fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Kisah Mak!  

Monday, June 22, 2009


wif my mum


Salam semua...

Result x-ray MRI mak aku dah pun kuar beberapa mggu lalu.. Kaki mak belah kiri di betis tisunya terkoyak. Mak kata mak pernah terjatuh dalam longkang 1 tahun yang lalu di changlun kedah semasa menghantar adik aku ke UUM.. Ni berita yang aku sendiri baru tahu.. Selama ni pun aku x pernah tau yg mak pernah terjatuh... Kesakitan yang mak hadapi mungkin tidak dapat dilihat dari pandangan mata kasar kita cuma itulah keputusan dari scan yang mak buat di hospital PUSRAWI. Doc memberi mak 2 pilihan samada mahu operate atau buat rawatan fisioterapi.. Kalau wat rawatan fisioterapi ianya memakan masa yang lama untuk sembuh seperti biasa.. Mungkin dalam 6 bulan atau selebihnya.. Wat masa ni mak hanya memilih untuk wat rawatan fisioterapi dulu nak tengok cara rawatan dibuat.. Kalau dah x tahan sangat mgkin mat jugak akan operate.. Tu semua bgantung pada keadaan n kesihatan mak.. Kali pertama wat rawatan fisioterapi di hospital PUSRAWI mengambil masa lebih kurang 45 minit rawatan.. mak kata macam wat senaman gak.. Untuk 1 sesi fisioterapi jer RM 51.. huhuhu..

...Aku dan abang aku kini bergilir2 menghantar mak ke hospital untuk buat rawatan.. Sedih sebenarnya melihat keadaan mak yang begitu.. Mujur sekarang ni ada adik2 aku kat umah sebab mereka ngah cuti semester.. Adik akulah yang masak n menguruskan rumah sekarang ni... tapi mereka cuti sampai ujung bulan ni jer.. Awl bulan 7 dorang dah mula balik ke universiti mereka.. Tak tahu ar macam mana keadaan mak selepas ini.. Harap sangat mak akan kembali pulih n sihat seperti biasa...

...Isnin yang lalu, aku dan adik teman mak g pejabat untuk menguruskan hal2 cuti mak n mak nak wat keje sikit.. Itulah kali pertama aku g n tahu kedudukan pejabat mak.. Selama 24 tahun aku x pernah tau kat mana pej mak cuma yang aku tahu mak bekerja di Pej Daerah / Tanah Gombak.. Jauh atau dekat pej mak pun aku xtau... Itulah hari pertama aku menghantar mak ke pejabat. Kini baru aku tahu betapa jauhnya pej mak..Betapa kuatnya mak g keje selama ni.. Kadang2 mak naik bas n kadang2 ayah antar kalau ayah x keje... Betapa susah payah nya mak bekeje untuk kami sekeluarga.. Mak selalu cakap kalau aku mohon pertukaran di Perpustakaan Gombak senang mak nk g keje sebab Perpustakaan Gombak betul2 berhadapan dengan pej mak.. Selama ni aku selalu amik endah x endah jer apa yg mak ckp sebab selama ni kakak aku ada kat umah untuk jaga mak tp kini tiada siapa yang ada kat umah untuk jaga mak..

...Hari ini mak mula bekerja semula setelah hampir 2 minggu mak bercuti.. Walau keadaan mak masih tak mengizinkan mak tetap nak cuba g keje.. Mak x nk hanya terbaring jer di rumah.. Mak nak lawan penyakit yang ada.. Harap2 mak x apa2 semasa di pej nanti...

...Semalam petang di rumah mak, aku nampak kaki mak belah kiri dh mengecil.. Terlalu kecil nak dibandingkan dengan kaki yang sebelah lagi... Subhanallah inikah ujian untuk mak lagi...

honey:-) Moga mak kembali sihat seperti biasa n panjangkan umur kedua ibu bapaku..

AddThis Social Bookmark Button


1 comments: to “ Kisah Mak!

  • Islamic_Muslimah
    June 22, 2009 at 4:06 PM  

    Subahanallah...
    aku suka baca catatan ko, hasil penulisannya menarik utk aku m'baca...if tulis pasal dakwah nie, pasti dpt tarik ramai org :) aku x reti sgt menulis, wat sedap aku je, khekhe :P

    hehhe, aku lah adik yg d kata kan menguruskan rumah, hahha...aku masak skit2 jer, tue pon tnjuk ajar mak, mak ckp, aku msk..kdang mak pon trut masak bile mak dah ok after mkn ubt than sakit, hehhe...

    lorh, ko x prnh g pejbt mak?kecian...so, da taw kan keadaan mak, nak g kje, blik kje..bile nak pindah sini?heheheh...

    oklah, nak update my blog lak..
    gud luck!!

Design by Amanda @ Blogger Buster