fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Indahnya Kemaafan  

Tuesday, August 24, 2010

Salam...


Pertama sekali ku panjatkan syukur ke hadrat illahi kerana aku masih berpeluang meneruskan kehidupanku di muka bumi ini. terima kasih Ya Allah kerana aku masih boleh melihat mendengar bersuara berjalan dan sebagainya atas kehendakMu.. Alhamdulillah dan Terima kasih kerana aku masih punyai hati. Hati yang mungkin selama ni beku, keras dan penuh kebencian.. Kini tiada lagi perasaan benci atau apa2 perasaan yang tidak baik dalam hati ini.. Kini terasa bahagia dan berharap akan terus berkekalan hendaknya.. Aku antara insan yang terpilih mengikuti seminar ESQ selama 3 hari..

...Betapa bahagia dan rasa lega setelah memohon maaf dan memaafkan.. Lapang dada ni x dapat aku gambarkan.. Seolah2 ia kembali seperti dulu kala. Saat inilah yang aku rindukan.. Kini aku masih dapat nikmatinya dengan rasa yang cukup indah.. Terima kasih kerana masih sudi memaafkan diri ini setelah terlalu banyak perkara yang berlaku di antara kita.. Aku akui selama ni hati aku beku dan aku x pernah fikirkan perasaan orang lain.. Yang aku tau hanya kepuasan hati aku. Tapi percayalah aku x pernah berniat untuk melakukannya.. Itu hanyalah kerana perasaan amarah yang ada dalam diri ini.. Maafkan aku sekali lagi.. Aku nak kita kembali seperti dulu.. Aku sangat rindukan suasana yang mengembirakan kita 1 masa dahulu..

...Terima kasih pada semua yang selalu mendoakan agar hati aku terbuka dan berlembut hati. Yang selalu cuba menyatukan dan membaikkan hubungan ini.. Kalian semua sudah cuba yang terbaik. Tak sangka ramai yang masih menyayangi diri ini yang hina.. Terima kasih pada kamu, kamu, kamu dan kamu semua.. Tanpa kalian mungkin aku keseorangan..

honey :-) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain"

AddThis Social Bookmark Button


AKTIVITI SEMPENA KEMERDEKAAN  

AKTIVITI PENGGUNA PERPUSTAKAAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
TARIKH : 14 OGOS 2010 (SABTU)
MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : BILIK AKTIVITI KANAK-KANAK
GAMBAR SEKITAR AKTIVITI DIJALANKAN




AKTIVITI BENDERA PLASTESIN
PESERTA 20 ORANG

AKTIVITI POTONG,CANTUM & SUSUN
PESERTA 20 ORANG

AKTIVITI TAYANGAN VIDEO USOP SONTORIAN 'MERDEKA'
PESERTA 20 ORANG


AKTIVITI MENCARI GAMBAR TERSEMBUNYI
PESERTA 20 ORANG

AddThis Social Bookmark Button


Demi Matahari  

Monday, August 23, 2010

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari

Demi bulan apabila ia mengiringi

Demi siang hari bila menampakkan dirinya

Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya

Demi bumi serta yang ada di hamparannya

Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, SubhanallahAllah,

Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan

Beruntung bagi yang mensucikan-Nya

Merugi bagi yang mengotori-Nya … Subhanallah

AddThis Social Bookmark Button


Bengkel Kepimpinan ESQ  

Thursday, August 19, 2010


Bengkel Kepimpinan ESQ


Tarikh : 20 Ogos - 22 Ogos 2010 (Jumaat - Ahad)

Masa : 7.30 Pagi - 6.45 petang

Berbuka Puasa : SACC Convec, Shah Alam

Tempat : Shah Alam Convention Centre (SACC) Convec, Shah Alam

Triner : Encik Aminul Rachman Pulungan


Esok aku dan kakitangan yang lain dari daerah, cawangan dan pekan akan terlibat dengan Bengkel Kepimpinan ESQ ini. Semoga kita semua akan mendapat sesuatu dari bengkel ini.. Selamat berkursus selama 3 hari kepada semua kengkawan yang telah terpilih untuk mengikutinya..


honey:-) Ketika kita tidur malam nanti, belum tentu kita akan bangun esok pagi. Ketika kita baring, belum tentu kita mampu bangkit dan menikmati keindahan sinaran mentari.

AddThis Social Bookmark Button


Salam Ramadhan  

Wednesday, August 11, 2010



ku Mengharapkan Ramadhan

Kali ini Penuh Makna

Agar Dapat Kulalui

Dengan Sempurna



Selangkah Demi Selangkah

Setahun Sudah Pun Berlalu

Masa Yang Pantas Berlalu

Hingga Tak Terasa ku Berada

Di Bulan Ramadhan Semula



Puasa Satu Amalan

Sebagaimana Yang Diperintahnya

Moga Dapat ku Lenturkan

Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri

Tiada Henti-henti



Tak Ingin ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja

Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah

Mengharungi Segalanya Dengan Sabar

Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan

ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan



Selangkah Demi Selangkah

Dengan Rahmatmu Oh Tuhanku

ku Tempuh Jua

honey :-) Bulan Ramadhan telah datang menjelang,
Sebuah kesempatan untuk meraih magfirah-Nya,
Mari bersihkan hati untuk sambut Ramdhan nan suci,
Mohon dimaafkan atas segala salah dan khilaf,
serta janji yang terabaikan...
Selamat Menyambut Bulan Ramdhan!

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster