fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 - Online Dating

Salahkah Aku????  

Monday, September 14, 2009

Salahkah kalau aku tak pandai masak?

Setiap minggu aku balik umah mak.. Harini ini juga aku masih berada disini.. Tengahari kang baru aku balik kuala.. Sejak 2 minggu yang lepas, mak x abis2 cakap pasal masak.. Masak masak masak!!! Aku dah cukup bosan, muak n sebagainyer nak mendengar perkataan itu setiap minggu setiap kali aku balik.. Ni yang membuatkan hati aku x nak balik dah.. Aku betul2 x suka!! Malam tadi sekali lagi mak bercakap tentang hal yang sama dan macam2 hal lagi.. Aku hanya membatukan diri sahaja.. Malas nak menjawab n menerangkan perkara yang sebenar.. Tapi aku tetap terkilan sebab mak tak pernah faham keadaan aku.. Aku bukan dilahirkan untuk menjadi seorang perempuan yang tau memasak.. Kenapa isu ini yang menjadi persoalan setiap kali aku balik umah? Aku betul2 tertekan.. Aku x suka buat perkara yang aku tak minat.. Susah ke nak faham aku? Teruk sangat ke kalau aku tak pandai masak? Salah ke? Aku tak seperti perempuan lain.. Aku bukan perempuan yang tau buat keje2 perempuan.. Tapi aku tak pernah susahkan orang pun.. Aku tak ernah suruh orang masak itu masak ini.. Walau aku teringin makan apapun aku tak pernah mintak untuk dilakukan.. Tolong ar jangan paksa aku buat benda yang aku tak suka.. Kalau aku nak belajar aku sendiri akan belajar.. X perlu dipaksa x perlu disuruh..


...Untuk sekian kalinya aku x pernah rasa gembira.. Aku nak gak rasa gembira macam orang lain., Mungkin semua orang ingat aku cukup bahgia dok dengan makcik aku.. Tapi mereka semua xtau hati aku.. Mereka semua x pernah tau apa perasaan aku selama ni.. Mereka hanya nampak salah aku jer.. Mak hanya nampak aku dok sana hanya goyang kaki je.. Mak x pernah tau tekanan yang aku alami.. X pernah ada orang yang faham perasaan aku.. Aku benci dengan hidup ini!! Kalau aku boleh lari dari semua ini kan bagus.. X perlu aku fikirkan apa2.. Aku nekad lepas ni kalau aku x dapat keje lain keje yang boleh membawa aku keluar dari kuala selangor n kuala lumpur aku akan cari umah lain.. Aku nak dok sendiri.. Aku xnk bergantung hidup lagi dengan keluarga aku.. Aku nak hidup sendiri.. Aku nak buktikan aku mampu berdikari sendiri.. Aku x perlukan sapa2 lagi.. Hanya ini je jalan keluar yang boleh membuatkan aku belaja hidup sendiri.. Aku akan buktikan..
...Sejak akhir2 ini aku mudah sangat mengalirkan airmata.. Kalau dulu aku jarang sekali menangis.. Bak kata kawan aku, aku jarang menangis tapi sekali aku dah nangis memang teruk.. Tapi sekarang airmata je yang menjadi peneman aku.. Aku x suka bila keadaan ini berlaku.. Aku lebih rela jadi orang yang xda perasaan macam dulu.. Apapun aku x peduli tentang perasaan orang..
honey:-( Hidup kita x pernah sunyi dengan masalah.. Inilah hakikatnya tentang kehidupan. Adakalanya kita diatas dan adakalanya kita akan dibawah juga.. Kehidupan perlu diteruskan samada suka ataupun tidak. Begitu juga aku!

AddThis Social Bookmark Button


4 comments: to “ Salahkah Aku????

  • kesturi
    September 15, 2009 at 12:17 PM  

    salam honey ...

    ...jgn le sensitif sngt .. smua org lalui perkara yg sama .. mgkin dlm suasana yg berbeza .. dan jgn lupa perkara mak kita bebelkan hari ini ... akan jadi sesuatu yg kita rindukn bila mak kita dah x de lagi ... huhuhu

    ... lagi pun x rugi kan klu kita pndai masak kannnn ! ... hehehe

    .. setiap insan dilahirkan punya keunikan t'sendiri ... so memang payah nk bagi orang lain faham apa yg kini rasa dan inginkan ..

    .. so sabar .. sabar dan sabarlah !

    :-)

  • cintadalamhati
    September 15, 2009 at 12:45 PM  

    sejak akhir2 ni jer honey sensitif.. Dulu honey x prnh amik peduli pun apa org nk ckp tentang honey... Memang x rugi klu pandai tp biarlah honey sendiri yg nk blaja bkn dipaksa2.. Tu lebih menyakitkan..

  • Islamic_Muslimah
    September 16, 2009 at 10:39 AM  

    cooking...
    ermmm..love 2 cook :)
    x sabar nak masak kan utk suami nnt...
    did u have that feeling??
    feeling nak masakkan makanan utk our husband nnt, mst best kn... if u have that feel, u will try u achive what u want to get... just tanamkan benda tue, insyaAllah u will get it my sis :)

    coz, masakan isteri adalah main point pengikat kasih sayang between husband n wife my dear.. ko x nak masakkan utk si DIA ker?? if ko masak, mst dia puji n sayang ko lebih la, believe me :)

    gud luck ya :)

  • cahayaqaseh
    October 4, 2009 at 4:14 PM  

    salam honey...

    akak suka memasak, akak paling pandai memasak dari mengemas rumah. tak susah blaja memasak honey senang jer. yang penting honey cuba. akak paling tak suka kemas rumah tapi terpaksa juga mengemas. Kalau tak haru biru bilik tidur dan umah akak. :)cuba yer sayang....

    honey,
    sabarlah. akak tak beberapa suka bila dengar honey nak keluar dari umah mak cik. akak tak tahu masalah honey. tapi banyakkan bersabar. hidup di luar lagi banyak dugaan nyer honey. kdg kala duduk dgn kawan-kawan pun banyak juga masalahnya. Kadang-kadang ibubapa membebel ada sebabnya. Macam mak akak, selalu membebel kat akak. kadang2 masuk telinga kanan kuar telinga kiri :) tapi kadang2 akak kaji juga kenapa mereka membebel.

    Honey sabar yer....

Design by Amanda @ Blogger Buster