pn buat tak tahu jer... aku tak nak dia berkecil hati denganku.. lepas ni mesti dia tak datang library lagi.. mesti dia dah serik.... maafkan aku! aku tak berniat nak melakukannya seperti itu... aku harap kita tetap akan menjadi sahabat selamanyer... maafkan akau kiranya kau terasa dengan apa yang berlaku hari ini.....

... klu aku boleh putar waktu ini kembali akan aku putar agar aku boleh lakukan yang tbaik...

AddThis Social Bookmark Button


pagi yang suram!  

Friday, April 4, 2008

erm... smlm aku mnerima panggilan dr insan yg teristimewa bgku yg kini mjadi sahabat rapatku. bermacam2 pkara n topik yg kami sembangkan stlh sekian lama x bersembang.. rasa rindu dihati. ingat juga dia padaku walau dia akan bkahwin x lama lg.. spt kata dia walau kita ada gf ke tunang or isteri skalipn kwn ttp kena ada.. x semestinya bila dh kawin ada gf or tunang kita trus lupakan kwn.. benar kata dia.. byk yg dia kongsikan bsama aku.. dia tanya aku samada aku dh ada bf atau x. dan aku katakan yg aku x bsedia utk smua tu lg.. aku masih single.. dan dia nk knalkan aku dgn sepupu dia yg juga seorg anggota.. aku katakan padanya x perlu smua tu.. xda sapa yg akan sukakan aku.. hanya org yg buta jer akn kata suka aku... huhuhu... dia ttp akan mjadi sahabat n teman aku utk slamanyer meskipun dia akan bkahwin tidak lama lg.. tanggal 28/6/08 dia akan berkahwin.. dia nk aku dtg masa majlis pkahwinannyer.. dia kata kawan dia wajib dtg.. tp aku x pasti samada aku akan dtg atau x.. entah ar.. sanggup ke aku tgk org yg aku syg slama ni bkahwin dgn org lain... aku x pasti.. insyaallah aku akan dtg klu tiada aral mlintang... untuk sahabat yg tcinta akan aku usahakan... semoga dia bahagia.. kebahgiaan dia adalah kebahgiaan ku juga!

AddThis Social Bookmark Button


hari yg sibuk....  

Tuesday, April 1, 2008

hari ni bz skit... byk urusan diuruskan hari ni.. yg ptg skali road tax kete yg tamat tempoh hari ni.. g uruskan insuran n road tax kete.. abis duit smpai rm 600 utk smua tu.. dsbbkan gaji aku yg ciput tpaksa ar aku pinjam duit makcik aku dulu.. huhuhu... aku bkn xda duit simpanan utk dikorek cuma x nk kuarkan duit dlm simpanan aku jer.. takut nnt x tbayar blk lak.. tu yg ssh tu.. bila pinjam kat org nk x nk kita tau nk byr blk tanpa usik duit simpanan.. yuhu..
esok pagi aku akan g jmpa doc gigi.. takut gak klu ikutkan hati.. tapi nk x nk pn aku kena g gak.. dh x thn lg nk mnangungnyer... entah apa lak esok yg akan blaku pd gigi ku ini... kena tggu esok ar jwbnyer.. entah kena operate lg kot... huhuhu.... harap2 tidak ar.. x sanggup rasanyer nk kuarkan duit yg byk lg.. bkn skit2 bayarannyer....

AddThis Social Bookmark Button


Doa Cinta  

Monday, March 31, 2008

Aku menyintaimu, aku menyayangimu... seikhlasnya. Cinta kasih sayangku untukmu memang tak dapat kunafikan, dan sesungguhnya tak mampu kutolak ke tepi. Lalu, kita harungi lautan cinta ini, kita bermain dengan ombak-ombak yang mengalun mesra, membuai kita dan menghanyutkan kita ke lautan terindah yang tak pernah kita jejaki sebelum ini.

Indah, memang sesungguhnya terlalu indah dalam setiap detik dan ketika. Aku sediakan ruang rindu untukmu. Aku hamparkan permaidani kasih untuk kau rebahkan tubuh lelah setelah sekian lama mencari cinta. Aku berikan segalanya dengan apa adanya untukmu. Kenangan terindah milik kita.

Suatu malam, kutatap bulan nan suram. Tiba-tiba aku rasakan suasana semakin kelam dan awan hitam menyelimuti bulan. Titis-tisis hujan menjamah dingin. Aku terpana seketika dan gumpalan-gumpalan dosa cinta bergentayangan! Ketika aku menyimpulkan bahawa cinta ini mungkin tak kesampaian - bergema sebait ungkapan menerjah seluruh sanubari...

Tolong sampaikan pada si dia
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta-Nya
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurga-Nya
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa


Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia


Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa


Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana


Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya


Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia


Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga


Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.

AddThis Social Bookmark Button


sakitnyer!!!!!!  

Friday, March 28, 2008

arrggggh...... sakitnyer gigi aku ni.... x tahan rasaya mnahan ksakitan ini...
nauzubillah... aku kena tggu hingga rabu mggu dpn utk bjumpa dgn doktor gigi...
lambatnyer lg.. ada 5 hari lagi.. rasa dh x tertahan sakit ini. x mampu mnanggungnye lg... uwauwauwa....

AddThis Social Bookmark Button


Buat Kekasih  

Thursday, March 27, 2008

jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya..Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya Begitu istimewa....Anggaplah ia manusia biasa.Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus Hingga ke akhirnya...Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang membawa kebaikan kepada dirimu.Menyayangimu.dan mengasihimu.Mengapa kamu berlengah,cuba bandingkannya dengan yang lain.Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat...

AddThis Social Bookmark Button


Wira Hatiku......  

Wira hatiku,
Tiada siapa yang tahu,
Bahawa kasih ini ku tujukan padamu,
Meskipun kurasakan mustahil untuk kugapai,
Tetapiku tahu Allah Maha Mengetahui hasrat hatiku.
Wira hatiku,
Padamu terhimpun pekerti tinggi,
Padamu tergambar kelembutan dan kebijaksanaan hakiki,
Senyumanmu manis menenangkan hati,
Bicara lembut menawan hati,
Hatiku yang satu, hanya untukmu ku abadi.
Wira hatiku,
Sedari awal kulihat dirimu insan mulia,
Terlalu baik buat diriku yang hina,
Tapi diri ini menyintai kebaikan dan keindahan akhlakmu,
Lantas padamu kuletakkan harapan,
Adakah kau tahu, adakah kau merasai, insan daif ini
menangis dalam kerinduan dan penuh pengharapan.
Wira hatiku,
Tidak mampu kusampaikan bicara hati ini,
Lantaran hinanya diri, rendahnya pekerti,
Meskipun cinta dan perhatian daripadamu kudambakan,
Terasa betapa kerdilnya diri ini,
Terasa tidak layaknya untuk memiliki hatimu yang suci.
Wira hatiku,
Adakah kau akan hadir untuk menyelamatkan jiwa yang lesu ini,
Adakah kau dapat merasai kewujudan perasaan kudus ini,
Lantaran aku ini tidak pandai menunjukkan perasaanku padamu,
Walau hatiku amat berdebar dan kakiku goyah tatkala melihat dirimu.

AddThis Social Bookmark Button


hanya persinggahan  

Wednesday, March 26, 2008

setelah 1 mggu dia hilangkan diri tanpa khabar berita walaupn aku tahu kemana dia pergi.. ssghnyer aku amat rindukan dirinyer.. tp apakan dayaku aku tpaksa kuatkan hatiku ini utk tidak truskan kerinduan ini.. aku kena lupakan dia walau apa cara skalipn.. kali terakhir kami bsembang pd seminggu yg lalu. tu pn kerana dia sakit, demam. dia mgadu pada ku. itu ar kali terakhir aku dgr khabar drnyer.. slps tu dia g pahang ke rumah family bakal isteri dia slama 1 mggu disana.. spjg dia disana skalipn dia x prnh mhubungiku..aku faham akan situasi dia disana. xkan dia akn mengingati aku yg hanya seorg kawan padanya.. tidak tlalu ptg..
kdg2 aku rasakan aku hanya diperlukan bila dia ssh jer.. bila dia sng dia lupakan aku begitu saja. bila ada mslh, sakit pening pandai plak cr aku. manusia mmg mcm tu.. kwn diperlukan apabila susah sahaja bila senang dlupakan..
enatah ar... aku mgkin hanya tmpt persinggahan bg dirinya..
aku redha n pasrah akan segalanyer... moga kau bahgia dgn hidupmu kini.. aku sentiasa mdoakan yg tbaik buatmu yg kini hanya mjadi sahabatku...
kenangan bersamamu akan ku simpan jauh dalam lubuk hatiku.... ia takkan prnh tpadam walu sdikit pn...

AddThis Social Bookmark Button


I will survive  

Monday, March 24, 2008

At first I was afraid
I was petrified
I kept thinking I could never live without you
By my side
But then I spent so many nights
Just thinking how you've done me wrong
I grew strong
I learned how to get along
And so you're back
From outer space
I just walked in to find you
Here with that sad look upon your face
I should have changed my fucking lock
I would have made you leave your key
If I had known for just one second
You'd be back to bother me
Oh now go,
Walk out the door
Just turn around
Now, you're not welcome anymore
Weren't you the one
Who tried to break me with desire?
Did you think I'd crumble?
Did you think I'd lay down and die?
Oh not I,
I will survive
Yeah
As Long as I know how to love,
I know I'll be alive
I've got all my life to live
I've got all my love to give
I will survive,
I will survive
Yeah, yeah
It took all the strength I had
Just not to fall apart
I'm trying hard to mend the pieces
Of my broken heart
And I spent oh so many nights
Just feeling sorry for myself
I used to cry,
But now I hold my head up high
And you see me
With somebody new
I'm not that stupid little person
Still in love with you
And so you thought you'd just drop by
And you expect me to be free
But now I'm saving all my lovin'
For someone who's lovin' me
Oh now go,
Walk out the door
Just turn around
Now, you're not welcome anymore
Weren't you the one
Who tried to break me with desire?
Did you think I'd crumble?
Did you think I'd lay down and die?
Oh not I,
I will survive
Yeah
As long as I know how to love,
I know I'll be alive
I've got all my life to live
I've got all my love to give
I will survive,
I will survive
Yeah, yeah
Oh no
honey- aku akn truskan idupku tanpa dirimu.. aku akn trus mcintaimu walau hanya di dlm hatiku.. Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah bahagia untukku..

AddThis Social Bookmark Button


salam...  

assalamualikum...



ni first time aku tulis blog.. aku bkn tau sgt nk gunakan blog.. for the 1st time ni aku mmg x tau nk tulis apa... tp for the next time aku akn pastikan ada coretan dr diriku ini...

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster