fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Selesai sudah temuduga!  

Tuesday, June 4, 2013

2/6/2013
Alhamdulillah interview selesai sudah.. X berharap pun sebab tahu harapan itu tiada.. hahaha.. Cuma nak kongsi je dengan semua yang bakal ditemuduga nnt.. Antara soalan2 yang aku kena.. Soalan2 aku semua simple2 je.. Mungkin disebabkan penemuduga haritu sorang kan.. So soalan pn hanya berkisar tentang keje sekarang je..

1. Ceritakan pengalaman kerja anda..
2. Apakah tugas2 yang anda lakukan sekarang ini?
3. Jawatan apa lagi yang anda mohon selain jawatan ini?
4. Apakah sumbangan yang membanggakan yang anda pernah lakukan untuk jabatan anda?
5. Apakah cadangan anda untuk jabatan anda sekrang ini dari segi pentadbiran?
6. Last punya soalan kena jawab dalam bahasa english yerk.. Apakah kekuatan/kelebihan anda sekiranya anda dilantik ke jawatan ini?

Haaa.. itu jela soalan2 yang ditanya kat aku.. Puas aku study 2 minggu untuk interview ni satu soalan pn x ditanya.. hampeh betul! Yang pasti aku memang xkan dapat jawatan ini.. ha3.. Penemuduga tu dah cakap awal2 dah yang persaingan begitu senget..

Last sekali penemuduga cakap jangan putus asa untuk memohon jawatan ini.. Dia cakap aku mesti lepas kalau jadi penguatkuasa.. Adei.. Kata2 dia tu membuatkan aku down betul.. Confirm2 ar kata2 akhir dia tu dh memberi makna yg tersurat n tersirat.. hahahaha.. Apa2 pun aku dah cuba yg terbaik.. Sebab tu xda bharap sangat.. kepada sesiapa yang bakal ditemuduga GOOD LUCK untuk anda semua!

Frust giler bila x dapat panggilan ujian fizikal untuk polis.. Napa ler aku x cukup ketinggian.. Yang ini aku betul2 frust! :'(

honey :') Gagal merancang adalah merancang untuk gagal..


AddThis Social Bookmark Button


Keputusan Muktamad  

Friday, May 17, 2013



Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Aku dah buat keputusan muktamad.. Aku akan menghadiri temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 pada 2 Jun 2013 ni.. Inilah masanya nak keluar dari Selangor.. Hahaha.. Itu adalah sasaran utamanya.. Apapun aku dah mula standby bahan2 untuk study.. Mula melayari blog2 kawan2 yang dah menghadiri temuduga tersebut.. Bila baca blog2 dorang memang power soalan2 nya.. Alamak taakutnya! Dah lama sangat x pergi temuduga ni.. Tetiba aku rasa nervous sangat.. Walaupun masih ada masa lagi 2 minggu tapi rasa macam x cukup masa je.. Apa2pun aku akan cuba yang terbaik dalam temuduga ni.. Terima kasih banyak2 pada bos aku yang banyak bagi support and tips kat aku.. Yang x boleh blah tu aku siap beli e-book lagi "RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN".. Semangat giler.. hahaha.. Harap2 semua dipermudahkan oleh Allah.. Aku x terlalu berharap sangat akan jawatan ni tapi aku akan cuba sedaya upaya aku.. Kalau ada rezeki aku insyaallah xkan kemana..

...Kepada semua yang akan menghadiri temuduga Penolong Pegawai Tadbir dari 10-05-2013 hingga 14-06-2013, aku ucapkan GOOD LUCK pada kamu semua.. Moga beroleh kejayaan.. Insyaallah..

honey :') Jika anda berharap untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

AddThis Social Bookmark Button


Di Dalam Delima...  

Thursday, May 16, 2013

Temuduga
Dapat email dari SPA yang menyatakan bahawa ada panggilan temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir pada 2 Jun 2013. Masalahnya sekarang tak tahu nak pergi ataupun tidak.. Sebab pada tarikh tersebut juga aku ada kelas terakhir untuk semester ini..Dan masa tu jugak aku ada test utk subjek IML601.. Sekarang ni aku betul2 dalam delima samada nak memilih untuk pergi temuduga ataupun kelas.. Dua2 sama penting.. Bila ada pilihan ni lah yang membuatkan aku lemah giler.. Sebab aku x reti nak buat keputusan.. Ntah ar.. Apa yang patut aku buat? Kelas aku penting sangat sebab subjek catalog subjek yang sangat susah.. Lecturer aku selalu pesan kalau 1 kelas kita x masuk kita xkan dapat buat.. Adoyai.. Subjek ni memang killer subjek.. Sebab tu aku kena gak pergi kelas. Bagaimana pula dengan temuduga? Nak lepaskan je.. Mungkin bukan rezeki aku kot.. Lagipun aku rasa aku xkan dapat jawatan ni.. hehehe.. Rasa dah lama x pergi temuduga.. Dah xtau nk study apa untuk temuduga ni.. Ada sapa2 yang nak bagi tips x? hehehe.. Kini aku dalam delima.. Tunggu respon dari mak bila mak balik umrah ni.. Restu mak itu lebih baik.. Selalunya pun aku hanya dengar cakap mak je.. hahaha..

honey :') Ya Allah.. Permudahkanlah segala urusanku.. Terima kasih untuk setiap ujian2Mu dan terima kasih untuk setiap kekuatan yang Kau berikan padaku..

AddThis Social Bookmark Button


My Mood Please Come Back to Me!  



Mood semakin hari semakin malas!
Ya, malas sesangat..
Semester yang paling lemau sekali..
Paling xda mood nk study and buat assignment..
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
napa yerk?
Kemana semangat ini hilang dan pergi..

My Mood..
Please come back to me..
Don't be like this..

honey :') One day everything will be okay!

AddThis Social Bookmark Button


Jom Layan Lagu...  

Friday, April 26, 2013


Mengapa waktu
Tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu
Terlalu banyak berkelana
Mengapa kita
Masih saja tak pernah bersatu
Selalu saja bertemu bertemu saat
Kau milik yang lain

Mungkin kau bukanlah jodohku
Bukan takdirku
Terus terang
Aku merindukanmu
Setengah mati merindu
Merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggumu

AddThis Social Bookmark Button


Again Again n Again  

Thursday, April 25, 2013

...Sekali lagi UJIAN ALLAH datang... 
Sekali lagi aku diuji
Mampukah aku bertahan untuk kesian kalinya
HATI? 
Bagaimana dengan HATI ini
Puas ku pujuk HATI 
Tapi ia masih berkeras
Masih menanti, mengharap
Masih berdegil
Sedangkan harapan itu memang tiada lagi
Ya, takkan ada harapan lagi untukku
Semuanya akan berakhir setelah dia sah bergelar SUAMI tidak lama lagi
AKU?

~ADAKALA aku menangis
menahan keperitannya...
~ADAKALA aku tersenyum
merasai hikmahnya...
~ADAKALA aku terharu
kerna ingatan NYA terhadapku
atas sgala dugaan demi dugaan
NYA menguji kesabaranku....
moga aku terus kuat mghadapi
segalanya......

AddThis Social Bookmark Button


Tauhu Bakar..  

Wednesday, April 3, 2013

02-04-2013

Jeng jeng jeng... Tauhu Bakar.. Semalam aku makan tauhu bakar ni kat Restoran Anis Wanis Jalan Kebun Klang.. Memang tauhu bakar adalah favorite aku so aku akan cari kat mana jua yang ada tauhu bakar.. Tapi tauhu bakar kat sini still x boleh nak lawan tauhu bakar kat Tanjung Harapan Port Klang.. Kat sana punya tauhu bakar lagi POWER!! Nyum3.. Terliuh plak rasanya walaupun baru je semalam makan.. hehehe...Pasni nak cari tauhu bakar kat tempat lain plak.. Yang pasti aku memang suka MAKAN.. So badan pun dh GEMUK.. hahaha...

AddThis Social Bookmark Button


Aku Yang Tersakiti  

Friday, March 1, 2013

Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah kau kenal dia
 
Aku tiada percaya
Teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
 
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Memang tak kan mudah
Bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti 
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
 
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia…

AddThis Social Bookmark Button


Sahabat Selamanya...  

Saturday, February 23, 2013

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu


Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku...


honey :-) Untuk semua sahabatku, moga kita akan bersahabat untuk selamanya...

AddThis Social Bookmark Button


Novel...  

Friday, February 22, 2013



3 buah novel yang habis aku baca dalam bulan Februari ini.. Ini 1st time aku baca novel dalam tempoh yang singkat.. Selalunya berbulan2 nak menghabiskan 1 buah novel.. hehehe.. Sebenarnya aku bukanlah seorang pembaca yang setia.. Aku x minat membaca langsung secara jujurnya.. Tapi tak tahulah kenapa kali ini aku boleh pulak membaca dan menghabiskan 3 buah novel.. Yang paling kelakarnya novel 'Jangan bilang benci' aku habiskan hanya dalam tempoh 4hari je.. Wow!! Menakjubkan.. Inilah novel pertama aku baca paling cepat.. hahaha.. Orang lain tu habiskan 1 novel x sampai 1hari pun x kecoh macam aku.. hahaha.. Ada aku kisah??? Memang teruk aku ni sebab x suka membaca.. Sebab itu ilmu aku ni kurang.. hehehe..Pastu keje lak kat library.. Memang hampeh.. Aku pun tak tahu kenapa tiba2 aku baca novel, mungkin disebabkan tahap kebosanan yang melampau menyebabkan aku menyibukkan diri dengan membaca.. Sementara kelas belum bermula ni apalah salahnya kan.. Kang bila kelas dah mula aku sibuk dengan assignment plak.. Alahai cepatnya cuti nk habis dh.. Rasa lum cukup rehat2 lagi otak ni.. Sekurang2nya terisi jugak masa aku dengan perkara yang berfaedah.. Manalah tau pasni dapat memupuk sifat membaca dalam diri ini.. Tak mungkinlah kan.. Kalau dah malas tu malas jugak.. :')

honey :-) Kadang-kadang untuk melupakan sesuatu adalah dengan cara kita memulakan sesuatu yang baru...

AddThis Social Bookmark Button


Result Semester 4  

Tuesday, February 19, 2013

 
15 Feb 2013 - Alhamdulillah result Sem 4 semakin meningkat.. Tanpa aku sangka Sem ni aku dpt 3.67.. Alhamdulillah Syukur.. X pernah menjangkakan aku akan dapat pointer lebih dr 3.5.. Selama ni pun sepanjang aku bergelar student paling tinggi pun yang pernah aku dapat hanya 3.35.. Itu pun kalau x silap aku masa diploma.. hehehe.. Akhirnya 3.67 sesuatu yang diluarkan jangkaanku.. Aku tetap bersyukur smua berkat usaha gigih aku selama Sem 4 ni berbaloi.. Aku dh usaha sedia upaya aku untuk dapat result secemerlang ini.. Walaupun xda ar dapat 4.0 pointer kan.. Sebab aku bukanlah seorang pelajar yg genius.. hehehe.. Subject catalog adalah subjek yang paling aku gemari sekarang ni.. Pada mulanya subjek ni lah yang paling digeruni, boleh dikatakan agak susah untuk difahami.. Ahkirnya aku dapat mguasai subjek ni dengan baik.. Boleh dikatakan aku memberi fokus yang lebih untuk subjek ni...Bak kata lecturer aku, itulah killer subject bg semua student..Lecturer aku kata subjek catalog ni mudah untuk lulus tapi susah nak dapat A.. Walaupun aku x dapat A dalam subjek ni aku tetap bersyukur sebab aku dapat B+ untuk subjek ni.. Sebab ada dikalangan kawan2 aku yang fail subjek ini..Ya, I Love this subject.. Thanks pada lecturer aku yang sangat hensem, En. Fuzi.. :')

...Dekan??? Hurm.. apakah dekan?? Bila ada seorang sahabat aku mengatakan yang aku dapat dekan Sem ni.. Tapi aku sebenarnya xtau apa yang dimaksudkan dengan dekan.. So aku pun search ar kat google untuk mengetahui apa itu dekan sebenarnya.. hehehe..Aku memang x pernah nk amik tau pun.. hahaha.. So dekan ni adalah student yang dapat result 3.5 ke atas.. Oh gitu rupanya... hahaha... Alhamdulillah semua tu berkat doa mak n ayah aku yang x putus2 mendoakan kejayaan aku.. Dan x lupa juga pada adik aku yang sorang ni 'Hana".. Dialah yang banyak membantu aku dalam Sem ni terutama sekali bagi subjek BEL yang perlukan presentation.. Kalau tanpa pertolongan dia mustahil aku dapat present dengan baik sekali.. Jasa2 anda semua amat aku hargai biarpun Sem ni aku rasakan terlalu banyak dugaan dalam membuat assignment group.. Tapi.. biarlah semuanya dah berlalu.. Terima kasih jugak pada semua sahabat2 aku di alam maya yang selalu memberi  kata2 semangat padaku biarpun kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain.. Tak lupa jugak pada BFF aku 'Si Senget'

Inilah buku Catalog AACR2

honey :-) Learn from Yesterday.. Live for today.. Hope for Tomorrow

AddThis Social Bookmark Button


Debaran Result Exam  

Thursday, February 14, 2013


Takutnya!!!! Esok result exam keluar.. Moga result exam kali ini lebih baik dari sebelumnya.. Moga result kali ini meningkat bukan menurun.. Insyaallah.. Aku dh cuba sedaya upaya aku dalam exam Sem 4 ini.. Dalam sedar x sedar dah Sem 4 dah.. Bulan April 2013 ni akan masuk semester baru, Sem 5.. Rasa kejapnya masa berlalu tapi masih jauh lagi perjalanan nak menghabiskan Ijazah ni.. Ada 6 lagi Semester yang aku kena tempuh.... Uishhh lamanya lagi.. hehehe.. Dua sem dah aku lalui dan jalani seorang diri.. Dari Sem 3 lagi iaitu Apr 2012 hingga kini dan sampai bila2.. Tanpa sokongan si Dia.. Tanpa kata2 semangat si Dia.. Kini yang ada hanya keluarga aku.. Aku pasti akan buktikan yang aku boleh berjaya walaupun tanpa sokongan dan kata2 semangat si Dia.. Dia tahu aku belajar smua ni hanya semata2 kerana si Dia.. Ada kisah disebaiknya.. hahaha.. Tapi kini aku belajar adalah untuk masa depan aku sendiri.. Aku pasti akan berjaya.. Insyaallah.. Rindunya pada kata2 si Dia walaupun hanya kata2 yang simple je 'slow2 belajar' tapi  memberi kesan yang mendalam pada aku.. Simple kan pesanan si Dia setiap kali aku stress nk belajar.. hehehe.. :')

honey :') Move on. It's just a chapter in the past. But don't close the book. Just turn the page..

AddThis Social Bookmark Button


Buah Hati Kesayangan...  

Wednesday, February 6, 2013

 Antara aksi buah hati aku ni.. keep smile syg :')

 

 Muhammad Ar Rayyan Rizqin

honey :') Cik der rindu & sayang sangat pada kamu... ILYSM

AddThis Social Bookmark Button


Sakit itu pembersih dosa...  



Perut oh perut... Alahai perut yang tak berapa nak sihat dari jumaat lepas lagi.. Ingatkan dh sihat walafiat dah.. Tapi harini sakit tu datang balik.. Cirit birit again... Alahai badan napa sekarang antibodi badan kamu sangat lemah.. Cepat sangat jatuh sakit.. Kalau dulu aku paling susah nak sakit even aku nak demam sekalipun mesti x jadi demam sebab aku memang kuat melawan penyakit.. Sebab utama aku melawan penyakit sebab aku x sukakan ubat.. Tapi sejak tahun lepas aku kerap sangat jatuh sakit.. Mungkin tahun lepas adalah tahun kesakitan aku (2012).. Kesakitan yang tiada ubat.. Masa tu dah putus asa dah dengan hidup ini..Aku dah berazam mulai tahun ini aku xkan biarkan diri aku sakit lagi.. No more hospital no more klinik.. Tapi, bulan kedua tahun 2013 telah menunjukkan kesihatan yang kurang mengizinkan.. Mungkinkah faktor usia yang semakin meningkat.. Oh tidak!!!! Nooooooooooooooooooooooo....

honey :') Ketika kita berhenti mengejar apa yang bukan untuk kita...Allah akan mempertemukan pula kita dengan yang terbaik untuk diri kita...

AddThis Social Bookmark Button


Segalanya telah hilang...  

Wednesday, January 30, 2013

Hp yang rosak kini dh kembali pulih setelah  6 hari sunyi tanpanya.. Tapi yang sedihnya smua yg penting2 dalam hp tu dh xda.. Dah lenyap dah hilang dh terhapus... Yang terpenting skali adalah message! Ya Message! Semua message yang penting2 dah hilang.. Smua message2 tu adalah message yang sangat bermakna.. Smua kisah semua kjadian smua kesedihan semua yang berlaku sepanjang tahun 2012 smuanya aku catatkan di dalam hp ni Semuanya aku simpan dalam draft simpanan aku.. Tapi kini smuanya telah tiada.. Sedih.. Benar aku sangat sedih.. Kerana hanya itu kenangan yang aku ada.. Hanya itu catatan yg aku tinggalkan buat Dia.. Puas aku belek2 hp aku dengan harapan semua tu akan ada kembali tapi sayangnya harapan tinggal harapan.. Harapan kini menjadi layu.. Adakah smua yang berlaku ni ada hikmah disebaliknya? Tarikh2 penting aku dan dia smua didalam tu.. Hurm... Apa lagi yang mampu aku katakan.. Smua dh berlaku..

honey :'( Kenangan itu terlalu indah untuk ku lupakan...

AddThis Social Bookmark Button


Semester 4 berakhir....  

Friday, January 18, 2013






At last exams are done.. a huge burden is gone, totally relieved...
 

  Akhirnya Semester 4 berakhir jua.. Alhamdulillah permulaan tahun yang baik..Insyaallah...



AddThis Social Bookmark Button


I'm back....  



Welcome 2013...

Walaupun terlewat 18 hari tapi still masih dalam tahun baru lagi kan... hehehe...
Anyway i'm back!!!

honey :') Selamat tinggal 2012.. Selamat tinggal segala kesedihan, segala kesakitan, segala kdukaan dan segala yg tidak indah.. Welcome 2013, masa utk terus melangkah ke hadapan.. :')

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster