fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Tidak Mahu Pulang!  

Monday, December 27, 2010

Kini aku berada di KL umah keluargaku.. Begitu berat hati ini untuk pulang. Ketika ini hati n perasaan aku tiada untuk kuala selangor.. Aku menangis semata2 Aku x mahu pulang lagi ke kesana.. Aku xtau kenapa hati aku dh xda utk kuala selangor.. Aku sunyi disana.. Aku tiada sapa2 aku sendiri.. Aku rasa tak mahu pulanggggggggggggg!!! Aku nak dok sini dgn keluarga aku.. Aku nak berada dibawah jagaan keluargaku agar aku x lalai dalam urusan duniawi ini.. Biarlah aku berada di depan mata keluargaku. Sekurang2nya aku idak keseorangan..Aku xnk blk sana lg..Ketika ini aku seolah2 terpaksa je pulang kesana atas dasar kerja.. Airmata ni megalir bila memikirkan untuk pulang kesana. Ntah apa salahnya Kuala Selangor pada aku.. Tapi aku benar2 rasa tidak mahu pulang.. Ya Allah napa aku lemah sangat ketika ini? Napa ada perasaan begini pada aku? Napa aku x kuat seperti selalu..Ya Allah bantulah aku.. Tenangkan semula hatiku ini.. Jangan biarkan perasaan berdebar2 n perasaan yang tidak enak dalam diri ini.. Berikanlah aku kekuatan untuk melawan semua perkara yang berlaku ketika ini.. Sesungguhnya sejak akhir2 ini aku tidak betah lagi untuk berada disini.. Bermacam2 perasaan yang ada ketika ini..

honey:-( Tiada kata yang mampu ku ungkapkan

AddThis Social Bookmark Button


Terus Terang  

Thursday, December 23, 2010

jangan pernah kau katakan
bahwa cintaku terlarang
karna tak ada yang tahu
arti cinta sesungguhnya

cinta datang dari tuhan
yang tak mungkin ku hindarkan
karna aku manusia
yang pastinya butuh cinta

kepadamu aku terus terang
bahwa aku memang masih sayang
demi kamu aku relakan perpisahan

hanya aku yang aku sayang
bersamamu jiwaku melayang
demi kamu aku relakan perpisahan

cinta datang dari tuhan
yang tak mungkin ku hindarkan
karna aku manusia
yang pastinya butuh cinta

AddThis Social Bookmark Button


Pendaftaran e-pjj UITM  

Friday, December 10, 2010

12/12/2010(Ahad) sesi pendaftaran bagi pengajian e-pjj di UITM Shah Alam.. Rasa berdebar pn ada gak sebab memang x buat apa2 persediaan pun untuk memulakan sesi pembelajaran semula di sebuah Universiti.. Xtau ler nk kata apa yg pasti otak aku ni macam dah beku jer nk menerima ilmu terutama sekali kena study semula.. Seingat aku kali terakhir aku study 4 tahun yang lau di sebuah kolej iaitu KPM Beranang. Erm.. pasni semakin busy ar dengan assignment2 yang bakal aku terima.. Masalah utama aku sebenarnya aku takut pada Bahasa Inggeris.. huhuhu.. Aku memang fail kalau bab yg ni.. 4 sure speaking punya dalam class. . adoyai dah ler x pandai.. Harap2 aku mampu lakukannya.. Semuanya untuk masa depan.. Apa2pun kena tunggu taklimat ahad ni..

honey:-) Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

AddThis Social Bookmark Button


Selamat Pengantin Baru  

Thursday, December 9, 2010

Tahniah & Selamat Pengantin Baru buat KakakKu Noor Adilah & Mohd Zulkifly yang telah selamat diijab kabulkan pada 3/12/2010. Semoga berbahgia sehingga akhir hayat kalian.. Majlis kendurinya akan diadakan pada bulan 2 tahun 2011 bersama dengan abangku Mohd Hazwan.

AddThis Social Bookmark Button


HanYut  

Thursday, October 21, 2010

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku
Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua
Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku
Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu
Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka
Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

AddThis Social Bookmark Button


DiSakiti Dan Menyakiti  

Sunday, October 17, 2010

Ya Allah, apalah yang aku buat ni? Asyik menyakiti n disakiti sahaja. Ya Allah, kenapalah hati ini begitu mengikutkan perasaan tanpa berfikir dengan waras? Napa aku x boleh nak kawal perasaan aku? Aku tak buat semua tu. Itu hanyalah rekaan semata2 untuk menyakiti hatinya.. Sungguh aku x lakukannya tapi hanya sekadar untuk rasa puas bila aku pernah disakiti.. Janganlah kau balas perbuatanku ini kerana aku x pernah melakukannya.. Aku hanya katakan sahaja tapi aku x buat semua tu.. Maafkan aku! Aku x mampu nk berterus terang padamu perkara yg sebenar. Aku cuma mahu balas apa yang kamu buat padaku. Terukkah aku??? Janganlah kau katakan yang aku ajar kau buat begini. Janganlah kau terus menyakiti hati ini yang x pernah sekalipun menyakiti hatimu dengan melakukan perkara yang selalu aku katakan.. Aku x buat semua itu. Kalaulah kau tau perkara yang sebenar adakah kau akan menyesal sekiranya kau sakiti hatiku selama ini? Memang banyak bezanya bila aku ingin menyakiti n membalas dendam pada kau. Aku akan gunakan "lelaki" untuk sakitkan hati kau. Tapi mereka2 tu x pernah sekalipun wujud n muncul dalam idupku. Kalau adapun cuma sorang dua jer.. Tapi kau xtau perkara sebenar. Malah aku juga yang akan disakiti semula. Mengapa aku lagi??? Janganlah kau belajar dari aku kerana aku x lakukan semua tu.. Adakah Dendam ini membawa padah kepada diriku sendiri? Ya Allah, bantulah aku untuk perbetulkan niat hatiku ini. Buangkanlah perasaan dendam yang bersarang dlm hatiku ini.. Berikanlah hati yang baru kepadaku sekiranya hatiku kini telah mati n hitam. Bantulah aku Ya Allah. Sesungguhnya aku x mampu nak ada perasaan seperti ini setiap hari. Sesungguhnya aku x mampu nak hadapinya lagi setiap hari.. Sampai bila semua ini iaitu perasaan disakiti n menyakiti akan berakhir? X layak ke aku untuk merasa bahagia walau untuk sementara waktu?


Andai kau tahu perkara sebenarnya...

honey:-( "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan" "Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah."

AddThis Social Bookmark Button


Hospital Selayang  

Thursday, October 14, 2010

10/10/2010 - Abang aku dimasukkan ke Hospital Selayang kerana disyaki Apendiks pada jam 10 malam setelah mendapatkan surat dari Klinik Swasta. Aku, ayah n adik menghantar abang aku ke hospital pada malam tu.. Mak x dapat ikut sebab mak sendiri pun x berapa nak sihat. Agak ramai jugak pesakit yang menunggu giliran untuk pendaftaran n pemeriksaan pada malam tu. Aku bukan ar orang yang kuat apabila melihat orang2 yang sakit terutama apabila keadaan mereka yang penuh darah yang x bermaya untuk bergerak. Bermacam2 perasaan ketika itu apabila melihat mereka semua dalam keadaan x sihat. Dalam hatiku berdoa agar semua mereka yang sakit harini akan kembali sihat seperti sediakala hendaknya walau apapun keadaan mereka. Malam tu jugak badan aku mula rasa tidak sihat. Tak tahu ar kenapa mungkin sebab g hospital.. huhuhu..


...Keesokan harinya abang aku akan menjalani satu pembedahan. Aku, ayah n mak g melawat abang pada jam 12.30 hari. Abang kata dia kena bedah pada waktu malam. Setibanya kami di hospital abang dh bersiap sedia untuk dibedah pada jam 1 tengahari plak. Melangkah je kakiku ke wad 4B badan aku mula lemah. Rasa nk muntah je dgn bau2 ubat kat dalam wad tu. Tambah2 lagi bila melihat semua pesakit yang terlantar di katil mereka.. Kesiannya mereka x sanggup nak tengok keadaan mereka yang berselirat dengan wayar2. Masa aku sampai tu ramai kawan2 abang yang datang melawat. Kalau aku yang terlantar kat katil ni, adakah orang yang akan datang melawat aku? Berdepan dengan katil abang tu plak ada ar pesakit yang meraung2 kesakitan.. X sanggup telinga ni nak dengar jeritan dia.. Rasa macam sedihnya keadaan dia masa tu.. Isteri dia kata dia accident otaknya x dapat berfungsi dengan baik. Patut ar dia meraung kesakitan yang teramat sangat. Aku yang dengar rengekannya pun ngeri sangat rasanya. Abang dimasukkan ke bilik pembedahan jam 1 tengahari dan keluar jam 5.30 petang. Masa abang kuar tu seksa sangat tengok keadaan dia. Dia kena bergerak sendiri alih ke katil dia di wad tanpa dibantu oleh sesiapa pun.. Doc kata dorang xleh tolong angkat sebab nanti lagi sakit tempat yang dibedah tu. Abang kena bergerak perlahan2 alihkan badan ke katil dia. Masa tu tuhan je tahu betapa sakitnya ketika itu. Apatah lagi aku yang tengok ni memang x sangup nk tengok. Smpai pening kepala aku nk termuntah tengok keadaan itu. jadi bermulalah aku tidak sihat sehingga mendapat MC 2 hari akibat demam n perut yang meragam masuk angin. Kalau ikutkan aku, aku malas nk g klinik tapi mak beriya2 nak aku g check takut aku jugak apendiks sbb selalu sangat mengalami sakit perut seperti abang. Tapi alhamdulillah mujur aku x mengalami sakit apa2 cuma gastrik perut masuk angin jer sebab makan yang x menentu. Doc kata buat masa ni aku xleh nk makan pedas2 makan makanan yang berangin. Cuma makan sup2 je n bubur. Jadi balik je umah mak buatkan bubur nasi n sup ayam untuk aku. Esoknya plak sup telur lak.. huhuhu.. Aku rasa macam sakit yang megalahkan abang aku yang kat hospital lak. Tapi itulah mak aku.. Baik sangat! Jadi makan minum sepanjang aku sakit ni semua dijaga oleh mak.. Seronok rasanya hati ini cuma xleh nk mengelak untuk makan ubat jer.. huhuhu.. Erm... nanti dah balik kuala xda sapa nak jaga aku lg :-(

...Semalam masa aku nk balik kuala setelah 5 hari berada bersama keluarga, mak ada belikan milo 3 in 1 n 2 jenis biskut untuk aku bawa pulang terutama ke pejabat. Mak risau aku x makan kat pejabat. Sebab tu mak belikan. Mak tau aku xkan beli sendiri.. Terharunya dalam keadaan aku x sihat ni hati aku mudah sangat tersentuh. Dalam keadaan emosi yang terganggu memang kerap sangat aku menitiskan airmata. Mak, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih yang x dapat aku ungkapkan di hadapan mak.

honey :-) Semoga semua pesakit yang berada di hospital akan segera sembuh n kembali sihat seperti sediakala. Amin

AddThis Social Bookmark Button


Berakhir...  

Wednesday, October 13, 2010

Kini semuanya dah berakhir sepi.. Aku perlu kuat untuk melalui dan menerima smua ujian ini. Mungkin ini adalah jalan yang terbaik buat aku. Walaupun ia perit tapi aku perlu hadapinya juga. Sesungguhnya aku tak ingin DIA pergi..Terlalu banyak perkara yang DIA tak tau dan aku masih rahsiakannya tentang apa yang aku lakukan selama ini.. Biarlah ia terus menjadi rahsia hatiku kerna hanya aku jer yang tahu tujuan aku lakukan begitu hanya kerana DIA.. Andai 1 hari nanti DIA tahu kebenarannya aku pasti DIA akan menyesal dengan apa yang DIA buat.. Kini aku terima semuanya dengan hati yang terbuka. Walapun ia mungkin mengambil masa yang lama tp aku akan cuba. Aku tak nak jadi orang yang lemah kerana DIA. Aku nak jadi diri aku yang dulu yang kuat yang jarang menitiskan airmata yang xda perasaan dan yang x peduli akan perasaan orang lain..

honey:-( "I love you, not for what you are, but for what I am when I am with you"

AddThis Social Bookmark Button


Dosa Mengumpat : Muflis Di Akhirat  

Saturday, October 9, 2010


...Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah saw menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda nya bermaksud : "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (HR Muslim). Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau mendengarnya. memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat. Sabda Rasulullah saw bermaksud : "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa dari zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (HR Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).



...Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah saw : "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud). Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah saw bermaksud : " Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi". Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.



Sumber : Buletin al-barokah ~Okt 2010

AddThis Social Bookmark Button


Dan BiLa EsOk  

Wednesday, September 22, 2010

Di dalam hati selalu tersimpan
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata
Saatku ungkap semua rasa
Di saat ku ingin dekat denganmu
Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata
Saatku ucap semua rasa
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Tuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya
Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah engkau miliki
Untuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Untuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki ‘tuk selama-lamanya

AddThis Social Bookmark Button


Cintai AKu Sepenuh Hati  

Friday, September 17, 2010


Di dalam hatimu
Telah aku temukan
Arti kebahagian
Bersama dirimu
Aku merasa berarti
Sanggupkah dirimu
Untuk bertahan
Hingga waktu tak berjalan
Mencintaiku
Walau bintangku tak terang
Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Betapa hidupku takkan pernah sama
Bila kau tinggalkan ku
Tetaplah disini saling memiliki
Selama-lamanya
Cintailah aku sepenuh hati
Ooo... tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada arti semua bila kau pergi
Genggamlah tangganku dan peluklah diriku
Saatku jatuh nanti menangis sepi

AddThis Social Bookmark Button


Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin  

Wednesday, September 8, 2010


Terkasar Bahasa Bukan Sengaja
Sekadar Terlajak Nada Bersahaja
Apapun Segala Gurau Dan Senda
Andai Terluka Ampun Dipinta
Sesudah Puasa Raya Menjelma...
Semoga Bermaafan Sesama Kita
Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin Buat Semua
Disini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada kalian semua yang mengenali diri ini sekiranya ada yg terguris hati dengan setiap kata2 dan perbuatanku samada aku sedari ataupun tidak kusedari. Diiringi salam sejahtera semoga hari yang mulia ini mengeratkan silatulrahim antara kita..

AddThis Social Bookmark Button


Indahnya Kemaafan  

Tuesday, August 24, 2010

Salam...


Pertama sekali ku panjatkan syukur ke hadrat illahi kerana aku masih berpeluang meneruskan kehidupanku di muka bumi ini. terima kasih Ya Allah kerana aku masih boleh melihat mendengar bersuara berjalan dan sebagainya atas kehendakMu.. Alhamdulillah dan Terima kasih kerana aku masih punyai hati. Hati yang mungkin selama ni beku, keras dan penuh kebencian.. Kini tiada lagi perasaan benci atau apa2 perasaan yang tidak baik dalam hati ini.. Kini terasa bahagia dan berharap akan terus berkekalan hendaknya.. Aku antara insan yang terpilih mengikuti seminar ESQ selama 3 hari..

...Betapa bahagia dan rasa lega setelah memohon maaf dan memaafkan.. Lapang dada ni x dapat aku gambarkan.. Seolah2 ia kembali seperti dulu kala. Saat inilah yang aku rindukan.. Kini aku masih dapat nikmatinya dengan rasa yang cukup indah.. Terima kasih kerana masih sudi memaafkan diri ini setelah terlalu banyak perkara yang berlaku di antara kita.. Aku akui selama ni hati aku beku dan aku x pernah fikirkan perasaan orang lain.. Yang aku tau hanya kepuasan hati aku. Tapi percayalah aku x pernah berniat untuk melakukannya.. Itu hanyalah kerana perasaan amarah yang ada dalam diri ini.. Maafkan aku sekali lagi.. Aku nak kita kembali seperti dulu.. Aku sangat rindukan suasana yang mengembirakan kita 1 masa dahulu..

...Terima kasih pada semua yang selalu mendoakan agar hati aku terbuka dan berlembut hati. Yang selalu cuba menyatukan dan membaikkan hubungan ini.. Kalian semua sudah cuba yang terbaik. Tak sangka ramai yang masih menyayangi diri ini yang hina.. Terima kasih pada kamu, kamu, kamu dan kamu semua.. Tanpa kalian mungkin aku keseorangan..

honey :-) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain"

AddThis Social Bookmark Button


AKTIVITI SEMPENA KEMERDEKAAN  

AKTIVITI PENGGUNA PERPUSTAKAAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
TARIKH : 14 OGOS 2010 (SABTU)
MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : BILIK AKTIVITI KANAK-KANAK
GAMBAR SEKITAR AKTIVITI DIJALANKAN




AKTIVITI BENDERA PLASTESIN
PESERTA 20 ORANG

AKTIVITI POTONG,CANTUM & SUSUN
PESERTA 20 ORANG

AKTIVITI TAYANGAN VIDEO USOP SONTORIAN 'MERDEKA'
PESERTA 20 ORANG


AKTIVITI MENCARI GAMBAR TERSEMBUNYI
PESERTA 20 ORANG

AddThis Social Bookmark Button


Demi Matahari  

Monday, August 23, 2010

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari

Demi bulan apabila ia mengiringi

Demi siang hari bila menampakkan dirinya

Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya

Demi bumi serta yang ada di hamparannya

Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, SubhanallahAllah,

Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan

Beruntung bagi yang mensucikan-Nya

Merugi bagi yang mengotori-Nya … Subhanallah

AddThis Social Bookmark Button


Bengkel Kepimpinan ESQ  

Thursday, August 19, 2010


Bengkel Kepimpinan ESQ


Tarikh : 20 Ogos - 22 Ogos 2010 (Jumaat - Ahad)

Masa : 7.30 Pagi - 6.45 petang

Berbuka Puasa : SACC Convec, Shah Alam

Tempat : Shah Alam Convention Centre (SACC) Convec, Shah Alam

Triner : Encik Aminul Rachman Pulungan


Esok aku dan kakitangan yang lain dari daerah, cawangan dan pekan akan terlibat dengan Bengkel Kepimpinan ESQ ini. Semoga kita semua akan mendapat sesuatu dari bengkel ini.. Selamat berkursus selama 3 hari kepada semua kengkawan yang telah terpilih untuk mengikutinya..


honey:-) Ketika kita tidur malam nanti, belum tentu kita akan bangun esok pagi. Ketika kita baring, belum tentu kita mampu bangkit dan menikmati keindahan sinaran mentari.

AddThis Social Bookmark Button


Salam Ramadhan  

Wednesday, August 11, 2010



ku Mengharapkan Ramadhan

Kali ini Penuh Makna

Agar Dapat Kulalui

Dengan Sempurna



Selangkah Demi Selangkah

Setahun Sudah Pun Berlalu

Masa Yang Pantas Berlalu

Hingga Tak Terasa ku Berada

Di Bulan Ramadhan Semula



Puasa Satu Amalan

Sebagaimana Yang Diperintahnya

Moga Dapat ku Lenturkan

Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri

Tiada Henti-henti



Tak Ingin ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja

Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah

Mengharungi Segalanya Dengan Sabar

Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan

ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan



Selangkah Demi Selangkah

Dengan Rahmatmu Oh Tuhanku

ku Tempuh Jua

honey :-) Bulan Ramadhan telah datang menjelang,
Sebuah kesempatan untuk meraih magfirah-Nya,
Mari bersihkan hati untuk sambut Ramdhan nan suci,
Mohon dimaafkan atas segala salah dan khilaf,
serta janji yang terabaikan...
Selamat Menyambut Bulan Ramdhan!

AddThis Social Bookmark Button


Fail Meja  

Wednesday, July 28, 2010

Salam..

Aku baru terima fail meja dr bos harini.. Kebetulan bos masuk dan bawa fail meja utk semua staff Daerah Kuala Selangor.. Ada juga penambahan n pengurangan senarai tugas aku yg telah ditugaskan kepada staff lain.. Bila ada fail meja ni barulah nampak banyak tugas2 yang sepatutnya dilakukan.. Dan ada gak borang untuk diisi untuk tugas setiap hari yang kita lakukan.. Aku Begitu teruja dengan fail meja yg baru diterima.. Puas ar seharian mentelaah prosedur kerja2 yang patut aku lakukan mengikut step yang telah diberikan.. Cuma 1 kerja jer yg kurang minat untuk aku lakukan.. huhuhu.. Iaitu keratan akhbar.. Nk mengadap surat khabar adalah perkara yg paling aku x suka dan remeh sebenarnya sbb aku kurang suka membaca.. hehehe.. Ada ke patut dh ar keje library leh pulak x suka membaca.. Jangan salah faham yerk aku cuma x suka nk baca surat khabar jer.. Nak kena pilih tajuk2 tertentu untuk dijadikan koleksi keratan akhbar.. Keje yg selama ni aku memang harap bukan aku yang kena lakukan tapi kini dah tertera pada senarai tugas aku.. Jadi secara langsung aku bertanggungjawab dalam melaksakan tugas tersebut.. Mungkin ada hikmah semuanya untuk aku agar aku lebih peka kepada keadaan di sekeliling aku.. huhuhu.. Aku akan jalankan amanah yg telah diberikan ini.. AKu tidak akan mengabaikannya hanya kerana aku x suka.. Kerja adalah amanah.. Jadi JUST DO IT!

honey :-) Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.

AddThis Social Bookmark Button


Menu Tengahari  

Monday, July 26, 2010


Menu tengahari aku hari ini.. Sambal tempe & ikan bilis, telur dadar n tauhu goreng.. nyummm2x sedapnyer.. Harini cuti ada ar pluang nk masak tp simple2 jer sbb br nk blaja kan.. huhuhu..
honey :-) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair."

AddThis Social Bookmark Button


Kejohanan Petanque Double Piala MDKS 2010  

Sunday, July 11, 2010



Salam 1 Malaysia...

Kejohanan Petanque (Double) Piala MDKS 2010 telah pun berakhir jam 1 petang td.. Perlawanan selama 2 hari iaitu pd 10 & 11 Julai 2010 di Arena Petanque MDKS di Stadium Kuala Selangor yang menyaksikan 23 pasukan wanita & 42 pasukan lelaki dari pelbagai jabatan, taman penduduk, sekolah, agensi swasta dan sebagainya yang menetap di Kuala Selangor.. Kami Perpustakaan hanya menghantar 2 pasukan sahaja yang terdiri dr kategori wanita iaitu aku (k.sel), kak sal(k.sel), Kak Suhaila (tg karang) & Salizah (sekinchan). Pada mulanya ini adalah permainan yang hanya suka2 je pd kami yang sememangnya x pernah mengenali permainan ini.. Jadi setiap petang seminggu yang lalu kami akan turun ke Stadium bagi membuat latihan dan belajar selok belok permainan ini dari Pakar2 Petanque MDKS.. Aku tak pernah membayangkan untuk bermain sehingga ke peringkat akhir.. Rasa mcm bermimpi pun ada.. Kami hanya 4 orang sahaja.. Jadi kamilah yang myokong ant. 1 sama lain.. Bila group A(aku & k.sal) main, Group B(k.su & salizah) akan menjadi pyokong kami. Begiu jugak sebaliknya.. Sekiranya kami sama2 tengah main tiada sapalah yang myokong kami. Tapi mujur ada team lain yg sudi memberi sokongan yang x thingga pada kami.. Terima kasih pd semua yang support team kami.. huhuhu..

...Alhamdulillah team A(aku & k.sal) berjaya sehingga ke peringkat akhir dan akhirnya kami dapat naib johan dalam kejohanan ini.. Kami kalah dengan SMK Seri Tanjung.. Perkara yang tak pernah kami fikir blh smpai ke peringkat ini.. Ini benar2 mgejutkan aku.. Sebab kami main bila disuruh main x pernah bertanya ini dh peringkat mana.. Jadi kami main dengan hati yang gembira walaupun kdg2 stress dengan pihak lwn.. Tapi kami maintain xda prasaan nk mrh dengan team kami sdiri walau ada yg slh.. Kami tetap sepakat n happy selalu.. Alih2 pagi td bila kami lawan dengan team dr MDKS A, kami menang tiba2 mereka kata pasni nak menentukan untuk johan & naib johan.. Apalagi terkejut ar.. Xtau plak kami blh smpai ke peringkat terakhir ni.. Igtkan banyak lg kami kena lwn.. Memang benar2 mengemparkan.. Ada gak dengar suara dr Cikgu(pgasas yg mpekenalkan Petanque di Kuala Selangor) yg x sangka Kami(Perpustakaan) blh smpai ke peringkat ini.. Apa2pun team Cikgu(SMK Seri Tanjung) menang sebagai JUARA..

...Aku ingin ucapkan terima kasih pada Salizah yang terus memberi sokongan tanpa henti dengan kehadirannya pagi tadi walaupun team B telah terkeluar pada malam semalam.. Walaupun hanya 1 org pyokong kami tetap terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan kami.. Tidak lupa juga ribuan terima kasih khasnya smua krew2 MDKS yang banyak memberi tunjuk ajar & membimbing kami dalam permainan ini (Abg Rosmadi, Bob, Pakcik abah kpd bob, Syam, Cikgu Sri Tanjung dan semua bhgn teknikal yang terlibat semasa kejohanan berlangsung) dan yang paling penting adalah kepada group aku sendiri iaitu KAK SAL.. Terima kasih sesangat kerana sudi join dan jd partner aku.. Terima Kasih Terima Kasih Terima KAsih kerana kita telah berjaya melakukan yang TERBAIK dan mengharumkan nama PEPUSTAKAAN.. Terima Kasih untuk segalanya.. I love u so much.. muah3x.. huhuhu :-)

honey:-) Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

AddThis Social Bookmark Button


SeLamaT Hari LaHir Buat DIA  

Monday, July 5, 2010

Wishing you your happiest birthday yet
A birthday too special To ever forget.


So many wishes

So many smiles

Too many memories

Too few words


With one big Birthday

Happy Birthday!



It's your birthday and I can't be there

But I'll send you a special birthday wish and a little prayer

Have a happy birthday

I hope that all of your birthday wishes come true

May you have a great time today and find happiness in everything you do.



Happy Birthday form the heart

Cause that's where all great wishes start



Selamat Hari Lahir buat DIA yang ke 26 pada 5/7/2010.. Moga di hari lahir ini memberi sejuta makna dalan hidup DIA. Moga DIA sentiasa dalam keredhaan Allah SWT. Moga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki. Moga DIA berjaya dalam apa jua yang DIA lakukan.. Aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat DIA. Salam sayang dr honey :-)

AddThis Social Bookmark Button


Layan Gambar : Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana  

Tuesday, June 29, 2010

Di Sekitar Tasik Shah Alam.. Jom Layan Gambar jer..









Alhamdulillah Program Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor 2010 di Taman Tasik Shah Alam berjalan dengan lancar dan meriahnyer dengan kehadiran pengunjung seramai 14000 lebih orang yang hadir bagi program membaca beramai2 selama 1 jam..

AddThis Social Bookmark Button


HARI ILMU & GERAKAN MEMBACA PERDANA 2010  

Wednesday, June 23, 2010


HARI ILMU DAN GERAKAN MEMBACA PERDANA
NEGERI SELANGOR 2010

Tempat : Taman Tasik PKNS, Shah Alam

Tarikh : 26 Jun 2010 ( Sabtu )
Jam : 8.00 pagi – 2.00 petang
honey:-) Jom beramai2 memeriahkan lagi Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana. Bawa Baca & Sumbangkan Buku

AddThis Social Bookmark Button


Match Futsal PPAS & UITM  

Wednesday, June 2, 2010


Badan rasa nak demam plak dh ni.. Tinggal 2 hari je lagi nak berangkat ke Johor bagi SPASM Ke 10.. Jangan ar badan ni buat hal plak di saat2 akhir ni.. Semalam ada match futsal dengan UITM Shah Alam jam 9.00 malam.. Semua player kena berkumpul di Library Shah Alam sebelum jam 8 malam.. Seawal jam 7.30 aku tiba di perkarangan.. Tapi xda sapa2 pun yang ada kecuali Siti.. Bgerak dari Library ke UITM jam 8.30 malam.. Hanya 5 orang player jer yang datang.. 2 orang player lagi x sihat ada yang demam n sakit mata.. Mula bermain pun lambat jadi habis main pun lambat ar nampak gayanyer.. Biasa ar janji melayu.. huhuhu.. Mula bermain jam 9.30 malam sampai 10.30 malam.. Permainan malam tadi agak mencabar kerana pihak lawan begitu kuat.. Semalam juga aku dapat improvekan permainan aku dengan agak baik.. terima kasih pada semua permain import yang banyak beri tunjuk ajar.. Pastu ada taklimat sikit dari coach.. Sebelum balik kami singgah makan.. Lagi ar lambat aku balik kalau dah singgah makan ni.. Maklum ar aku ni drive malam2 ni bahaya sikit dah ar berkaca mata 4.. So agak takut sikit ar bila balik malam.. Bukan takut apa cuma xleh nk drive laju2 jer.. hehehe.. Maklum ar dah biasa drive laju kan bila kena slow ni lemah ar sikit.. Mereka larang gak aku balik malam ni ada gak yang offer tumpang umah dorang tapi disebabkan aku sendiri xda bawak baju jadi aku terpaksalah menolak pelawaan mereka tu.. Apa2pun terima kasih atas keprihatinan kalian.. Aku amat menghargainyer.. Aku mula bergerak pulang dari library jam 11.15 malam.. Alhamdulillah perjalanan pada malam tadi lancar dan aku mampu bawak kete selaju yang mungkin.. hehehe.. Ada plak lampu2 dibuka semalam kalau x sepanjang perjalanan tu harapkan lampu dari kenderaan bertentangan jela.. Tiba di rumah seawal jam 12.45 malam.. Akhirnya sampai dalam keadaan yang sangat letih..

honey:-) Untuk mencapai kesuksesan, kita jangan hanya bertindak, tapi juga perlu bermimpi, jangan hanya berencana, tapi juga perlu untuk percaya.
To accomplish great things, we must not only act, but also dream; not only plan, but also believe.

AddThis Social Bookmark Button


Pekerjaan Baru  

Tuesday, June 1, 2010

Hari ini 01/06/2010 DIA memulakan pekerjaan baru iaitu di PROTON. Syukur alhamdulillah akhirnya dapat juga kerja lain setelah 3 bulan gaji x dibayar oleh company yang lama.. Sekurang2nya DIA dapat juga kerja daripada jadi pekerja setia di company yang lama hampir 1 tahun 5 bulan.. Bukan DIA yang bermasalah dalam kerja tapi company yang mula bermasalah sejak akhir2 ini.. Bulan lepas dah banyak tempat n kilang yang DIA g untuk mencari kerja. Semalam DIA menerima panggilan telefon dari PROTON untuk memulakan kerja pada 01/06/2010.. Terima kasih PROTON kerana memberi peluang pada DIA untuk bekerja di bawah company anda..
Aku akan sentiasa memberi sokongan agar DIA terus berusaha mencari yang terbaik untuk dirinya..
honey :-) Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

AddThis Social Bookmark Button


SPASM Ke 19 - Johor  

Thursday, May 27, 2010

Salam...

Malam semalam aku menerima surat dari Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan (KESUKA) yang dikirimkan oleh staff dari RATU semasa perlawanan persahabatan dengan pasukan MAS.. Aku terpilih sebagai Atlet PPAS ke Pesta Sukan Perpustakaan Awam SeMalaysia (SPASM) ke-19 di Johor Bahru pada 4 jun hingga 7 Jun 2010 bagi kategori Futsal.

...Tak tau ar apa perasaan aku sekarang ni? Rasa macam xda mood je nk g.. Tak seronoknya!!!! Mana perginya org2 dari daerah2 lain? Mana kwn2 aku yg dulu join futsal? Napa aku sendirian meneruskannya.. 2 hari setiap minggu iaitu hari selasa n jumaat aku akan turun Shah Alam untuk mengikuti training fitness dari kul 5.30 ptg hingga 7.00 petang. Hari rabu n ahad lak ada perlawanan persahabatan pada sebelah malam di Shah Alam gak.. Ntah apa yg aku buat aku sendiri pun xtau ler..

arrrggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh rasa macam nak tarik diri jer..

honey:-) Alpha Waive yang x pernah menjadi2..

AddThis Social Bookmark Button


Happy Birthday Tasha!  

Wednesday, May 19, 2010

19/05/2010 - Happy Birthday to My Lovely Friend Natasha Salmi Bt Jamaluddin yg ke 25.. Moga tarikh ini akan memberi sejuta makna dalam hidupmu.. Moga akan sentiasa diberkati dengan kebahgiaan bersama suami tercinta & sentiasa dimurahkan rezeki.. Dah 25 tahun rupanyer awk yerk.. Rasa sekejap je masa berlalu.. Rindunya zaman2 kat kolej dulu.. Banyak kenangan suka & duka kita lalui bersama.. I really miss u.. Sy Saja jer wish lambat2 nak bg peluang pada yang lain2 wish dulu.. hehehe..(jangan marah yerk)..


...Saya x pandai bermadah jd saya tujukan lirik lagu jer yerk.. hehehe..


SELAMAT HARI LAHIR - Saujana




Awan Berarak Ceria


Tiada Titisan Hujan


Pohon Melambai


Tanda Sokongan




Kususuri Perjalanan


Bertemankan Senyuman


Di Hari Lahirmu


Sahabatku




Dedaun Berguguran


Membuktikan Kedewasaan


Walau Tanpa Madah Dan Hadiah


Namun Cukup Bagiku


Sekadar Ucapan




Selamat Hari Lahir


Iringi Doa Kuhulur


Bersyukur KepadaNya


Atas Nikmat Usia




Sahabatku


Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini


Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni


Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti


Selamat Hari Lahir




Usiamu Ibarat Mutiara


Tiada Berganti Lagi


Hiaskan Iman Bersulam Taqwa


Agar Sempat Mengucup


Haruman Syurgawi
honey :-) Congratulations! bakal ada orang baru dalam hidup kamu.. I will love n miss u my lovely friend..

AddThis Social Bookmark Button


Bulan Mei  

Monday, May 17, 2010

Salam...

Bulan 5 adalah bulan yang penuh dengan kesibukan aktiviti n program2 sehinggakan bulan ni aku langsung xda masa nak masuk keje sebagai sukarelawan polis.. Bulan ni juga dah mula training futsal kat shah alam setiap hari selasa n jumaat jam 5.30 ptg untuk mewakili games futsal sempena Pesta Sukan Perpustakaan Awam Semalaysia di Johor tahun ni. Johor merupakan tuan rumah bagi Pesta Sukan ini mulai 4 Jun - 8 Jun 2010.. So tinggal lebih kurang 2 minggu lagi untuk training abis2san.. Bulan ni juga memang xda masa nak buat apa2 aktiviti untuk pengguna Perpustakaan.. Dah 2 bulan xda sebarang aktiviti yang dijalankan.. Setiap kali rancang aktiviti pasti ada je yg myebabkan aktiviti tu ditangguhkan sehingga ar harini masih x dapat dijalankan.. Bulan 6 cuti sekolah nanti kena ar cover 2 bulan yang lepas.. Banyak kena fikir untuk cuti sekolah ni.. huhuhu..

honey:-) Kejayaan hanya dapat dicapai apabila ada rintangan, kegagalan hanya dapat terjadi jika kita berhenti berusaha dan berputus asa. Tidak ada putus asa dalam Islam.

AddThis Social Bookmark Button


Mata yang Berkedip Tanpa henti  

Thursday, May 13, 2010


Apasal mata aku ni dh 2 hari berkedip2 tanpa henti? X pernah2 pun aku rasa mata berkedip punya lama mcm ni.. Mcm2 jawapan aku dapat dr kawan2 aku ni.. Ada yg kata tanda2 nak menangis, ada berita baik ar macam2 lg ler.. Jangan ar ada apa2 yg berlaku.. Rimas betul ar dgn mata yg mcm ni.. Cepat2 ar berakhir semuanya..

AddThis Social Bookmark Button


Kes Penipuan Melaui Email  

Monday, May 3, 2010

Duit aku dalam akaun Maybank telah dicuri oleh orang yang x bertanggungjawab pagi tadi hanya dengan sekali klik melalui email.. Geram betul rasa hati ini.. Nasib baik duit dalam akaun tu x banyak hanya RM23.95 jer.. Dapat ar dia kebas RM20.. Kalau x naya jer aku punya duit kena kebas begitu saja.. Walaupun hanya RM20 ianya tetap duit disaat2 aku ngah kering ni.. Semuanya bermula apabila aku menerima email kononnya dari Maybank2u untuk update profile.. Sekali aku klik jer kat link yang dia bagi tu terus masuk pada web yang benar2 serupa dengan Maybank2u.com.my.. So aku masukkan ar username n password update ar data seperti email n no tel.. Siap je semua tu aku check statement akaun aku tinggal RM3.95 jer.. Pelik bin ajaib sebab aku memang xda kuarkan duit langsung sepanjang minggu ni.. Pastu apa lagi aku punya korek punya korek ar laman Maybank2u tu nk tengok statement aku apa yang menyebabkan RM20 aku tu hilang rupanya telah ditransfer kepada orang lain.. Disebabkan aku tidak berpuashati, aku mengambil keputusan untuk menghubungi sendiri hotline Maybank dan bertanyakan hal yang sebenar.. Jadi disitulah aku tau yang Maybank tidak pernah menghantar apa2 melalui email kerana Maybank hanya berurusan melalui surat sahaja.. Itu semua adalah kes penipuan.. X selamat ar orang2 yang buat kerja2 sebegini.. Jadi terpaksa ar aku tukar kad bank aku.. Dah bertambah 1 kerja untuk aku.. Geram betul pada manusia2 yang x bertanggungjawab seperti ini..

honey:-) Kes penipuan yang semakin menjadi2 melalui internet.. Jadi Berhati2lah wahai semua..

AddThis Social Bookmark Button


Training Kat Centre  

Thursday, April 22, 2010

Malam ni ada training kat Centre Office KL jam 8.30 malam disampaikan oleh CM yang hebat iaitu CM Shidi..Petang ni aku mintak excuse balik awl sikit takut jem plak petang2 ni orang balik keje.. Nasib baik ada driver yang nk teman aku.. So xda ar aku risau sangat nak memandu malam2 ni nk pulang ke Kuala Selangor balik.. Esok keje lak tu.. huhuhu... Walau apapun untuk berjaya kita xleh berkira.. So doakan perjalanan pergi + pulangku tengah2 malam nnt selamat.. Maklum ar perjalanan agak jauh,malam pulak tu mata x brapa nak nmpak ar katakan.. hehehe..

honey:-) Kejayaan ada di hujung jari anda. Anda yang menentukan segalanya..

AddThis Social Bookmark Button


Permulaan Yang Baru...  

Wednesday, April 21, 2010

20/4/2010 merupakan hari keramat dan yang paling penting dalam hidupku.. Ini bukan hari yg seperti orang2 lain buat yerk.. Inilah hari permulaan untuk kehidupan , matlamat n halatuju yang baru.. Inilah tarikh aku memulakan bisnes yang julung kali dan ianya x pernah terfikir dek akalku ini.. Terima kasih pada semua yang wish n sentiasa memberi sokongan, dorongan n semangat yang x putus2 untuk aku dalam menjalankan bisnes yang sungguh hebat ini.. Terima Kasih Kepada along (sepupu) aku yang selalu mengajak n membawa aku n memperkenalkan bisnes yang sungguh hebat dan lain drp yang lain.. Aku akan jadikan bisnes ini 1 flatform untuk aku terus berjaya dalam mencapai semua impian n cita-citaku.. Kepada semua adik beradikku di ............(nama company) terima kasih atas kiriman SMS semalam. Banyak kata2 semangat yang kamu semua berikan sehingga aku merasakan 1 perasaan yang tidak dapat aku gambarkan.. Kini aku sebahagian dari kalian semua.. Kita 1 keluarga.. AKu punya ramai adik beradik yang akan sentiasa menyokong, membantu n mendoakan yang terbaik buat aku..


...Dan hari ini khabarnyer kawan 1 kolej aku yang sama2 1 kelas rupanya dh 2 tahun join bisnes ni.. Beberapa bulan yang lalu dia juga ada mempelawa aku untuk berjumpa dan masa tu terlalu banyak alasan yang aku berikan kepadanya.. X sangka plak rupa2nya ianya adalah bisnes yang sama yang aku join sekarang ni.. Dunia ni memang kecil sangat.. Akhirnya kami di bawah 1 bumbung. yang sama.. Cuma bezanya dia telah pun berjaya tapi aku masih baru bermula.. Aku tetap aku berusaha untuk berjaya sepertinya.. Aku PASTI BERJAYA!


SAYA SEORANG YANG HEBAT!

IBUBAPA SAYA PASTI BANGGA DENGAN SAYA!

SAYA SEORANG ANAK YANG SANGAT HEBAT!

TIADA SIAPA BOLEH MUSNAHKAN / HANCURKAN IMPIAN KELUARGA SAYA!

SAYA TAKKAN BERUNDUR / BERPUTUS ASA!

SAYA PASTI BERJAYA!

SEBAB

SAYA SAYANG IBUBAPA SAYA

SAYA SAYANG ADIK BERADIK SAYA

SAYA SAYANG KELUARGA SAYA!
honey:-) Success is a journey.. not to a destination!

AddThis Social Bookmark Button


Hari Pertama - Meronda  

Tuesday, April 13, 2010

Bermulanya kisah ku sebagai Sukarelawan Polis pada 12/4/2010 (ahad) di IPD kuala Selangor. Ini merupakan hari pertama aku menjalankan tugas aku sebagai Sukarelawan dari jam 9 pagi hingga 3 petang. Pada hari ahad begini x ramai yang bekerja.. Jadi aku adalah orang yang terawal sampai ketika itu.. Seawal jam 8.45 pagi.. (atas nasihat en.idris kena berada di balai 15 min awal). Aku masuk jer pintu bahagian pertanyaan terdapat 2 orang anggota polis regular yang memang seawal pagi telah ada untuk menjalankan tugas2 mereka.. Aku masih x nmpk lg kelibat sekarelawan yang lain.. Adakah aku yg terlalu awal atau mereka yang terbiasa datang lewat begitu? Mungkin sebab mereka dah biasa sebab mereka full time sukarelawan jadi mereka tau selok belok di balai ni.. Aku pula baru hari pertama jadi banyak perkara aku tidak tahu..

...Pada hari ahad begini kerja aku hanya meronda bersama anggota polis regular.. Terdapat 3 orang sukarelawan yang bekerja pada pagi ni iaitu Nurul Ain n Kua (cina) termasuk ar aku.. Jadi kami g meronda menaiki kereta kancil. Salah seorang dari batch aku yang lama iaitu Nurul Ain.. Nurul Ain yang dh banyak berubah setelah menjadi full time sukarelawan polis.. huhuhu.. Dan yang paling malangnya Polis regular tu adalah pakwe dia... Mungkin sebab tu dia berlagak sikit dengan aku.. Nak jawab soalan aku pun susah.. Xpa aku x heran pun.. Macam2 hal bila dh couple ni bekerja bersama.. Memang x profesional langsung! Tapi aku buat bodoh jela.. Malas aku nak layan mereka ni.. Kalau boleh aku nak elakkan meronda bersama mereka pasni.. Hari pertama lagi aku dah rasa x seronok nk bekerja.. Banyak perkara yang aku xtau jika nak dibandingkan dengan mereka yang lain.. Jadi aku amik sikap ingin tahu sesuatu perkara yang mereka buat.. Aku rasa nk tggu hingga jam 3 petang cukup lama..

...Kemudian Snap check dilakukan di jalan berhadapan dengan Tunas Harapan Kuala Selangor.. Tugasnya untuk mendapatkan sekurang2nya 1 saman. Jadi kenalah tahan orang yang menaiki motor untuk melihat ic, lesen n road tax mereka.. Pastu ada gak yang menahan perjalan kaki. Pada mulanya aku pun hairan apa motif n tujuan untuk menahan mereka yang berjalan kaki.. Kena check ic dia pastu rekodkan dalam 1 borang.. Itulah bukti kita buat keje pada hari ini.. Banyak perkara aku kena pelajari lagi..

...Kalau nk cter memang banyak yang aku nak tulis tapi aku rasa cukup ar setakat ini je.. Nanti aku sambung untuk cter jaga bit plak yerk.. huhuhuhu..

honey:-) Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

AddThis Social Bookmark Button


Akan Bermula...  

Saturday, April 10, 2010

Esok bermulalah kerja buat kali pertama sebagai sukarelawan polis.. Dah terlalu lama aku tangguhkan untuk memulakan perkhidmatan sebagai sukarelawan disebabkan perkara2 yang x dapat dielakkan.. Aku kena utamakan kerja hakiki aku dahulu sebelum melakukan kerja sukarelawan ini.. Akhirnya aku dapat juga cari masa n peluang untuk mempelajari selok belok tugas sebagai seorang anggota polis.. Walau banyak perkara terpaksa aku tangguhkan termasuklah masa untuk bersama keluarga.. Dah hampir 3 minggu aku x pulang ke rumah mak dan dah 2 minggu berturut2 mak call bertanyakan samada aku balik ke rumah atau x minggu ni.. Aku terlalu terikat dengan masa sampai masa untuk bersama keluarga pun aku tidak ada apatah lagi masa untuk memulakan langkah ke arah bisnes yang baru nk bertapak.. Aku hanya harapkan adik aku jer untuk memulakan bisnes tu buat sementara aku menyelesaikan masalah masa ini.. Aku harap aku akan ketemu juga jalan penyelesaian bagi masalah aku yg 1 ini agar aku dapat buat semua perkara dalam 1 masa.. Insyaallah

honey:-) Regrets over yesterday and the fear of tomorrow are twin thieves that rob us of the moment.

AddThis Social Bookmark Button


Sekali Lagi Gigi!  

Friday, April 9, 2010

Gigi oh Gigi... Sekali lagi gigi aku kena cabut semalam petang.. Disebabkan kesakitan yang teramat sangat yang x mampu aku tahan lagi dengan langkah yang lemah aku g jugak ke klinik gigi walaupun semalam bukan ar hari untuk rawatan pesakit luar. Rawatan untuk pesakit luar pada hari rabu sahaja.. Semalam adalah untuk temujanji sahaja tapi disebabkan kesakitan yang x dapat ditahan aku g jugak.. Ni dah masuk 4 batang gigi kena cabut.. Setiap 6 bulan ke atas mula ar gigi2 aku ni buat hal.. Agaknyer x sempat nk tua semua gigi dah abis agaknyer.. ishk3x...

honey:-) Gigi sihat senyuman menawan

AddThis Social Bookmark Button


Tips Doa Untuk Kekasih  

Tuesday, March 23, 2010

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkanDia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkanAdalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin

AddThis Social Bookmark Button


Workshop Anjakan Minda Jutawan (WAMJ)  

Monday, March 22, 2010

Pada 20/03/2010 (sabtu), aku mengikuti satu kursus iaitu Workshop Anjakan Minda Jutawan di Hotel Plaza Kl jam 9 pagi.. Pendaftaran seawal jam 8.30 pagi.. Aku n adik aku join kursus ni bersama dengan sepupu aku along n maktam..

...Workshop yang dibentangkan oleh CM Noor Azahar Bin Mokhtar begitu berkesan n merupakan 1 motivasi yang begitu menusuk dalam hati.. 1 hari yang penuh dengan air mata.. Pelbagai yang aku pelajari dalam workshop ni.. Bermula dengan Muzik Alpha Wave. Teknik pernafasan 2 4 8 yang betul akan memberi impak yang berkesan sekiranya kita buat dengan betul.. Dengan Alpha Wave ni juga kita boleh memohon or meminta apa yg kita hajati.. Insyaallah ianya akan berkesan sekiranya kita buat dgn teknik yang betul.. Kemudian perbezaan MINDA dan AKAL..

Apa yang menguasai anda hari ini?

MINDA ATAU AKAL????

Jangan biarkan AKAL menguasai MINDA kita.. MINDA adalah elemen ptg untuk bantu kita berjaya! MINDA adalah sesuatu yg positif.. Sekiranya kita fikirkan yang positif maka positif ar yang akan berlaku. Tapi sekiranya kita fikirkan negatif, negatif ar yang akan berlaku.. Itu adalah AKAL.. Sebab tu jangan biarkan AKAL mengusai MINDA.. Bila AKAL masih menguasai MINDA "anda masih tidak pasti matlamat anda". Kemudian bermulanya AKUJANJI pada diri sendiri..

AKUJANJI

Saya sangan HEBAT!
Ibubapa saya pasti BANGGA dengan saya!
Saya adalah anak yang SANGAT HEBAT!
Tiada sesiapa berhak GAGALKAN IMPIAN KELUARGA saya!
Saya tidak akan BERUNDUR @ PUTUS ASA!
Saya MESTI BERJAYA!
Saya sayang ibubapa saya...
Saya sayang adik beradik saya...
Saya sayang KELUARGA saya!
(Tatap gambar orang tersayang dan luahkan janji anda)
..Disinilah bermulanya tangisan dari semua peserta.. CM kata kalau kita main2 ianya akan jd main2 jugak.. Jadi kita perlu serius untuk dapatkan impak yang berkesan.. Memang sesuatu yang lain dari yang lain.. Ia memberi impak yang luar biasa sekiranya kita FOKUS!
...Pada sebelah petang pulak mulalah aktiviti ke 2 iaitu PENGHARGAAN "APPRECIATION". Ianya merupakan sesi kita menulis sesuatu / luahkan perasaan yang terpendam selama ini yang kita x pernah luahkan / ucapkan kepada ibubapa dan adik beradik kita.. Sesi belah petang ni lagi teruk.. Kami semua kena amik ruang atau sudut masing2 utk menulis sesuatu kepada ibubapa kita.. Anggap harini merupakan hari terakhir n kata2 terakhir buat mereka.. Lagi menyedihkan bila lagu Ku Pohon Restu Ayahbonada n lagu menyedihkan yg lain2.. Aku x ingat sebenarnya lagu apa.. Tapi lagu tu memang menyentapkan jiwa semua orang.. Apa2pun workshop ini banyak memberi ilmu n sangat berkesan pada minda aku.. Sekarang aku dah bersedia untuk berMINDAKAN JUTAWAN..
..Terima kasih CM Azahar yang banyak berkongsi ilmu dengan kami semua.. AKu xkan lupa apa yang aku pelajari dalam workshop ni.. SAYA PASTI BERJAYA, KAMU ADALAH ADIK BERADIK SAYA!
honey:-) "Jangan fokus pada kelemahan orang sekeliling kita..hingga kita lupa pada kehebatan yang ada pada kita"

AddThis Social Bookmark Button


Futsal  

Tuesday, March 2, 2010

Salam..

Pada 28/2/2010 (ahad), aku mengikuti pemilihan futsal di seksyen 15 shah alam untuk Penyertaan Pesta Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia Kali Ke-19 Di Johor pada bulan Jun 2010..X ramai staff perempuan yang join pada haritu mungkin masing2 ada hal yang x dapat dielakkan maklumlah cuti panjang masa tu.. Jadi yang datang hanya 6 orang staff je dan 2 orang dari daerah Kuala Selangor iaitu aku n suriya..So kami semua secara automatik terpilih untuk ke Johor tanpa perlu pemilihan.. huhuhu.. Bagi staff lelaki ramai yang turun.. Semangat macam tu yang kita semua mahu.. Ada komitmen dalam melakukan sesuatu perkara..
... Latihan dimulakan jam 10 pagi yang diketuai oleh En. Rahim untuk meranggangkan otot2.. Seterusnya kami di bagi kepada 2 group untuk melihat skill n keserasian antara 1 sama lain sebagai 1 team.. Memang penat giler berlari mengejar bola.. Stamina aku memang x kuat sebab dah lama aku x bermain futsal.. Last main masa kat terengganu tu jer.. Pastu langsung xda sentuh bola.. Sekali dah main balik semput gak rasanya macam x cukup nafas.. Giler punya penat.. Tapi alhamdulillah semuanya masih leh diatasi dengan adanya latihan yang akan diadakan setiap hari sabtu n ahad..
...Semalam paling teruk aku rasa sakitnya 1 badan.. Terutama sekali bahagian dari pinggang hingga hujung kaki.. Nak jalan pun susah giler.. Dah ar semalam gi kuar jalan2 tengok wayang. Dah aku jalan pun macam robot.. Memang sakit giler sampai kuar air mata gak ar menahan sakitnya.. Tahap kronik ar sakitnya.. Nak angkat kaki pun perlukan sokongan mengalahkan orang yang patah kaki jer.. Mujur harini sakitnya dah kurang.. Kalau x xtau ar macam mana nk g keje nanti.. huhuhu.. Lemah sungguh honey ni!! hehehe.. Manja bila sakit jer.. huhuhu..
...Apa2pun ianya amat menyeronokkan kerna ia adalah minat aku.. Walau macam mana sakit sekalipun kalau dah minat x kira ar apapun yang berlaku.. Aku akan tetap terus bertahan..

honey:-) Komitmen amat penting dalam melakukan sesuatu perkara tanpa ada alasan.

AddThis Social Bookmark Button


Sukarelawan Simpanan Polis  

Monday, February 8, 2010


Pada 5hb Februari 2010 (jumaat), aku telah menghadiri 1 sesi temuduga untuk Sukarelawan Simpanan Polis under RELA di Bangi.. Dalam kekeliruan samada ingin menghadiri ataupun tidak temuduga ini aku beranikan diri juga untuk mengikutinya kerana atas dasar minat yang terlalu mendalam dalam bidang kepolisan ini. Aku memang orang yang susah nk buat keputusan bila aku diberi peluang untuk memilih.. Atas sokongan kawan2ku aku g juga walaupun aku dikira lewat membuat keputusan.. Kul 3 petang dikehendaki berkumpul di Kompleks PKNS tapi pada masa tu aku masih lagi berada di library.. Memang masa tu aku dh buat keputusan untuk tidak menghadirinya.. Walaupun aku rasa terkilan juga bila tengok ramai orang2 lain yang dh berkumpul di bawah.. Rasa rugi sangat klu x join. Dan akhirnya sokongan yang diberikan oleh Kak Sal, aku balik juga masa tu untuk tukar baju n bawak beg pakaian untuk 2 hari sekiranya terpilih.. Mujur aku sempat melaporkan kehadiran.. Ramai yang menghadiri temuduga ini semuanya adalah ahli baru dalam RELA. Perempuan seramai 10 orang termasuk aku.. Semuanya muda2 berlaka.. Paling tua pn 26 tahun.. Walaupun perkara utama aku xnk g adalah disebabkan aku xda kawan akhirnya aku g juga tanpa memikirkan aku keseorangan..

...Kami bertolak jam 5 petang dari Kuala Selangor.. 1 bas n 1 van. Kami yg perempuan semuanya naik van Bas memang penuh dengan lelaki.. Lelaki lagi ramai ar.. TIbanya di bangi lebih kurang jam 6.45 ptg..Singgah dulu minum sebab terlalu awal lagi.. Temuduga akan bermula jam 8 malam.. Jam 7.30 kami gerak ke Institut Latihan Pertahanan Awam..Memang ramai yang dah sampai dari daerah yang lain seluruh selangor.. Pemilihan akan bermula jam 8 malam.. Dewan mula penuh jam itu.. Kalini kebanyakan adalah dari golongan india..

...Tengok je polis2 pompuan tu semua gerun maklum ar dorang ni kan garang tegas. Jadi masing2 kecut perut.. Memang dorang straight giler.. Pemilihan ini berdasarkan ketinggian, berat, cara jalan, kawad, tangan bengkok ke idak.. Kira semuanya mereka tengok.. Time aku untuk ukur ketinggian tu memang cuak maklum ar takut x cukup inci dan sememangnya aku memang rasa x cukup inci pn.. Alhamdulillah aku berjaya tapisan pertama dengan ketinggian 152 n berat 59.. Dah semakin gemuk.. huhuhu.. Selamat!!! Ketinggian maksimum ialah 152.. Yang kurang tu memang dah terus fail dh.. Boleh terus balik..hahaha.. Kemudian tggu giliran untuk kawad, luruskan tangan n segalanya yang fizikal.. Alhamdulillah semua tu aku LULUS.. Dah lulus tapisan pertama kena plak Urine test tapisan yang kedua.. Alhamdulillah tapisan yang kedua pn aku LULUS.. Jadi maknanya aku LULUS semua tapisan temuduga ini.. Aku bersyukur sangat n aku betul2 x sangka yang aku berjaya juga untuk menjadi Sukarelawan Simpanan Polis walau hanya sukarelawan je bukanlah polis sebenar... hahaha.. Seramai 4 orang pompuan drp 10 orang yang datang bersama2 aku yang berjaya dalam temuduga ini.. Pemilihan ini tamat jam 1.30 pagi.. Aku tiba di Kompleks PKNS kuala selangor jam 3 pagi.. Memang malam yang meletihkan tapi ia cukup bermakna dalam hidup aku.. Terima kasih buat Idris yang banyak merekomenkan aku pada Jabatan RELA.. hahaha.. Thank u so much sebab kepercayaan idris pd aku.. Huhuhu..
honey:-) RELA berkhidmat untuk Negara

AddThis Social Bookmark Button


Seminar Kenali Potensi Diri - Rahsia Tarikh Lahir  

Monday, February 1, 2010

Salam...

Lama rasanya dah x menulis disini.. Bukanlah kerana aku terlalu sibuk cuma xda idea untuk menulis jer..

...Pada 30 Januari 2010 (sabtu) aku telah mengikuti 1 program Seminar Kenali Potensi Diri (SKPD 2010) Bersama Dr. Azizan Osman di Dewan Raja Musa Kompleks Belia & Sukan Seksyen 7 Shah alam.. Seawal Jam 7.15 pagi aku tiba di perkarangan dewan. Seawal jam 7 pagi kaunter pendaftaran dibuka.. Masa 2 ramai gak yang dah tiba yang dah beratur di pintu utama dewan.. Sedangkan dewan utama akan dibuka jam 8.30 pagi.. Seramai 9 orang sepupu2 termasuk aku n adik aku mengikuti program ini.. Memang berebut2 orang beratur n nak pastikan berada di tempat hadapan sekali termasuk juga aku. Mujur pada sebelah pagi tu sepupu aku dah beratur awal2 n dptlah berbaris dalam kategori depan ar gak.. Pintu utama dibuka jer aku dah berlari nak dapatkan tempat hadapan sekali tapi malangnya aku dapat tempat baris ketiga.. Kira ok ar tu sebab peserta pada haritu pun memang ramai sebanyak 3000 peserta.. Jadi masing2 memang berebut nak masuk. Ada gak aku dengar peserta lain yang cakap macam nak g tengok perlawanan bola sepak plak sebab pintu akan dibuka pada jam yg ditetapkan sahaja.. So memang barisan panjang ar nak menunggu pintu dibuka..

...Seminar ni betul2 best n menyeronokkan.. Bukan sahaja aku belaja nak mengira tarikh lahir malah pelbagai ilmu yang aku dapat dalam seminar ini.. Dari tarikh lahir inilah kita akan kenali potensi diri kita sendiri atau seseorang.. Dan dengan ini kita dapat mengubah apa yang buruk n kita akan tau potensi kita dalam bisnes.. Semuanya begitu berkesan kalau kita terus bertindak serta merta.. Ia juga memberi semangat yang luar biasa yang sukar kita perolehi.. Memang berbaloi g seminar ni dengan bayaran hanya RM5o..



7 prinsip kekayaan & kejayaan yang nak aku kongsikan bersama :-
1) 100% komitmen
T + F + A = R
T= thinking, F = feeling, A = action, R = result
2) Bagaimana anda melakukan sesuati perkara adalah sebagaimana anda melakukan semua perkara
3) Tindakan / Action (the power of action)
FAst Action akan dapat Fast Result
4) It's now or never
5) 3 patah perkataan yang perlu dielakkan iaitu "Aku dah Tau dah"
6) Kalau nak tahap kewangan meningkat anda perlu meningkatkan ilmu dan kuasa bertindak juga perlu ditingkatkan
7) Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan seseorang itu mengubah nasibnya sendiri..
...Banyak lagi ilmu yang aku dapat disini tapi ini je yang dapat aku kongsikan buat masa ni.. Kalau ada peluang lagi aku nak lagi mengikuti program yang dianjurkan oleh Dr. Azizan Osman.. Terima kasih Dr. banyak yang aku dapat dalam seminar Dr.
honey:-) "Orang yang gagal adalah orang yang gagal bertindak"

AddThis Social Bookmark Button


Suara Rindu (OST Cinta Balqis)  

Tuesday, January 19, 2010

Suatu yang indah
Ceritanya bermula semalam
Andainya dapat ku rasa selamanya
Tetapi ku takut tidak mungkin dapat kumiliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi
Ku teruskan hidup
Hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri
Apa yang tinggal hanyalah
doaku padamu Tuhan
Pasrahku hanya kamu yang menentukan
Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri
Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah aku
Semoga suatu hari nanti
Dapat ku temuiPenawar dukaku yang berdarah duka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya

AddThis Social Bookmark Button


Minggu Yang Menyakitkan!!!  

Tuesday, January 12, 2010

Awal tahun yang penuh dengan ujian n cabaran.. Minggu lepas merupakan minggu yang penuh dengan kesakitan (lebih kepada hati n jiwa). Minggu pergaduhan dari hari isnin hingga ahad.. hahahaha.. Sangat penat n lelah sebenarnya bila asyik bergaduh jer.. Bergaduh yg ada depan mata xpa lagi ni gaduh tp orgnya xda depan mata memang xda kepuasan langsung..


...Ya Allah, Berikanlah aku kekuatan untuk melalui saat2 begini agar aku akan jadi orang yang lebih kuat, tabah n cekal hatinya.. Moga aku boleh lawan segala perasaan yang bersawang dalam hati ini.. Jangan biarkan hati aku ini mati n hitam.. Bersihkan kembali hati hambaMu ini Ya Allah.

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster