fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Keputusan Muktamad  

Friday, May 17, 2013



Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Aku dah buat keputusan muktamad.. Aku akan menghadiri temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 pada 2 Jun 2013 ni.. Inilah masanya nak keluar dari Selangor.. Hahaha.. Itu adalah sasaran utamanya.. Apapun aku dah mula standby bahan2 untuk study.. Mula melayari blog2 kawan2 yang dah menghadiri temuduga tersebut.. Bila baca blog2 dorang memang power soalan2 nya.. Alamak taakutnya! Dah lama sangat x pergi temuduga ni.. Tetiba aku rasa nervous sangat.. Walaupun masih ada masa lagi 2 minggu tapi rasa macam x cukup masa je.. Apa2pun aku akan cuba yang terbaik dalam temuduga ni.. Terima kasih banyak2 pada bos aku yang banyak bagi support and tips kat aku.. Yang x boleh blah tu aku siap beli e-book lagi "RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN".. Semangat giler.. hahaha.. Harap2 semua dipermudahkan oleh Allah.. Aku x terlalu berharap sangat akan jawatan ni tapi aku akan cuba sedaya upaya aku.. Kalau ada rezeki aku insyaallah xkan kemana..

...Kepada semua yang akan menghadiri temuduga Penolong Pegawai Tadbir dari 10-05-2013 hingga 14-06-2013, aku ucapkan GOOD LUCK pada kamu semua.. Moga beroleh kejayaan.. Insyaallah..

honey :') Jika anda berharap untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

AddThis Social Bookmark Button


Di Dalam Delima...  

Thursday, May 16, 2013

Temuduga
Dapat email dari SPA yang menyatakan bahawa ada panggilan temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir pada 2 Jun 2013. Masalahnya sekarang tak tahu nak pergi ataupun tidak.. Sebab pada tarikh tersebut juga aku ada kelas terakhir untuk semester ini..Dan masa tu jugak aku ada test utk subjek IML601.. Sekarang ni aku betul2 dalam delima samada nak memilih untuk pergi temuduga ataupun kelas.. Dua2 sama penting.. Bila ada pilihan ni lah yang membuatkan aku lemah giler.. Sebab aku x reti nak buat keputusan.. Ntah ar.. Apa yang patut aku buat? Kelas aku penting sangat sebab subjek catalog subjek yang sangat susah.. Lecturer aku selalu pesan kalau 1 kelas kita x masuk kita xkan dapat buat.. Adoyai.. Subjek ni memang killer subjek.. Sebab tu aku kena gak pergi kelas. Bagaimana pula dengan temuduga? Nak lepaskan je.. Mungkin bukan rezeki aku kot.. Lagipun aku rasa aku xkan dapat jawatan ni.. hehehe.. Rasa dah lama x pergi temuduga.. Dah xtau nk study apa untuk temuduga ni.. Ada sapa2 yang nak bagi tips x? hehehe.. Kini aku dalam delima.. Tunggu respon dari mak bila mak balik umrah ni.. Restu mak itu lebih baik.. Selalunya pun aku hanya dengar cakap mak je.. hahaha..

honey :') Ya Allah.. Permudahkanlah segala urusanku.. Terima kasih untuk setiap ujian2Mu dan terima kasih untuk setiap kekuatan yang Kau berikan padaku..

AddThis Social Bookmark Button


My Mood Please Come Back to Me!  



Mood semakin hari semakin malas!
Ya, malas sesangat..
Semester yang paling lemau sekali..
Paling xda mood nk study and buat assignment..
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
napa yerk?
Kemana semangat ini hilang dan pergi..

My Mood..
Please come back to me..
Don't be like this..

honey :') One day everything will be okay!

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster