fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Kursus Induksi 2009  

Thursday, September 24, 2009

Salam bertemu kembali setelah berhari raya..


Hari jumaat minggu lepas sehari sebelum aku mula bercuti hari raya, aku menerima surat dari HQ mengatakan bahawa pada 5hb Oktober - 11hb Oktober aku dikehendaki menghadiri Kursus Induksi di Kem Bina At-Taqwa Bukit Changgung. Banting... Seminggu tu kat sana.. Seramai 40 orang kakitangan dari Perpustakaan yang terlibat dalam kursus ni.. Kali ni ramai pulak kakitangan yang terlibat n turut serta bersama.. Jadual untuk seminggu tu pun disertakan sekali.. Memang jadualnya agak ketat n padat jugak Penuh dengan pelbagai aktiviti.. Aduhsss.. Seminggu tu.. Lama giler.. Aku masih lum buat persediaan/persiapan lagi. Banyak buku nak kena bawak ni.. huhuhu.. Apa2pun aku akan kembali lagi selepas abis kursus untuk story pasal kursus tu nanti yerk..

honey:-) Sesiapa yang pernah menghadiri kursus ini n sudi berkongsi sedikit pengalaman, bolehlah tinggalkan sedikit jejak di entry ni..

AddThis Social Bookmark Button


Salam Aidilfitri  

Friday, September 18, 2009

Di kesempatan yang ada ni, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kengkawan yang mengenali aku n terutama sekali kepada kengkawan yang membaca blog ini.. Semoga di lebaran kali ini memberi seribu makna dalam hidup kita semua.. Kepada kengkawan yang balik ke kampung, diharap berhati2 semasa memandu.. huhuhuhu.. Termasuk juga aku ni meskipun aku bukan balik kampung tapi bandar.. hahaha..

Pantun untuk kalian semua..
Buah kedudu dibuat tepung,
Untuk berjimat di hari raya,
Bila memandu pulang ke kampung,
Sentiasa berhemat di jalan raya.
SEMPENA BULAN YANG MULIA
AKU INGIN MEMOHON
JUTAAN KEMAAFAN KEPADA SEMUA
ATAS SEGALA SALAH SILAP
SEPANJANG PENULISAN AKU DISINI
ATAU SEMASA PERBUALAN SEHARIAN
honey:-) Maaf Zahir Batin n salam sayang dariku buat semua

AddThis Social Bookmark Button


Raya?  

Tuesday, September 15, 2009

Hari Raya? Semua orang heboh memperkatakan tentang hari raya.. Sana sini hanya tentang raya sahaja.. Tapi aku disini x merasa apa2 pun tentang raya.. Bagi aku hari raya ni umpama hari2 biasa yang aku lalui.. Xda yang istimewanya. Xda keghairahan pun untuk menyambut hari raya ini.. Mood raya pun x pernah wujud dalam hati aku ni.. Napa yerk?? Adakah aku sendiri xda perasaan? Kadang2 aku juga musykil tentang diri aku ni.. Napa aku leh jadi sampai macam ni sekali..


honey:-) Tolonglah pulihkan perasan hamba!!

AddThis Social Bookmark Button


Salahkah Aku????  

Monday, September 14, 2009

Salahkah kalau aku tak pandai masak?

Setiap minggu aku balik umah mak.. Harini ini juga aku masih berada disini.. Tengahari kang baru aku balik kuala.. Sejak 2 minggu yang lepas, mak x abis2 cakap pasal masak.. Masak masak masak!!! Aku dah cukup bosan, muak n sebagainyer nak mendengar perkataan itu setiap minggu setiap kali aku balik.. Ni yang membuatkan hati aku x nak balik dah.. Aku betul2 x suka!! Malam tadi sekali lagi mak bercakap tentang hal yang sama dan macam2 hal lagi.. Aku hanya membatukan diri sahaja.. Malas nak menjawab n menerangkan perkara yang sebenar.. Tapi aku tetap terkilan sebab mak tak pernah faham keadaan aku.. Aku bukan dilahirkan untuk menjadi seorang perempuan yang tau memasak.. Kenapa isu ini yang menjadi persoalan setiap kali aku balik umah? Aku betul2 tertekan.. Aku x suka buat perkara yang aku tak minat.. Susah ke nak faham aku? Teruk sangat ke kalau aku tak pandai masak? Salah ke? Aku tak seperti perempuan lain.. Aku bukan perempuan yang tau buat keje2 perempuan.. Tapi aku tak pernah susahkan orang pun.. Aku tak ernah suruh orang masak itu masak ini.. Walau aku teringin makan apapun aku tak pernah mintak untuk dilakukan.. Tolong ar jangan paksa aku buat benda yang aku tak suka.. Kalau aku nak belajar aku sendiri akan belajar.. X perlu dipaksa x perlu disuruh..


...Untuk sekian kalinya aku x pernah rasa gembira.. Aku nak gak rasa gembira macam orang lain., Mungkin semua orang ingat aku cukup bahgia dok dengan makcik aku.. Tapi mereka semua xtau hati aku.. Mereka semua x pernah tau apa perasaan aku selama ni.. Mereka hanya nampak salah aku jer.. Mak hanya nampak aku dok sana hanya goyang kaki je.. Mak x pernah tau tekanan yang aku alami.. X pernah ada orang yang faham perasaan aku.. Aku benci dengan hidup ini!! Kalau aku boleh lari dari semua ini kan bagus.. X perlu aku fikirkan apa2.. Aku nekad lepas ni kalau aku x dapat keje lain keje yang boleh membawa aku keluar dari kuala selangor n kuala lumpur aku akan cari umah lain.. Aku nak dok sendiri.. Aku xnk bergantung hidup lagi dengan keluarga aku.. Aku nak hidup sendiri.. Aku nak buktikan aku mampu berdikari sendiri.. Aku x perlukan sapa2 lagi.. Hanya ini je jalan keluar yang boleh membuatkan aku belaja hidup sendiri.. Aku akan buktikan..
...Sejak akhir2 ini aku mudah sangat mengalirkan airmata.. Kalau dulu aku jarang sekali menangis.. Bak kata kawan aku, aku jarang menangis tapi sekali aku dah nangis memang teruk.. Tapi sekarang airmata je yang menjadi peneman aku.. Aku x suka bila keadaan ini berlaku.. Aku lebih rela jadi orang yang xda perasaan macam dulu.. Apapun aku x peduli tentang perasaan orang..
honey:-( Hidup kita x pernah sunyi dengan masalah.. Inilah hakikatnya tentang kehidupan. Adakalanya kita diatas dan adakalanya kita akan dibawah juga.. Kehidupan perlu diteruskan samada suka ataupun tidak. Begitu juga aku!

AddThis Social Bookmark Button


Cerita Semalam  

Wednesday, September 9, 2009

Salam...


Lama rasanya x menulis sesuatu di sini.. Walau terlalu banyak cerita tapi aku tidak mempunyai kesempatan untuk menulis.. Bermula dari cuti sekolah beberapa minggu yang lalu membuatkan aku terlalu busy dengan pengunjung yang ramai semasa cuti sekolah, merencana aktiviti untuk cuti sekolah, menghias/mencantikkan toilet di pejabat n kejadian yang terakhir sekali berlaku minggu lepas server down akibat hujan yang lebat n bangunan yang bocor dan dimasuki air..


...Sekarang ni aku x tau nak cter cerita yang mana.. Rasa macam dah xda apa2 yang nk diceritakan.. huhuhuhu... Semalam aku terima panggilan dari seorang teman yang mengatakan bahawa result PNM dah kuar... Dia kata kalau nak tau result kena call sendiri PNM. Disebabkan semalam aku cuti jadi aku x berhajat plak nak menghubungi PNM.. Jadi sahabat aku ni pun hubungi ar PNM untuk bertanyakan result aku n dia.. Alhamdulillah result yang aku terima tidak mengewakan aku.. Kami sama2 lulus ketiga2 paper tu.. Bersyukur sangat2 kerana usaha yang selama ini membuahkan hasil Walaupun terdapat dugaan pada hari pertama semasa menghadiri exam.. Terima kasih kepada dayah kerana memaklumkan berita ini..


...Semalam aku bercuti kerana menemani DIA temuduga di Risda kat Jalan Ampang.. Seawal jam 6.30 pagi aku kuar umah.. Mujur juga x sesat.. Maklum ar sebelum ni x g survey pun tempat ni.. Mungkin sebab aku sendiri tau ampang tu kat mana ianya x menjadi masalah untuk aku mencari.. Alhamdulillah kami tiba di Risda jam 9 .30 pagi terus naik ke tingkat 1 tempat temuduga.. Tapi malangnya semua yang ada kat situ semua perempuan.. Agak terkejut gak sebab xda seorang pun lelaki.. Pastu aku g tanya staff kat situ katanya pagi temuduga untuk perempuan sahaja.. Lelaki pada sebeah petang jam 2 petang.. Aduhsss... Seawal pagi begini nak kemana plak sementara nak tunggu kul 2... Punya ar lama nak tunggu kul 2.. Sementara menunggu kul 2 tu kami pun jalan2 jela kat area Wangsa Maju.. Mujur gak aku tau area2 sini sebab selalu bawak mak g area2 sini.. Jam 1 aku dh tunggu dah kat Risda balik.. Ramai jugak yang dah menanti di luar pintu Risda.. Punya ar lama temuduganya.. Dari kul 2 sampai kul 5 aku tunggu.. Gler ar.. Berpeluh2 aku tunggu dalam kete malas plak nak naik.. Katanya seramai 25 orang yang hadiri temuduga.. Semuanya pakai 'orang dalam'. Kalau ada rezeki adalah kalau xda redha jela.. Aku pun xda ar berharap sangat.. Mujur ar semalam jalan x jem masa nak balik.. Aku tiba di rumah jam 7 petang.. Nasib baik sempat berbuka kat umah kalau x haru gak nak berbuka dalam kereta walaupun dah siap beli air n roti.. huhuhuhu...

honey:-) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukankebahagiaan.

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster