fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Pertandingan Kuiz Sejarah Selangor Antara Jabatan  

Thursday, June 25, 2009

PERTANDINGAN KUIZ SEJARAH SELANGOR ANTARA JABATAN

24hb Jun 2009 (rabu), pertandingan kuiz sejarah selangor antara jabatan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dengan kerjasama AJK Gerakan Membaca Daerah Kuala Selangor telah berjalan dengan lancarnya di Perpustakaan Daerah Kuala Selangor. Walaupun sambutan kurang menggalakkan dari semua jabatan di daerah ini namun ia tetap berjalan dengan lancarnya. Hanya 5 jabatan jer yang turut serta termasuk jabatan dari Perpustakaan sendiri.. Antara jabatan yang terlibat ialah dari Jab. AADK Kuala Sel, Jab. PPD Kuala Sel, Jab. Perpaduan Kuala Sel, Jab. Agama Islam Kuala Sel & Perpustakaan Daerah Kuala Sel. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam pertandingan ini.. Kepada yang tidak berjaya harap tidak berputus asa dan akan mencuba lagi pada tahun depan. huhuhu... Johan bagi pertandingan kuiz ini akan mewakili daerah kuala selangor ke pertandingan peringkat negeri pada 28 julai 2009 di Pesta Buku Selangor di Kompleks PKNS Shah Alam.
Ini merupakan salah satu dalam Program Gerakan Membaca Daerah Kuala Selangor. Program ini merupakan program tahunan. Majlis Penutup bagi program ini pada 18 julai 2009 di Dewan Harmoni Ijok.
Jom ramai2 terjah! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda semua!!!


JOHAN : PPD KUALA SELANGOR


NAIB JOHAN : PEJ. AGAMA ISLAM KUALA SELANGOR


KETIGA : PERPUSTAKAAN DAERAH KUALA SELANGOR


Sekarang jom layan gambar yang ada kat bawah ni.. Tp gmbr aku xda ar sbb aku yg jd jurugambar semalam & sentiasa menjadi jurugambar untuk semua aktiviti jd memang aku selalu x tersenarai dalam album ni...huhuhu...


GROUP A




JAB. AADK, PPD & LIBRARY




GROUP B



JAB. AGAMA ISLAM

JAB. PERPADUAN


JOHAN : PPD KUALA SELANGOR

gambar naib juara xda plak.. Maaflah yerk!!
TEMPAT KE 3 : LIBRARY KUALA SELANGOR
honey:-) "Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"

AddThis Social Bookmark Button


Coretan II  

Monday, June 22, 2009

2 minggu lepas keadaan kesihatan aku kurang mengizinkan sebab tu aku dah lama x menulis kat blog ni.. Ditambah pulak dengan kesibukan nak audit lagi ar aku xda masa nak online langsung.. Walau keadaan kesihatan aku yang kurang baik tapi aku tetap kuatkan langkah kaki aku untuk terus bekerje untuk myelesaikan segala tugas yang pelu dselesaikan sebelum audit..

...Minggu lepas selepas gigi aku baik aku diserang demam n sakit tekak yang agak teruk.. Tekak aku bengkak sesangat sampai nak makan pun x boleh langsung.. Memang 1 hari kat opis aku x makan.. Bercakap pun kurang sangat.. Klu orang terasa minggu lepas aku xtau ar... Ikutkan hati memang aku nak cuti sebab x larat sangat.. Nak pijak lantai pun aku rasa nak rebah.. Tapi aku kuatkan jugak semangat aku semata2 nak selesaikan audit.. Dah ar minggu lepas air cond xda.. Semua air cond ngah baik pulih.. So seminggu bwk kipas sendiri dari umah.. Tetap panas gler dah ar buku banyak gler nak susun minggu lepas.. Sekarang ni aku dah leh tarik nafas lega skit.. Semua penderitaan minggu lepas dah pun berakhir... Kini hanya untuk melalui masa2 akan datang plak...

...Audit pada 18hb yang lalu smuanya berjalan dengan lancar.. Hampir 3 jam kena audit.. Lebih kurang dari kul 11.30 smpai 2.30 baru selesai smuanya.. Memang letih gler nak menjawab itu n ini dengan keadaan opis yang agak panas pun x memberi kesan pada mereka untuk mempercepatkan audit.. huhuhuhu.. Tapi apa2 pun semuanya berjalan dengan lancar.. Ada perkara yang perlu dibaik pulih n di amik perhatian.. Aku terima semua teguran mereka dengan senang hati kerana dengan adanya audit ni kita boleh menambaik baikkan segala2nya..

honey:-) Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan2

AddThis Social Bookmark Button


Kisah Mak!  


wif my mum


Salam semua...

Result x-ray MRI mak aku dah pun kuar beberapa mggu lalu.. Kaki mak belah kiri di betis tisunya terkoyak. Mak kata mak pernah terjatuh dalam longkang 1 tahun yang lalu di changlun kedah semasa menghantar adik aku ke UUM.. Ni berita yang aku sendiri baru tahu.. Selama ni pun aku x pernah tau yg mak pernah terjatuh... Kesakitan yang mak hadapi mungkin tidak dapat dilihat dari pandangan mata kasar kita cuma itulah keputusan dari scan yang mak buat di hospital PUSRAWI. Doc memberi mak 2 pilihan samada mahu operate atau buat rawatan fisioterapi.. Kalau wat rawatan fisioterapi ianya memakan masa yang lama untuk sembuh seperti biasa.. Mungkin dalam 6 bulan atau selebihnya.. Wat masa ni mak hanya memilih untuk wat rawatan fisioterapi dulu nak tengok cara rawatan dibuat.. Kalau dah x tahan sangat mgkin mat jugak akan operate.. Tu semua bgantung pada keadaan n kesihatan mak.. Kali pertama wat rawatan fisioterapi di hospital PUSRAWI mengambil masa lebih kurang 45 minit rawatan.. mak kata macam wat senaman gak.. Untuk 1 sesi fisioterapi jer RM 51.. huhuhu..

...Aku dan abang aku kini bergilir2 menghantar mak ke hospital untuk buat rawatan.. Sedih sebenarnya melihat keadaan mak yang begitu.. Mujur sekarang ni ada adik2 aku kat umah sebab mereka ngah cuti semester.. Adik akulah yang masak n menguruskan rumah sekarang ni... tapi mereka cuti sampai ujung bulan ni jer.. Awl bulan 7 dorang dah mula balik ke universiti mereka.. Tak tahu ar macam mana keadaan mak selepas ini.. Harap sangat mak akan kembali pulih n sihat seperti biasa...

...Isnin yang lalu, aku dan adik teman mak g pejabat untuk menguruskan hal2 cuti mak n mak nak wat keje sikit.. Itulah kali pertama aku g n tahu kedudukan pejabat mak.. Selama 24 tahun aku x pernah tau kat mana pej mak cuma yang aku tahu mak bekerja di Pej Daerah / Tanah Gombak.. Jauh atau dekat pej mak pun aku xtau... Itulah hari pertama aku menghantar mak ke pejabat. Kini baru aku tahu betapa jauhnya pej mak..Betapa kuatnya mak g keje selama ni.. Kadang2 mak naik bas n kadang2 ayah antar kalau ayah x keje... Betapa susah payah nya mak bekeje untuk kami sekeluarga.. Mak selalu cakap kalau aku mohon pertukaran di Perpustakaan Gombak senang mak nk g keje sebab Perpustakaan Gombak betul2 berhadapan dengan pej mak.. Selama ni aku selalu amik endah x endah jer apa yg mak ckp sebab selama ni kakak aku ada kat umah untuk jaga mak tp kini tiada siapa yang ada kat umah untuk jaga mak..

...Hari ini mak mula bekerja semula setelah hampir 2 minggu mak bercuti.. Walau keadaan mak masih tak mengizinkan mak tetap nak cuba g keje.. Mak x nk hanya terbaring jer di rumah.. Mak nak lawan penyakit yang ada.. Harap2 mak x apa2 semasa di pej nanti...

...Semalam petang di rumah mak, aku nampak kaki mak belah kiri dh mengecil.. Terlalu kecil nak dibandingkan dengan kaki yang sebelah lagi... Subhanallah inikah ujian untuk mak lagi...

honey:-) Moga mak kembali sihat seperti biasa n panjangkan umur kedua ibu bapaku..

AddThis Social Bookmark Button


Sakit Gigi Lagi!!!!!  

Friday, June 12, 2009

Sakit gigi lagi!!!!! Aduhsssssssssss.. Tak tahan rasanya.. Dah cabut pun sakit lagi klu tak cabut pun sakit gak.. Susah ar klu macam ni.. Nak wat apa2 pun susah... 2 batang gigi aku kena cabut.. Sakit giler!!!!

...Harini aku baru mulakan keje setelah 2 hari kursus n 2 hari aku MC sebab sakit gigi... Secara kebetulan aku cuti pun sebab mak aku tak berapa nak sihat.. Betis mak sakit kebas2.. Tak leh nak duduk n berjalan... Sekarang mak lebih kerap baring kerana dah tak leh duduk terlalu lama. Dah mcm2 rawatan yang mak cuba tp masih lagi mcm tu.. Akhir sekali mak nak g hospital swasta ( PUSRAWI ) walau bayarannya memang terlalu mahal.. Jadi aku cuti tu dengan membawa mak ke hospital setelah aku balik dari klinik gigi.. Semalam baru wat x-ray MRI.. Sabtu ni baru dapat resultnya.. Harap sangat xda apa2 yg berlaku pada mak..

...Sampai sini dulu catatan kali ini.. Tak dapat nak cerita lebih panjang sebab gigi yang semakin sakit... Jumpa pada coretan yang akan datang..

honey:-) Kata seorang teman "sakit tu dtg macam angin taufan ... nak baik semula macam siput ... " ... tu kata org tua2..

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster