fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Tahniah Buat Sahabatku!  

Friday, May 29, 2009

Semalam aku amik cuti tanpa aku rancang... Terpaksalah aku bohong sunat dengan mengatakan yang aku amik MC.. Takut bos marah sbb klu nak cuti kena bgtau 3 hari lebih awal... huhuhu...

...Semalam aku cuti sebab temankan kawan baik aku ( natasha ) gi interview kat JPA di putrajaya.. Dia dapat panggilan pun hari rabu petang.. So dia mintak tolong aku temankan dia.. Dia dah xda sapa2 dah yang nak antar n temankan dia.. Semua family dia x nak bantu dia.. So aku x nk dia lepaskan peluang ni jadi aku pun temankan dia. Sebab aku tau kalau aku x teman n antar dia, dia mesti x gi interview ni.. Ni pun setelah dia merayu n nangis2.. Aku pun x sampai hati nak tengok dia macam tu.. Dah terlalu lama dia x bekerja.. Aku xnk dia terus begitu.. Petang rabu tu jugak aku g umah dia kat puchong...

...Seawal 5 pagi kami bangun.. Kul 6.30 kami gerak ke putrajaya.. Ikutkan puchong dengan putrajaya tu bukannya jauh pun tapi disebabkan nak mengelakkan jem pagi2 buta ni kami dah gerak ke putrajaya.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sebelum kul 7 kami dah sampai kat putrajaya Blok C jabatan JPA. Interview kul 8.. Tapi kul 11.30 baru kawan aku punya bahagian interview bermula.. Bahagian lain semua dah mula seawal jam 9 pagi.. Dia orang yang kesebelas.. Lama juga aku n adiknya menanti dalam kete... Tetido2 gak ar aku dalam kete maklum ar bangunnyer awal sangat.. hahaha..

...Akhirnya dia berjaya dalam temuduga n berjaya dalam mendapatkan tempat dalam sektor kerajaan.. Aku bersyukur sangat kerana dia berjaya dapat keje ni.. Keputusan serta merta dapat pada masa tu gak... Tak sangka yang dia aku mula bekerja pada 1/6/2009 (isnin) ni...
TAHNIAH
...Tak sia2 aku amik cuti n menunggu lama.. Inilah hasilnya... Aku bangga sangat setelah sekian lama mencari keje akhirnya berjaya juga..Aku harap dia akan bekerja dengan bersungguh2 dan aku harap kesihatan dia xkan menganggu keje dia kali ini.. Insyaallah...
honey:-)kejayaan hari ini bermula pada hari semalam dan perancangan hari ini menentukan kejayaan yang bakal diperolehi pada hari esok dan seterusnya... :D

AddThis Social Bookmark Button


Tag Award Dari Kak Raihan  

Terima Kasih buat Kak Raihan yang sudi bg award ni kat honey..
Peraturan nak jawab tag ni ialah:
1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.
Dah copy dah..
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Kak Raihan yang bagi award ni.. Sayang akak!!
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
- sedang usaha kumpul duit banyak2.. huhuhu..
- suka baca blog kengkawan
- suka makan tempe, tauhu n kentang (hari2 pn blh) tp yang favourite mesti ar ayam..
- nak majukan diri dalam kerjaya
- suka baca novel alaf 21 jer
- hari2 mesti layan laman web mygovernment
- seorang yang pendiam n perahsia ( orang katalah )
- x suka baca surat khabar
- Suka berjalan tapi bila dah masuk umah dah x suka kuar dh..
- Nak bukak company sendiri.. huhuhu..
* cukup pun 10 nak fkir 10 ni pun pening mengambil masa yang lama...
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog.
erm... nak bagi sapa yerk?
ni jela nampaknyer sbb yang lain2 smua dh dapat.. boleh ar yerk...
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda"
Jap lagi honey antar yerk
Oklah itu aje TAGnya..senangkan..so pada mereka2 diatas nie dialu2kan untuk menerima award tersebutTanda PERSAHABATAN diantara kita

AddThis Social Bookmark Button


Gembiraku disini!  

Thursday, May 21, 2009

Aku teima khabar berita yang mengembirakan pagi ini dari seorang teman di Dataran Sabak.. Keputusan peperiksaaAn JPA telah keluar.. jeng jeng... Takut beb nak semak keputusan... Terima Kasih buat kak Rehan kerna memberitahu tentang perkara ini.. Tahniah buat akak juga..


.. Dan keputusan nya aku LULUS untuk kedua2 paper yang aku amik.. Alhamdulillah.. Inilah berita yang mengembirakan aku.. Tak sia2 usaha aku selama berbulan2 study buku yang tebal giler.. Inilah hasilnya.. Terima Kasih Ya Allah...

...Tapi malangnya keputusan peperiksaan ini tidak diterima kerana ini bukan paper yang sepatutnya aku amik.. Paper yang patut aku amik lain dari yang ini.. Tapi aku tetap gembira walau aku terpaksa mengambil sekali lagi.. Ini hanyalah untuk suka2 jer semak n berasa gembira.. huhuhu... Moga aku berjaya untuk kedua kalinya.. Insyaallah...

...Tiada siapa yang boleh aku kongsikan kegembiraan ini.. Hanya disini menjadi tempat untuk aku kongsikan segala2nya..

honey:-) "Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat"

AddThis Social Bookmark Button


Coretan I  

Friday, May 15, 2009


-Natasha Salmi-

Salam...

Hampir tiap2 minggu kini aku balik umah mak.. Maklum ar sejak kakak bekerja di Dungun Terengganu, aku yang mengambil alih tempat kakak untuk membawa mak berjalan kemana2... Kalau dulu aku memang jarang sekali balik.. Kadang2 tu sebulan tak balik langsung.. Bila mak suruh balik baru aku balik.. Kalau tak jangan harap nak nampak muka aku... Bukan aku tak nak balik cuma malas jer... Nak kata jauh umah mak aku ni xda ar jauh sangat.. Setakat kuala selangor ke kl jer pun aku leh malas.. Tapi kini aku dah semakin kerap pulang ke rumah... Tak bermakna aku jarang balik aku x sayang mak... Bukan begitu tau...huhuhu...


...So minggu lepas aku balik umah mak sebab kakak aku pun balik masa tu.. Adik pun ngah cuti sem sekarang ni.. So ramai ar jugak kat umah.. Kalau x hanya mak n ayah aku je kat umah tu.. Sian jugak tengok mak aku tu keseorangan bila ayah g keje.. Sebab tu mak aku selalu suruh aku mintak tukar tempat keje.. Cuma hati aku jer lum bersedia untuk bertukar kemana2.. Nantilah kalau ada rezeki aku akan kembali juga ke rumahku itu... Rumahku kan syurga ku... huhuhu...


...Di kesempatan yang ada juga dengan cuti aku yang singkat, aku sempat ke rumah kawan baikku di Serdang.. Agak lama jugak aku x berjumpa dengannya.. Hampir setahun... Selalu kami berhubung melalui telepon jer... Kalau dulu aku kerap ke rumahnya.. Tiap2 bulan pasti aku ke rumahnya... Sejak aku bekerja memang jarang sangat aku berpeluang berjumpa dengan dia... BIla nak jumpa jer macam2 hal pula.. Mak suruh balik ar.. So aku terpaksa ar memilih keluargaku.. Keluarga tetap keutamaan aku.. Bila dh berpeluang berjumpa sekali sekala macam2 yang dibualkan... Bercakap memang xda henti sampai sakit tekak gak ar.. huhuhu.. Seronok sangat masa tu.. Dah lama rasanya x bgelak ketawa... Hanya dengan dia jer aku mampu bgelak ketawa n berhibur.. Terima kasih buat sahabatku "natasha salami". I will always love you...


honey:-) Moga persahabatan kita akan berkekalan hingga akhir hayat

AddThis Social Bookmark Button


SeLaMaT HaRi Ibu  

Thursday, May 7, 2009


Selamat Hari Ibu Buat Ibuku Yang Tercinta, Rusdah Bt Jaafar


Terima Kasih Atas Segalanya

AddThis Social Bookmark Button


CiNtA  

Tuesday, May 5, 2009

Kepada yang masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan
menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu
tapi sering pula ia menyakiti,
Tapi cinta itu hanya istimewa
apabila kau berikan cinta
kepada seseorang yang layak menerima.
Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yang
"SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang
yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!"
bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan
bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang
bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang
bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yg dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tdk berniat langsung
"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI...
Sakit... luka… hancur.. patah hati...
bertahan selama kau menginginkannya
dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati
sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...

Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus.
Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil.
Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna
tidak boleh meminta apa2.
Bersedialah untuk terluka dan menderita,
tetapi jangan simpan semua rasa sakit
jika itu yang benar2 dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai
berbahagia dgn org lain,
tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui
bahawa orang yang kau cintai ternyata
tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda
putuskan hubungan dengan seseorang.
Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang
memutuskan hubungan dengan mu.
Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila
Orang yang kau cintai langsung tidak
mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan
MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup ialah
bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
Kemudian akhirnya menyedari bahawa
dia bukanlah jodohmu dan kau telah
mensia-siakan masa bertahun-tahun
untuk seseorang yang tidak layak.
Kalau sekarang dia sudah tidak layak,
10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak.
Biarkan dia pergi dan lupakan..

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster